Bangunan Berhantu

460 16 0
                                    

Nama saya Sham ingin menceritakan kisah seram. Ini berlaku sudah hampir dua tahun. Dulu saya seorang remaja yang sangat liar. Keluar setiap malam, lepak sana sini dan macam-macam lagi. Pada satu malam, saya dan rakan-rakan sedang lepak di bawah sebuah pokok. Tak jauh dari tempat kami lepak, ada satu bangunan yang tidak digunakan lagi.

Kawan saya mencabar saya untuk memasuki bangunan itu dan mengambil gambar sekeliling kawasan bangunan itu. Saya pun dengan berani menyahut cabaran itu. Orang kata bangunan itu "keras". Ayah saya pernah mengatakan bahawa kita tidak boleh masuk ke bangunan itu selepas 7 malam. Saya tidak menghiraukan nasihat itu, terus memasuki bangunan tersebut dengan berbekalkan lampu suluh dan telefon bimbit untuk mengambil gambar. Apabila saya ingin memasuki bangunan tersebut, bulu roma saya mula meremang. Keadaan bangunan tersebut memang seram dan gelap. Saya pun memasuki bangunan tersebut. Saya mula mengambil gambar sekeliling bangunan tersebut dan tidak sedar saya telah jauh berjalan. Lebih kurang 15 minit saya berada dalam bangunan tersebut dan seperti ada bermacam-macam benda yang perhatikan saya. Saya berasa tidak sedap hati lalu mencari jalan keluar. Apabila saya keluar dari bangunan itu, saya menyuluh semula ke arah bangunan itu dan saya dapat melihat banyak makhluk seperti manusia berpakaian putih sedang melambai ke arah saya.
Saya dengan sekuat hati berlari dari bangunan itu tanpa melihat ke belakang. Apabila sampai ke tempat kawan-kawan saya yang sedang lepak, saya menyerahkan telefon bimbit saya kepada kawan saya untuk melihat gambar yang saye telah petik. Tetapi malangnya semua gambar yang saya petik sudah tiada seperti sudah dibuang oleh seseorang. Selepas kejadian itu saya terus bertekad menjadi remaja yang baik.

Koleksi Cerita SeramWhere stories live. Discover now