Part 1 - Pulau Rintis

363 18 0
                                    






Part 1

Di dalam tren menuju ke Pulau Rintis, terdapat seorang budak lelaki sedang duduk menghadap ke luar tingkap yang memperlihatkan suasana indah petempatan di sekitar situ. Dia melihat jam di tangan, hampir 6 pagi. Tiba-tiba, train yang di naikinya berhenti. Pengunguman telah sampainya ke Pulau Rintis di umumkan. Beg galasnya di ambil. Ketika pintu terbuka, jantungnya berdegup kencang sebaik sahaja melihat susuk tubuh seorang lelaki tua sedang berdiri menghadapnya. Dia berlari ke arah lelaki tua tersebut lalu memeluk dengan erat.

“Tok Abah!” pelukannya bertambah erat bila lelaki tua itu membalas pelukanya sambil mengusap rambutnya perlahan.

“Tok Abah, Boboiboy rindu sangat kat Tok Abah. Tok Abah sihat? Tengoklah kulit tangan Tok Abah ni, dah makin berkedut. Badan Tok Abah pun semakin kurus. Tok Abah tak makan ke?” sempat juga budak lelaki itu meneliti kulit di tangan oran tua  tersebut.

“bertuah punya budak. Boboi! Tok Abah kat sini lah” jerit seorang lagi lelaki tua yang berdiri tidak jauh darinya. Dia terkejut. Dia melepaskan pelukan dan melihat wajah lelaki di sampingnya itu kemudian dia memandang pula ke seorang lagi.

“eh, Tok Abah!” lantas dia mendapatkan atuknya yang sebenar.

“maafkan Boboiboy, Tok Abah. Rupanya, Tok Abah masih sihat dan kuat. Kedut pun kurang” katanya sambil memeluk pinggang lelaki bergelar Tok Abah itu.

“atuk kau sendiri kau boleh lupa kan” rajuk Tok Abah sambil mencebik bibirnya.

“alah, janganlah merajuk Tok. Boboiboy kan dah lama tak balik sini, tentulah dah lupa sikit rupa atuk” pujuk si cucu pula sambil menarik-narik lengan baju atuknya.

“dah cucu atuk tak nak balik jumpa atuk, nak buat macam mana. Sampai atuk sendiri dah tak kenal” Tok Abah berpaling dari cucunya, berlakon seperti sedang merajuk agaknya.

“Tok Abah dah merajuk? Hurm,, Boboiboy baru ingat nak tinggal sini dengan Tok Abah. Tapi, Tok Abah macam dah tak suka je dengan Boboiboy ”.

Terdengar sahaja kata-kata cucunya terus menghentikan lakonan lelaki tua tersebut. dia memandang cucunya semula.

“kalau macam tu, Boboiboy balik-“

Tangan Boboiboy ditarik, dia memegang kedua-dua bahu budak kecil itu pula sambil meluntut menghadapnya.

“betul ni? Boboiboy nak tinggal dengan Tok Abah? Betul?” dia menggoncang-goncan tubuh kecil tersebut tanda bersungguh-sungguh. Boboiboy mengangguk ya.

“iya Tok Abah”balas Boboiboy . Dia memeluk lelaki tua itu lagi.

“ Boboiboy takkan tinggalkan Tok Abah lagi. Boboiboy janji yang Boboiboy akan dengar cakap Tok Abah”sambungnya. Tok Abah membalas pelukan cucunya lantas tersenyum gembira.





Dengan lengkap berpakaian sekolah, dia duduk dengan pasrah di perhentian bas. Dia teringat kembali kata-katanya sejam lepas.


*Flashback*

‘ Boboiboy takkan tinggalkan Tok Abah lagi. Boboiboy janji yang Boboiboy akan dengar cakap Tok Abah’

Sesampai sahaja dirumah, beg galas Boboiboy di ambil. Tuala diberi kepada cucunya.

“eh? Awalnya nak mandi? Baru pukul 6?” soal Boboiboy kebingungan.

“tentulah awal, kau kan nak ke sekolah hari ni”balas Tok Abah lalu menuju ke dapur dan mula menjerang air. Sebaik sahaja mendengar perkataan sekolah, Boboiboy sudah mengeluh panjang. Dia tersandar di kerusi sofa.

“alaahhh.. Boboiboy baru je sampai rumah, takkanlah nak terus pergi sekolah? Penatlah Tok Abah” rungutnya. Tok Abah menghampiri cucunya. Dia melabuhkan punggung bersebelahan Boboiboy .


“sekolah tu kan penting? Lagipun, hari ni hari pembukaan sekolah”

“tapi Tok Abah…”

Tok Abah mula memberi pandangan mendalam kepada cucunya, dengan hati yang berat Boboiboy terpaksa akur dengan suruhan atuknya. Dia mengambil tuala dan naik ke tingkat atas untuk mandi dan bersiap sedia ke sekolah.





Di perhentian bas, Boboiboy masih lagi menunggu bas yang berhenti untuk mengambil pelajar-pelajar sekolah. Jam sudah menunjukkan pukul 6.30, dia menoleh kiri dan kanan untuk melihat bas. Perutnya sudah mula berbunyi, dia merenung seketika bekal yang diberi oleh Tok Abah.

“aduh, laparnya. Makan dululah. Bas lambat lagi ni” ngomelnya seorang.

Sedang dia baru sahaja hendak membuka bekal tersebut, tiba-tiba muncul seorang budak lelaki yang tidak dikenali.






























































Boboiboy : The Beginning.Where stories live. Discover now