Prolog

399 21 3
                                    

Di dalam sebuah bangunan yang terbiar, ada cahaya yang memancar keluar dari sebuah bilik di tingkat paling atas. Namun, lampu itu hanya bertahan sebentar dan terus lenyap sebaik sahaja tiga makhluk pelik muncul dari situ.

“apa tujuan kau membawa aku ke sini?” soal salah satu makhluk tersebut, acuh tidak acuh.

“kau tak mahu tahu di manakah kita sekarang?” yang berbicara berjalan tenang menuju ke sebuah jendela yang tertutup rapat.

“jangan buang masa kami!” bentak satu lagi makhluk yang mempunyai rupa yang agak menakutkan. Sambil tersenyum, dia berkata

“kau masih tertanya-tanya bukan mengenai legenda Power Sphera yang paling berkuasa dulu”.

Dua makhluk pelik yang tadi bersikap sombong lantas memberi sepenuh perhatian kepada yang berbicara.

“kau maksudkan, Power Sphera ‘tu’ ?”

“Power Sphera yang dikatakan sudah lenyap tu?”

Dia mendiamkam diri. Kedua-dua makhluk tersebut mendekatinya.

“kenapa kau tiba-tiba sebut lengenai Power Sphere tu?” soal makhluk itu lagi. Masih sabar menanti balasan.

Tiba-tiba, jendela yang tadi tertutup rapat terbuka dengan sendiri. Angin dari luar meniup masuk ke dalam dengan kuat, memandangkan cuaca ketika itu tidak berapa bagus. Di luar yang jauh dari mereka berada, terdapat sebuah bandar yang terang benderang di penuhi lampu berwarna warni, bunyi bising yang kepelbagaian serta kependudukan yang mampat. Dua makhluk itu menjadi pelik. Dia semakin tertanya, di manakah keberadaan mereka.

“aku perkenalkan, inilah Bumi” katanya sambil memperlihatkan kepada mereka pada seluruh tempat yang sibuk itu. Kini, dia menoleh kebelakang memandang kedua makhluk yang sudah terdiam kaku.

“dan di sinilah pencarian kau akan bermula”

Boboiboy : The Beginning.Where stories live. Discover now