P/s: play this song along
×
"Aku sebenarnya kasihan dekat hayi." Kata Donghyuk. "Kau nak kesian benda dekat pompuan tuh? Dia yg keluar rumah aku sendiri ,aku tak pernah halau dia pun." Kata Junhoe dingin.
"June bilalah kau nak sedar." Kata Yunhyeong. "Sedar apa? Aku dah lama sedar diri." Kata Junhoe malas. "Bukan itu maksud aku." Balas Yunhyeong.
"Habis, apa maksud kau?" Tanya Junhoe hairan. "Takda apalah.. jangan sampai menyesal nanti." Pesan Yunhyeong sebelum keluar dari pejabat junhoe meninggalkan donghyuk bersama Junhoe.
"Aku pun nak pergi buat kerja." Pamit Donghyuk lantas bangun dari duduknya.
+
"Dia betul betul tak kesah pasal aku." Kata Hayi sambil mengeluh. "Aku tahu aku tak patut wujud dalam hidup dia." Kata Hayi lagi.
Entah dari mana Bobby datang dan duduk disebelahnya. "Janganlah sedih sangat." Pujuk Bobby. "Awak tahu tak perasaan saya , saya seolah - olah tak bermakna bagi dia." Luah Hayi pada Bobby.
"Saya faham perasaan awak tu." Kata Bobby sambil mengusap kepala hayi dengan lembut. "Tapi saya juga tahu yang dia cintakan awak.." Kata Bobby lagi.
"Sebab itu saya tak dekati awak sejak saya tahu yang awak isteri dia." Kata Bobby sambil mengukirkan senyuman pahit.
"Awak sabar ye." Kata Bobby sambil menepuk bahu hayi.
"June , hyung minta maaf." Kata - kata terakhir Jinhwan masih terngiang -ngiang di kepala Junhoe.
Kawan baiknya, abangnya ,orang yang selalu memahami dia telah pergi meninggalkan dia buat selama -lamanya. Hampir 6 bulan juga Junhoe asyik berkurung di dalam biliknya itu. Tidak mahu bersemuka dengan siapa -siapa, malahan ibubapanya juga turut dimarahi kerana masuk ke biliknya.
"June, ada orang datang nak jenguk kamu." Kata Puan Koo sambil membuka pintu bilik June.
"Apa kau buat kat sini." Kata Junhoe dingin sebaik sahaja melihat wajah pelawat tersebut.
"Aku minta maaf ,june." Kata wanita itu pada Junhoe. "Tak ada gunanya kau minta maaf . Macamlah Jinhwan hyung boleh kembali balik." Jawab Junhoe.
"Aku..aku.." Kata - kata wanita tersebut tidak dapat disebut kerana perasaan bersalah yang membuak - buak.
"Asal bukan kau yang mati?!" Tengking Junhoe. "Junhoe aku betul - betul minta maaf." Kata wanita itu.
"Aku tak perlukan maaf dari kau. Keluarlah." Kata junhoe tanpa memandang wajah wanita tersebut.
"Kau dah rampas semuanya, dulu masa jinhwan hyung ada ... aku hanya diamkan tapi disebabkan kau. Aku dengan jinhwan tak serapat dulu. Jinhwan hyung lebih banyak habiskan masa bersama kau sampaikan aku ajak keluar dia asyik tolak. Sekarang dia dah takda , kau nak apa lagi?" Kata Junhoe.
"Aku tak berniat pun nak buat hubungan jinhwan dengan kau tak rapat .. lagipun kau pun tahu aku yeochin dia." Jawab wanita itu selamba.
"Aku rasa baik kau keluar dan tak payah tunjuk muka kau pada aku." Jawab Junhoe.
"Tapi.."
"Aku cakap keluar kau tak faham bahasa ke?" Kata Junhoe kasar.
"Koo Junhoe , kau dengar tak apa aku cakap." Kata Bobby.
"Kau cakap apa?" Tanya Junhoe blur.
"Aku dah agak dah." Kata bobby sambil menampar dahinya itu.
"Kalau keadaan kau macam ni aku rasa nanti jelah kita bincang." Kata Bobby lagi.
"Kau tengah fikir pasal apa?" Tanya Bobby.
"Aku teringat kisah silam." Jawab Junhoe. "Bila.Kau.Nak.Sedar.Dari.Masa.Silam.Kau." Kata Bobby malas." Kau pun tahu benda ni dah lama." Ungkap Bobby. "Patutlah Hayi lari dari kau." Ungkap Bobby lagi membuatkan Junhoe tersentak. "Macam mana kau tahu?" Tanya Junhoe hairan.
"Kau tak perlu tahu macam mana aku boleh tahu semua ni." Balas Bobby. "Yang penting sekarang kau kena lupakan masa silam kau." Kata Bobby.
"Aku pergi dulu." Pamit Bobby dah beredar dari situ.
"Tunggu." Kata Junhoe menahan Bobby dari pergi. Bobby memusingkan badannya menghadap Junhoe.
"Mungkin ini sikit pelik bagi kita berdua tapi kau tahu dia dekat mana kan?" Tanya Junhoe.
........................
Junhoe menekan loceng rumah yang hayi duduki. Tidak sampai beberapa saat hayi membuka tersebut. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Junhoe dihadapannya. "Awak nak apa?" Tanya hayi pada Junhoe dengan menunjukkan muka marah.
"Aku.." belum sempat junhoe menghabiskan ayat hayi terlebih dahulu menutup pintu rumahnya itu.
"Awak balik laa." Kata Hayi. "Hayi bagi aku-saya explain dulu." Kata Junhoe sambil mengetuk pintu tersebut.
"BALIK!" Laung hayi dari dalam rumah. "Hayi aku minta maaf." Kata Junhoe lagi. "Saya cakap balik awak tak faham ke?" Kata hayi lagi.
"Saya taknak dengar apa2 pun dari awak!" Kata hayi lagi. "Hayi please.." rayu Junhoe. "Awak cakap saya tak layak untuk awak habistu kenapa awak nak suruh saya dengan explaination awak?" Kata Hayi.
"Baliklah Koo Junhoe." Halau Hayi.
"Baiklah! Saya akan balik tapi ingat saya akan kembali." Kata Junhoe sebelum pergi ke arah keretanya.
Junhoe mendail nombor seseorang di telefonnya itu. "Hanbin jumpa kat Cafe kau." Kata Junhoe ringkas pada hanbin lalu memutuskan talian.
Sementara Hanbin merasa pelik dengan Junhoe yang tiba - tiba call dia pada malam2 buta.
Sudahlah ajak ke Cafenya yang jauh berbatu - batu. "Bob.. pinjam sport kau." Kata Hanbin sambil mengapai kunci kereta Bobby.
"Kau nak pergi mana malam buta pukul 12 ni hah? Dah buang tabiat ke apa?" Tanya Bobby mamai.
"Si June nak jumpa." Terang Hanbin pada Bobby yang masih mamai. "Jangan bagi calar." Pesan Bobby. "Kau ni dengan aku berkira." Kata Hanbin sinis.
+
"Asal kau lambat sangat?" Tanya Junhoe. "Kau tak reti tengok jam ke tengah - tengah malam ajak jumpa." Marah Hanbin pada Junhoe. "Sorrylah, tak bermaksud pun nak kacau tapi hal ni penting." Kata Junhoe.
"Penting sangat ke?" Kata Hanbin berbau sinis. "Antara hidup dengan mati aku." Terang Junhoe membuatkan hanbin terbeliak matanya.
"Asal? Kau dah nak mati ke? Berapa hari kau ada? Wei janganlah tinggalkan kitorang. Tanpa kau takdalahhh Sassy Diva JUNE. Harta kau nanti bagi laa aku sikit....."
"Woi! Woi! Sape yang nak mati?!" Kata Junhoe sambil menepuk dahinya. "Aku belum nak matilah laa buduhh." Kata Junhoe lagi. "Hehehe habistu apa?" Tanya Hanbin sambil mengaru kepalanya. "Patutlah exam selalu gagal.. ni mesti selalu potong ayat cikgu." Kata Junhoe sinis.
"Sebenarnya aku nak minta tolong kau macam mana nak pujuk perempuan." Terang Junhoe.
"Kau call aku semata -mata nak tanya benda ni je." Kata Hanbin sambil menahan marah

YOU ARE READING
『C』 ❁ The Girl Shouldn't Exist
Fanfic❝I know I should disappear.❞ -Im Hayi ❝Kau tak layaklah dengan aku pompuan!❞ Koo Junhoe. Junhoe dan Hayi dikahwinkan tanpa dasar cinta tambahan pula keluarga Hayi amat inginkan Hayi keluar dari rumah tersebut. Hayi terpaksa menerima Junhoe agar dia...