02

723 33 0
                                    

Hujan membasahi bumi yang kering.
Aku menikmati titisan air hujan yang turun.
Sambil menutupi mataku.
Air terasa hangat mengalir di pipiku.
Menahan sebak dan sesal di dada.

Manisnya kata sehingga aku dikaburi.
Percaya bahawa dia,akulah yang punya.
Judikan aku dengan harapan palsu,
Akhirnya aku rebah dan diam seribu bahasa.

Biar.
Biarkan aku sendiri yang menanggung.
Jika ini kau fikir akibat yang harusku tanggung.
Kerana ego, kau turut sertai.
Berlumba-lumba siapa yang paling tinggi.

Air hujan tempias menampari wajahku.
Memori lama bermain bersama.
Melodi berirama,ku hayati rentaknya.
Hancur dan lebur tiada bandingnya.

PATAH ✅ [COMPLETED] VOL.  IIWhere stories live. Discover now