P A R T 20

234 30 6
                                    

———

Knock! Knock!

Mata aku dibuka perlahan lahan. Siapa yg datang pagi pagi ni? Kacau je! Aku bangun dari sofa dan mengatur langkah ke arah pintu. Tombol pintu dipulas.

"Uh? Sowon? Nak apa?" Soal aku mamai. Sowon senyum lebar dan terus masuk ke dalam rumah aku. Aku pandang susuk tubuh sowon yg melabuhkan punggung di atas sofa. Aku mengeluh. Nasiblah buah hati baru, kalau tak aku dah halau ni. Aku tutup pintu dan pergi ke arah sowon.

"Kenapa datang pagi pagi ni, sowon?" soal aku lagi selepas duduk berhadapan dengan sowon. Dia hulurkan bekas yg berada dalam plastik makanan. Wajahnya aku pandang.

"Makanlah, saya beli untuk awak." Aku tersenyum. Lepas je aku dan sowon luah perasaan masing masing hari tu, dia terus tukar panggilan jadi awak saya. Aku tak kesah, asal dia gembira.

Jam yg tergantung di dinding aku pandang. 5.40 A.M?

"Tapi kenapa bagi pagi pagi buta macam ni? Bagilah tengah hari nanti." Soal aku. Senyuman sowon pudar.

"Kenapa? Awak tak suka saya datang rumah awak? Atau awak tengah call perempuan lain tadi?" Soal sowon tiba tiba. Dahi aku berkerut.

"Mana ada.. Saya tidurlah tadi, Saya tanya aje. Saya takut awak ngantuk.."

Sowon mengeluh kasar.

"Alasan! Bagi fon awak!" Dahi aku berkerut lagi. Kenapa dengan sowon ni?

"Apa awak mengarut ni? Awak tak percayakan saya?" Sowon berpeluk tubuh.

"Kenapa? Takut?"

"Kenapa pulak saya nak takut?"

"Kalau macam tu, bagi je lah fon awak!"

Dia terus merampas fon aku dari tangan kanan aku. Dia tersenyum sinis apabila membuka fon aku.

"Ni apa?" dia tunjukkan log panggilan di dalam fon aku di hadapan muka aku. Tertera nama Gaeun, clasmate aku masa kecil.

"Sowon, tengoklah tarikh dia. Tu sebulan lepas! Saya kenal awak pun tak lah!" bentak aku. Sowon berdiri sambil berpeluk tubuh. Kenapa nak cemburu buta sangat ni?

"Kali ni awak terlepas jimin.. Kalau saya tahu awak curang dengan saya.... Ergh!" Sowon terus keluar dari rumah aku. Aku tergamam. Apa kena dengan dia? Hari tu perangai dia tak lah macam ni. Period ke apa? Aku menggeleng dan bergerak ke arah pintu. Susuk tubuh sowon yg masih berdiri di hadapan pagar rumah aku pandang. Dia keluarkan sesuatu dari bag tangannya. Apa tu?

Dia buat sesuatu kat tangannya. Dan ada sesuatu yg menitik kat lantai. Benda tu...

Darah?

———

375 words T^T

[©] Childish | 지민 & 유쥬 Where stories live. Discover now