P A R T 26

235 26 4
                                    

———

"Awak dah tahu ke yg sowon ada menghidap penyakit...."

"Tak. Aku langsung tak tahu."

Aku mencebik. Aku belum habiskan ayat lagi dah jawab. Bibir aku gigit sambil memandang jimin. Jimin.. Dia nampak macam risau sangat bila sowon tiba tiba pengsan tadi. Wait, adakah aku jeles?

Aku menundukkan wajah aku memandai lantai yg bersih itu. Aku bermain dengan jari jemari aku. Aku bukan nak pentingkan diri sendiri dan aku adalah jugak risau sikit dekat sowon yg tiba tiba pengsan tadi... Tapi, jimin macam lebih risaukan dia dan.. Aku jeles.

Lantas aku bangun daripada duduk. Wajah jimin yg sedang duduk aku pandang.

"Saya balik dulu... Bila sowon dah sedar, cakap kat dia, saya harap dia cepat sembuh." Pinta aku dan menunduk hormat sebelum melangkah pergi meninggalkan jimin.
Baru sahaja beberapa langkah aku berjalan keluar, langkah aku terhenti apabila doktor yg merawat sowon keluar daripada wad.

"Park jimin?"

"Nae.. Saya. Macam mana dengan sowon?"

"Keadaan cik sowon sekarang dah stabil cuma... Penyakit dia dah mencapai tahap empat. Um.. Cuma perlu tunggu masa saje. Semoga jimin tabah, ya?"

Aku pusingkan tubuh aku menghadap jimin yg sudah duduk sambil kepalanya ditundukkan ke bawah. Rambutnya dikusutkan. Pantas aku mengatur langkah ke arah jimin. Tempat kosong di sebelah jimin aku duduk.

"Neo gwechana? " bahu jimin aku pegang perlahan. Manalah tahu, tiba tiba aje mengamuk, kan?

"Sowon... Tahap empat." Jelas jimin perlahan. Rasa sebak mula timbul dalam hati aku. Kesian sowon.

Jam di tangan aku pandang sekilas.

"Um.. Mianhae, saya kena.."

Tangan kanan aku pantas diraih jimin.

"Te—teman aku kat sini. Tolong.. Cuma kau je yg aku ada." Jimin pandang aku dengan mata yg merah. Dia nangis? Aku tak kuat T^T. Tiba tiba saje jimin menyandarkan kepalanya di bahu kanan aku. Terkaku tubuh aku dengan tindakan jimin.

"Yuju, aku... Aku risau. Aku risaukan sowon." Jelas jimin perlahan. Aku hanya mengangguk.

"Dia kawan aku, tapi aku tak dapat tolong dia.." sambungnya. Aku mengumam bibir.

"Jimin, ianya takdir.. Kita tolong sebesar mana pun, ia tetap berlaku." jelas aku pula. Niat aku nak tenangkan hati jimin aje. Semakin erat jimin pegang tangan aku.

"Yuju..aku cuma ada kau je sekarang.. "

"Tinggal kat rumah aku semula, boleh kan? Tinggal dengan aku. Aku rindukan kau.." sambungnya.

"N—nae?" aku mengangkat kening aku tinggi.

"Tinggal dengan aku semula." aku tundukkan kepala. Otak aku ligat memikirkan sesuatu. Kalau aku setuju tinggal dengan jimin semula...

...Macam mana dengan eomma dan jungkook?

————

Thanks kepada yg baca dan still vote •3• 💜

Vote&comment 😘

[©] Childish | 지민 & 유쥬 Where stories live. Discover now