Pulang ke kampung

139 6 3
                                    






Ahmad Mikhael Zafran bin Haris Alauddin. Nama yang memerlukan satu nafas panjang sebelum ia dilafazakan. Aku ringkaskan saja nama aku Mika kerana tidak mahu lidah sesiapa berbelit semasa menyebut nama ini. Aku percaya nama  yang panjang lebar ini diberi oleh ibu dan nenek. Aku dibesarkan oleh mereka dengan penuh kasih sayang. Apa sahaja kemahuan aku pasti dituruti. Berbeza dengan ayah yang sentiasa busy dengan kerja dan suka buat hal sendiri. Character ayah aku susah sedikit untuk aku fahami. Sekejap okay, sekejap tak. Sekejap ada, sekejap tiada. Yang aku tahu ayah aku ini miang. Bukan aku mahu burukkan bapa sendiri, tapi itulah hakikatnya. Pernah sekali ayah menjemput aku di tadika bersama seorang wanita muda memakai skirt pendek. Mereka berpegangan tangan di dalam kereta, saling pandang memandang, tersenyum malah ketawa tentang perkara yang lansung aku tidak faham. Aku diamkan saja melihat adegan itu kerana bimbang dimarahi oleh ayah. Ayah singgah ke Mcd dan membeli satu set ayam goreng untuk aku sambil berpesan supaya tidak memberitahu ibu tentang apa yang dilihatnya tadi. Aku mengangguk. Wanita itu pula tersenyum sinis.

Aku sangat terkilan dengan sikap ayah yang sangat keterlaluan. Cuma ketika itu, aku tidak mengerti sifat orang dewasa. Yang aku mengerti ialah kemahuan aku sendiri iaitu mengharapkan keluarganya yang sempurna, seorang ayah yang penyayang dan mampu memberi perhatian sepenuhnya kepada aku kerana aku satu-satunya anak lelaki.

Ibu aku pula, seorang yang penyabar dan lemah lembut. Aku tidak pasti ibu tahu atau tidak dengan perangai ayah yang sebenar. Mungkin dia tahu. Mungkin juga dia malas nak amik tahu. Apa yang aku dapat lihat, raut wajahnya sentiasa tersenyum dan ceria. Dia seorang yang sangat penyayang dan susah nak marah walaupun nakal aku ni setinggi KLCC.

Masih aku ingat senyuman ibu di KLIA sebelum dia dan ayah berlepas ke Ho Chi Minh, Vietnam selama seminggu atas urusan kerja. Ketika itu ibu memakai blouse berwarna biru tidak pasti berjenama apa. Blouse itu kotor sedikit kerana ice cream Baskin Robbin berperisa chocolate mint itu tumpah akibat kecuaian aku sendiri. Ibu lansung tidak marah malah hanya tersenyum melihat gelagat comel aku yang cuba mengelap bajunya. Ayah pulak mcm biasa sibuk dengan telefonnya sambil mata liar melihat pramugari manis berbaju kebaya. Matanya memang susah berkelip dan aku boleh kira berapa kali kedipan matanya ketika itu.

"Take care of yourself okay. Jangan nakal kat rumah Nek Pah. Ibu pergi tak lama pun."
Kata ibu sambil menggosok kepala aku dan Mawar. Aku cuma mampu mengangguk dan Mawar pula sudah mula menangis.

"Nanti ibu dah sampai Malaysia, ibu terus ambil Mika dan Mawar okey," Pujuk ibu.

"Ibu, Mika nak ikot Ibu Yanti." Aku mula bersuara kerana tidak mahu tinggal di kampung.

"Sayang, kejap lagikan Bu Yanti balik kampung di Negeri Sembilan. Takde orang kat rumah nanti." Jelas ibu.

"Kamu jangan risau, lagi seminggu kita jumpa lagi." Bu Yanti mencelah.

Aku mengangguk walaupun dalam hati ini ingin memberontak. Bu Yanti sengaja mengambil cuti semasa ketiadaan ibu dan ayah kerana sudah setahun dia tidak menjenguk kampungnya. Jadi inilah masa yang sesuai untuk dia pulang berehat sebentar.

Aku masih erat memegang tangan ibu seperti tidak bersedia lagi untuk berpisah. Ibu dan ayah pula sedang leka berbual tentang itinerary-nya apabila mereka sampai di sana nanti. Belum sempat genggaman tangan ini terasa hangat, ibu mula bangun dan mengambil luggage-nya. Aku bersalaman dan memeluk ibu dan ayah. Tangisan Mawar yang semakin kuat menyebabkan penumpang lain berasa terganggu kerana tidak dapat mendengar dengan jelas pengumuman pesawat MH 9770 yang akan berlepas ke Ho Chi Minh. Aku bersikap cool sahaja walaupun aku seperti mahu menangis. Mata aku tidak berkelip memandang ibu dan ayah yang berlalu pergi bersama sehingga mereka hilang dari pandangan mata.

Setelah selesai urusan di KLIA, aku dihantar ke rumah Nek Pah di Kampung Hang Tuah, Tangkak Johor. Hujan yang lebat dan diiringi lagu Untukmu Ibu" daripada kumpulan Exist seolah-olah mengerti kesedihan yang aku rasa sekarang. Mawar pula sudah tertidur selepas menangis hampir 2 jam. Mukanya masih merah kesan daripada tangisan tadi. Aku mengambil shawl kepunyaan ibu lalu menutup badan Mawar agak dia berasa kurang sejuk. Teddy bear yang dibeli oleh ibu di Mid Valley bulan lepas dipeluknya erat.

Sememangnya Mawar seorang anak yang manja. Umurnya ketika itu baru sahaja 4 tahun iaitu 2 tahun lagi muda daripada aku. Pasti emosinya lebih terganggu apabila ibu dan ayah jauh dari sisi.

SADISWhere stories live. Discover now