P A R T 18

234 36 5
                                    

————

Mask aku dibuka. Wajah penjual di kedai itu aku pandang. Duit ditangan aku hulurkan.

"Cukup kan?" soal aku sambil mengangkat kening. Penjual itu hanya mengangguk malas dan mengambil duit yg aku hulurkan. Ceh! Cantik tapi sombong. Senyum lah sikit. Ni asyik kunyah gula getah aje.

Aku mengatur langkah keluar daripada kedai. Mask aku dipakai semula. Aku mulakan langkah untuk pulang ke rumah. Tangan aku dimasukkan ke dalam poket seluar. Angin malam yg sejuk menyapa wajah aku.

"Aduh!" Walaupun tak sakit, tiba tiba aje mulut aku mengaduh apabila terlanggar bahu seorang yeoja. Yeoja itu membuka mata luas seolah terkejut dan memandang sekeliling.

"Hmm? Tak nak minta maaf?" setelah beberapa minit kami berdua diam, aku bertanya dan Kening aku diangkat memandang dia. Dahi dia berkerut. Yeoja tu tak menjawab soalan aku dan hanya memerhati wajah aku. Skaf tebal di lehernya yg menutup sedikit wajah, dia naikkan.

"Lain kali, gune mata ya, cik." Pesan aku.. Dia masih lagi hanya pandang wajah aku dan akhirnya aku mengatur langkah meninggalkan dia. Aku tak ada masa nak berlama dengan orang macam tu.

"Uhuk! Uhuk!" tiba tiba je aku terdengar dia batuk dari belakang aku. Langkah aku terhenti. Suara dia.. Sama. Aku salah ke? Aku pusing ke belakang menghadapnya.

"Yuju?"

Dia menoleh ke belakang memandang aku.

"Ya?"

Mask aku ditarik ke bawah memaparkan wajah aku. Dia kelihatan terkejut. Pantas langkahnya diatur hendak meninggalkan aku. Tapi aku raih tangannya.

"Yuju!"

"Jimin.. Lepas. Kenapa setiap kali saya dah lupa awak, kita boleh jumpa macam ni?!" Bentak yuju sambil meronta berharap agar tangannya aku lepaskan. Dia dah lupa aku? Dia cuba lupa aku?

"Yuju.. M—mana kau tinggal sekarang?" Soal aku teragak agak. Yuju berhenti meronta. Dia diam beberapa minit.

"Bu—bukan urusan awak. Lepas, saya nak cepat." pinta yuju perlahan. Aku mengeluh. Sebenarnya, berat pula hati nak lepas walaupun sebenarnya aku dah lupakan budak ni. (😨) baru sahaja aku nak bercakap, satu suara menjerit memanggil yuju. Kami berdua menoleh serentak.

"Yuju! Nasib jungkook jumpa yuju! Eomma risau kalau yuju kena apa apa sebab yuju lam—.. Eo? Siapa hyung ni, yuju?" Seorang namja yg digelar jungkook oleh dirinya sendiri menunding jari ke arah aku. Basikal yg ditunggangnya di sandarkan di dinding.

"Jungkook.. Kenapa datang tak pakai jacket ni? Sejuklah." aku hanya pandang yuju yg menanggalkan jacket yg dipakainya dan disarungkan ke tubuh namja di sebelahnya itu. Ceh! Nak bagi aku cemburu ke ni? Haha sorry tapi aku dah tak cemburu. Aku dah ada sowon. (😨)

Aku tersenyum memandang yuju.

"Oh. Kau dah ada pengganti? Mesti kaya kan budak ni?" Sindir aku dan dengan serentak budak tu dan yuju menoleh ke arah aku.

"Jungkook, jom pergi kedai.. Nanti lewat malam pula sampai rumah." bahu jungkook  yuju pegang dan hiraukan aku. Wajah budak tu dikerutkan. Mungkin tak faham dengan situasi sekarang.

"Baguslah kau dah ada yg baru.. Aku pun dah ada sowon. Semoga bahagia lah dengan budak ni. Jaljayo." aku tersenyum dan mengatur langkah meninggalkan mereka berdua.

Cepat kan aku berubah hati?

🐾🐾🐾🐾

[©] Childish | 지민 & 유쥬 Where stories live. Discover now