Part 2 - Baru

395 25 1
                                    

“hai! Nak makan bekal ke? boleh minta sikit tak?” soal budak lelaki yang tidak dikenali itu.

Boboiboy yang terkejut dengan kemunculan budak itu hanya menganggukkan sahaja. Dia membuka penutup bekal tersebut dan mengambil sepotong roti sandwich lalu dihulur kepadanya. Pemberiaannya disambut dengan gembira.

“terima kasih!” katanya sambil menepuk-nepuk bahu Boboiboy dengan agak kuat. Boboiboy hanya menganggukkan sahaja sambil tersenyum paksa.

Satu gigitan diberi kepada roti sandwich tersebut. Dia duduk bersebelahan Boboiboy .

“sedap betul roti ni. Pandai mak kau buat”tegurnya sambil terus memasukan cebisan sandwich yang terakhir.

“eh, bukan mak aku yang buat tapi atuk aku” katanya.

“oh yaka? Eh, kau ni budak mana eh? Asal aku tak pernah nampak pun kau kat sini?”soal budak lelaki tersebut kemudian menjilat saki baki mayonis yang terlekat di jari telunjuknya.

“aku baru pindah sini, nama aku Boboiboy” balas Boboiboy sambil tersenyum malu.

“ohh Boboiboy , nama aku Gopal! Selamat berkenalan dey!” dia menghulur tangan kepada Boboiboy dengan teruja.

“selamat berkenalan” Boboiboy menyambut salaman Gopal dengan gembira. Dia tidak menyangka, dia belum pun pergi ke sekolah tetapi sudah dapat seorang kawan baru. Namun, dia masih merasa tidak selesa kerana selepas bersalaman dengan Gopal, tapak tangannya mula terasa melekit. Sudah pasti itu adalah kesan daripada jilatan Gopal di jari telunjuknya.

“eh, bas dah sampai”.

Kedua-dua mereka bangun dari kerusi menunggu dan menghampiri bahu jalan. Bas berwarna kuning highlight itu berhenti betul-betul dihadapan mereka. kad kredit bas dikeluarkan dan di scan seperti mana yang dilakukan di setiap perhentian tol touch and go. Gopal menarik Boboiboy untuk duduk disebelahnya.


“kau dari mana? Kenapa pindah ke sini?” soal Gopal lagi.

“aku dari Bandar. Aku balik sini sebab nak temankan atuk aku yang tinggal berseorangan”balas Boboiboy sambil membetul-betulkan kolar bajunya.

“oh, jadi kau tahu tak selok belok, serta tempat-tempat dan sekolah disini?”

Boboiboy menggeleng kepalanya dengan wajah risau. Sememangnya dia tidak biasa dengan tempat-tempat disitu. Sudah lama dia meninggalkan Pulau Rintis, banyak perubahan yang sudah berlaku dan dia tidak kenal banyak tempat lagi.

“haa bagus! Kalau macam tu, apa kata kau ikut je aku? aku tahu semua selok belok kat tempat ni dan aku kenal ramai orang. Apa macam?”.

Tawaran Gopal itu sangat dipersetujui oleh Boboiboy memandangkan dia menganggap dirinya masih baru disitu. Dia serahkan sahaja semuanya kepada Gopal. Tiba-tiba seorang budak perempuan menghampiri mereka.

“Gopal, Ying mana?” soal budak perempuan tersebut.

“Ying kata hari ni dia datang dengan ama(ibu) dengan apa(ayah)  dia” balas Gopal.

“oh yaka, kalau macam tu aku nak kau tolong aku uruskan pelajar hari ni” katanya lagi.

“alahh… aku malaslah,Yaya. Aku baru nak temankan kawan baru aku ni” keluh Gopal. Yaya yang mendengar kata-kata Gopal itu terkejut seketika sebaik sahaja dia ternampak Boboiboy yang betul-betul duduk tercegat disebelahnya.

“kawan baru?” Yaya duduk di kerusi bersebelahan Boboiboy dengan wajah yang teruja.

“kau ni dah kenapa?”soal Gopal sambil menjeling menyampah terhadap Yaya.

Gopal sememangnya tahu benar perangai Yaya yang terlebih teruja dan suka menguasai semua perkara. Setiap kali dia berjumpa dengan pelajar baru, dia pasti akan menyuruh pelajar tersebut mengikut jejaknya.

“kau pelajar baru?” soal Yaya. Boboiboy hanya menganggukkan kepala.

“kau dari mana?” soalnya lagi.

“Bandar” balas Gopal pantas sebelum Boboiboy sempat berbicara apa-apa.

“kau tinggal di mana sekarang?”

“entah, tak tahu pulak” balas Gopal lagi,memotong Boboiboy untuk memula berbicara. Yaya pantas mengerling kearah Gopal.

“Gopal....” Yaya mula membesarkan bebola matanya tanda geram. Namun, itu biase pada Gopal.

“ah, aku tinggal dalam kawasan ni je”balas Boboiboy dengan cepat kerana tidak mahu melihat pergaduhan antara mereka.

“ooh. Jadi kau ni budak bandarlah”. Boboiboy tersengih malu.

“eh, takdelah Bandar sangat”.

Yaya mula duduk dengan tegak sambil kedua tangannya diletak rapi di atas pahanya.

“nama aku Yaya. Selamat berkenalan!” sapanya sambil tersenyum lebar. Boboiboy ikut tersenyum. Gopal yang melihat senyuman membinasakan itu memberi respon wajah menakutkan.

“hai, nama aku Boboiboy . Selamat berkenalan”. Yaya mengeluarkan sesuatu dari begnya dan menghulurkan kepada Boboiboy .

“ambillah, ni biskut yang aku buat” kata Yaya, masih tersenyum. Boboiboy mengambil paket biskut tersebut memandangkan perutnya masih berpuisi. Yaya berasa gembira dan seperti menanti-nantikan sesuatu dari Boboiboy , dia terus merenung lelaki itu dengan lama. Boboiboy kelihatan keliru dan tidak selesa.

“urm.. terima kasih?”.

“uhurm… taknak rasa ke?” soal Yaya dengan penuh teruja. Tiba-tiba Gopal bersuara,

“waktu rehat nanti dia makanlah”. Boboiboy mengangguk. Yaya terus bangun dari situ dan duduk dikerusi bahagian hadapan bersama dengan beberapa orang kawan perempuannya yang lain. Gopal menarik Boboiboy rapat dengannya dan berbisik sesuatu.

“dalam dunia ni ada beberapa benda yang kau tak boleh buat dan salah satunya ialah, makan biskut Yaya” . Kening Boboiboy mula berkerut.

“ke-kenapa?” soal Boboiboy . Ketika itu bas sudah pun berhenti di hadapan sekolah.

“nanti aku beritahu kau kenapa. Sekarang, kau ikut aku”

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 19, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Boboiboy : The Beginning.Where stories live. Discover now