Wait!!!!Jangan tekan button back!!!Teruskan baca,ok?Kalau ok,tekan button ☆ ><Jangan marah...Silakan baca...sila,sila...
Beberapa tahun kemudian...
"Sugohaesseoyo! "bising mulut Suraya menuturkan butir bicara yang sudah mula membuatkan Umairah bosan mendengarnya.
"Apa lagi yang kau dok praktis tu?"tanya Umairah,kesal.
Yala.Tahulah dia bahawa kawan baiknya ini akan bertolak ke Korea Selatan tetapi perlukah dia menuturkan semua perkataan dan ayat dalam Bahasa Korea?Mentang-mentang fasih.
"Hehe,sorrylah,aku nervous ah" balas Suraya,perasaan serba salah menerpa dirinya.
"Hari ni aku sanggup bermalam kat rumah kau sebab esok kita dah nak berpisah,kau boleh plak buat aku rasa terasing eh.Sedangkan beruang putih kat kutub utara tu pun tak rasa sunyi macam aku,kau tau?",Umairah mula membebel.
Err.Suraya tak tahu ayat jiwang apa yang perlu dilontarkan terhadap kawannya lagi.Sungguh berlebih-lebih dan menikam jiwa ayatnya tadi.
"Babe,aku tau kau da lama minat sastera tapi bapak kau tak kasi,an?Tapi please babe,ayat uh,macam peluru berpandu,sakit...",ujar Suraya sambil memegang dadanya seolah-olah ditembak atau lebih tepatnya lagi dia kelihatan seperti perempuan tua sakit jantung.
"Dah la kau,cepat packing,sebab hari ni kau kena spend the night with me,okay?"kata Umairah sambil memeluk rakannya.
"Nae!!!",teriak Umairah dan Suraya serentak disela dengan hilai tawa mereka yang seolah-olah tahu apa yang bakal diucapkan.Sudah serupa Pontia*** pun ada juga apabila mereka ketawa malam-malam begitu.

**************************
Lapangan Terbang Kuala Lumpur(KLIA) yang seperti biasa dipenuhi ramai orang terasa sunyi dan hening.Mungkin kerana kesedihan menyelebungi pagi yang sejuk.
"Babe,make sure call kitorang tau bila da sampai.Kau jangan diet melebih-lebih.Jumpa artis Hallyu jangan lupa bagitau aku plus amikkan autograf,au?.Kalau ada orang mengurat jangan layan,Pastu...",tidak kedengaran lagi butir bicara Umairah kerana dia sudah menangis tersedu-sedu memegang pundak Suraya.
"Babe.Aku tau,ya,ya,dah,dah.
Mak,ayah,orang dah nak gerak dah ni.Jaga diri baik-baik.Jaga kesihatan.Haikal,jaga mak ayah tau.Jangan asyik dok ushar perempuan je.Assalamualaikum semua.Bye",selepas bersalam-salaman dan berpeluk-pelukan dengan yang tersayang,Suraya terus berangkat untuk naik ke kapal terbang.Beratnya langkah yang diambilnya umpama kakinya diikat dumbell.Namun diteruskan juga langkahnya.Dia sudah mengambil keputusan.Selain daripada alasan mencari kerja yang berbaloi dan menambah pengalaman,Suraya ke Korea kerana dia mahu menghilangkan rasa rindunya yang saban hari telah memakan jiwanya yang kering.
Di tempat lain,kelihatan seorang lelaki sedang bercakap di telefon di pejabatnya.
"Kenapa papa,I mean,pengerusi tak inform saya awal-awal?what!oh...dah packingkan baju?okay.Saya gerak sekarang.okay,Waalaikummussalam"
Geramnya dia terhadap papanya yang seorang ni.Tiba-tiba disuruh pergi ke Korea,ada projek baru.Tiga bulan pulak tu.Kalau seminggu dimaafkanlah jugak.Walaubagaimanapun dia tetap akur akan perintah ayahnya.
Kehadirannya di lapangan terbang menjadi tumpuan.Dia dikenali bukan hanya kerana dia menjadi CEO pada usia yang baru setahun jagung malah kerana rupanya yang menawan.Langkah berkarisma dan menpunyai aura tersendiri,dia berjalan diikuti pengawal-pengawalnya yang tidak kurang segaknya juga.
Setelah mengikuti semua pemeriksaan dan prosedur yang ditetapkan,dia tegur bergegas menuju ke arah kapal terbang.Angin sepoi-sepoi bahasa yang menyegarkan meniup lembut rambutnya yang berwarna coklat gelap.Bahawa matahari dilihat membasahi wajah Pan-Asianya yang kacak.Seketika sinar mentari menyinari iris matanya yang berwarna kuning-kecoklatan atau lebih tepat lagi berwarna hazel.
Langkahnya pantas mencari tempat duduk dan akhirnya dia duduk berseberangan dengan seorang wanita yang agak tinggi dan berwajah Asia Timur.Seketika dia terpesona melihat wajah wanita yang kelihatan familiar baginya.Tidak mahu tindakannya merenung wanita itu disalah anggap,dia terus membuka laptop yang dibawa bersamanya lalu meneruskan kerjanya.Lagipula,dia tidak mahu menambah dosanya dengan zina mata pula.Pantas bibirnya menuturkan lafaz zikir istighfar.
Suraya yang berada berseberangan dengan lelaki tadi terus menatap adiknya yang dibawanya.Fail itulah yang menjadi kenangannya ketika bersama Firash dahulu.
"Apalah khabar Tuan Putera sekarang ni.Dia jadi apa eh?"bisik hati kecilnya.Tanpa sedar pipinya dihujani hujan yang hangat dari matanya.
Kedatangan lelaki tadi disambut oleh seseorang yang berpakaian sweater.Mereka berpelukan seketika
"Long time no see,bro.."
"Ya,Let's go" ujar lelaki bersweater tadi tergesa-gesa menolak badan lelaki bersut tadi apabila dia ternampak kelibat seorang wanita yang familiar.
"Dik,kau kenapa?"
"Tak da,tak da apa-apa pun.Jom!Kita pergi kedai boek punya!"
Dan tiada siapa yang tahu itulah permulaan pertemuan mereka untuk masa akan datang di Korea
"Cepatlah bang""Yo,tahulah"
YOU ARE READING
Demi Kita
RomanceSuraya tidak mengharapkan yang lebih,jika yang dicintainya ditemuinya semula sahaja sudah memadai. Ini tak,dah lah lesap macam tu je,tiada khabar berita, apabila dah dijumpai yang namanya Firash Effendi,salah orang pula "semua kenangan kita bersama...