02 | Perang Mulut

408 17 0
                                    

ESAK tangis Najiha masih belum reda . Masih menangisi nasibnya yang malang itu . Dia duduk di birai katil dan mukanya ditutup dengan telapak tangan .

Aku cuma mampu memerhati . Sejujurnya, aku tidak pandai memujuk . Sekadar berkata sepatah dua bagi menenangkan hati , aku boleh . Apatah lagi aku baru berjumpa dengannya kurang dari empat jam .

Aku tidak kenal Najiha sebelum tempoh empat jam yang lalu . Dia sekadar salah seorang pelajar yang bersekolah di sekolah aku .

Empat jam yang lalu, aku sedang menjalankan tugas sebagai seorang pengawas sekolah . Meronda kawasan sekolah pada waktu rehat merupakan kerja yang harus aku lakukan sepanjang dua minggu ini .

Aku terjumpa Najiha, sedang melutut dengan muka penuh lebam serta bajunya yang terkoyak sedikit di bahagian bahu . Dia hanya berdiam diri apabila diherdik oleh sekumpulan pelajar perempuan. Biasalah buli .

Aku buat apa? Aku tak buat tindakan bodoh dengan selamba badak masuk campur urusan mereka . Itu menempah maut namanya .

Aku cepat-cepat memanggil guru disiplin . Biar mereka dikenakan hukuman setimpal!

" Aireen , " Suara seseorang menyentakkan aku daripada layaran memori empat jam lalu .

Airiff Irfan, sedang elok berdiri di bingkai pintu sambil bermain phone . " Ibu panggil , " Dia bersuara lalu pergi dari situ . Mata abang langsung tidak memandang aku, jaga pandangan mungkin . Memandangkan Najiha berada denganku .

Aku hanya mengeluh perlahan sebelum bangkit dari katil .

" Sekejap ya, ibu aku panggil . Kalau nak apa-apa , panggil aku , " Najiha mengangguk sebelum aku melangkah keluar dari bilik . Sampai sahaja aku di tangga , terasa seperti tanganku direntap daripada belakang , membuatkan aku berpusing .

" Kenapa abang ni? " Aku mengerutkan dahi sebelum mengusap pergelangan tangan yang sedikit merah . Abang memasukkan telefon bimbitnya ke dalam poket seluar sebelum memandang aku .

" Cakap dengan kawan Angah, tukar baju yang elok sikit . Ingat yang abang dengan Airash ada dekat dalam rumah ni . Faham? " Dia menuturkan kata-kata itu dengan perlahan tetapi ada ketegasan di situ . Matanya kejap-kejap mengerling ke arah bilik . Takut Najiha dengar akan suaranya tadi .

" Angah tahula . Abang janganlah marah-marah . " Aku membalas .

" Maaf, abang cuma tak suka. Angah fahamkan? "

" Ye, tahu . Nanti angah bagi baju angah kat dia . " Abang mengangguk sambil memegang lehernya . " Er, lagi satu . Sampai bila dia tinggal dengan kita? Bukan apa, abang tak kisah sangat sebab ni bukannya rumah abang . Ni rumah ummi dengan abah tapi abang kan balik hari-hari so ... "

Aku tergelak mendengar penjelasannya yang panjang lebar itu . " Janganlah risau, dia tak akan lama pun . Mungkin er- abang boleh carikan rumah sewa untuk dia ? " Aku menyatakan hasrat yang satu itu . Dalam diam, aku bermohon agar abang bersetuju .

Aku sudah tidak ada banyak masa, SPM semakin menghampiri dan aku perlu fokus bagi mendapatkan keputusan yang bagus . Tetapi aku tidak boleh mengabaikan Najiha . Ternyata dia perlukan sokongan moral yang lebih lagi . Lagi-lagi pada waktu sebegini . Emosi serta fizikalnya sudah didera oleh manusia yang tidak berhati perut . Semangatnya bagai sudah hilang ditelan .

" Tengoklah macam mana. " Abang membalas sebelum menapak ke biliknya . Aku lepaskan keluhan lega lalu bergerak ke bawah .

AKU mengambil tempat duduk di hadapan Airash, bersebelahan dengan Najiha . Bunyi tapak kaki menghampiri meja makan membuatkan aku gelisah, hati berbisik agar abang tidak memarahi aku .

Some Promises Don't LastWhere stories live. Discover now