1

100 2 1
                                    

"Assalammualaikum" Hazwani memberi salam.
"Waalaikummussalam. Dari mana ni?" Jawab Puan Hazlina. Mak kpd Hazwani. 

"Dari tempat temuduga mak.." Hazwani mengeluh. Puan Hazlina terkejut. Temuduga lagi?

"Berapa kali Wani pergi temuduga ni?" Tanya Puan Hazlina.

"Nak dekat 5 kali, mak.. " Terkejut Puan Hazlina. Takkan x dpt lagi kut tawaran kerja. Puan Hazlina menggeleng. 

"Xde surat untuk wani ke?" Tanya Hazwani. Puan Hazlina menggeleng. Hazwani mengeluh.

"Xpelah, wani masuk bilik dulu.. Esok Wani cari kerja kosong lagi.." Hazwani masuk ke bilik lalu kemaskan diri, Solat Asar kemudian baring ke atas katilnya.. Tetiba ada satu message di telefonnya.

Whatapps Group: KaWaN KaMcEnG

Freida: Wei, Wani. Kau dah dapat tawaran kerja ke belum?

Wani: Belum... Haih.

Haza: Asal kau x dapat lagi hah?! Kau bagus kut!!

Wani: Manalah aku tahu! Jangan tambah stress aku leh x?!

Haza: Kkkk...

Freida: Ni aku ada satu kerja kosong. Aku rasa kau boleh dapat ni.

Haza: Cam mana kau boleh tahu dia bolh dapat? 

Freida: Eh, kau senyaplah. Wani, kau try dulu. Mana tahu kau dapat. 

Wani: Kerja kosong apa?

Freida: KERJA KOSONG!! PERSONAL ASSITANT!!                                                                                                             Gaji: RM: RM30,000 Tarikh Temuduga: 18/7/2017                                                                                              Tempat: Syarikat Pembangunan CIS   Masa: 10:00 pagi                                       

               Calon mestilah berpakaian sesuai dan formal seperti seorang Personal Assitant. 

Haza: Bapak kaya sia gaji dia.. Mana kau jumpa kerja kosong ni?

Freida: Kawan aku kasi.

Wani: Wei, mana aku cari baju macam P.A kut?!! Esok kut!!! Aku ni dah lah budak biasa je..

Freida: Itu jgn risau. Aku ngan Haza akan tolong. Esok pagi, kau siap2. Kitaorang akan datang rumah kau. Bagi baju.

Wani: Hmm.. Klah. Aku gi dulu.

Freida: K. Bye

Haza: Bye.

Hazwani menutup fonnya. Dia mengeluh. Gaji besar. Tapi mampu ke dia? Dah lah esok je.. Haih.. 

16/7/2017

8.30 pagi

Hazwani sudah menunggu kawan baiknya di depan  rumah. Berbaju kurung, make-up yg simple tapi tetap lawa, kasut pvc warna hitam, Ok lah kan? Tetiba, satu kereta myvi warna biru berhenti di depan rumahnya. Hazwani bangun. Kawan baiknya sudah terpacul di depannya.

"Lambatnya korang berdua ni" Hazwani merungut.

"Eh, kira awal lagi ni." Tegas Haza.

"Yelah.." 

"Nah baju." Freida memberi baju formal berwarna hitam yg sudah digosok dan sedia untuk dipakai.

"Mana kau dapat baju ni?!" Terkejut Hazwani.

"Itu kau x yah kesah sangat. Yang penting kau kena pergi Interview tu." Kata Freida.

"Asal kau nak sangat Wani pergi Interview tu hah?!" Tanya Haza kepada Freida.

"Aku yakin dia boleh dapat benda ni. Dan aku tahu kau akan terkejut nanti." Senyum Freida. Haza dan Hazwani tergamam.. Apa yg akan dihadapi oleh Hazwani nanti.

"Dah jom cepat! Wani gi lah tukar cepat!! Dah kul 9:00 dah ni, nanti kau lambat!!" Tegas Haza. Hazwani terus masuk ke dalam biliknya lalu menukar kepada baju formalnya. Selepas bersiap, Hazwani menyalam ibu bapanya kemudian terus keluar dari rumahnya. Dia berhenti seketika.

Haza dan Freida seperti berbisik sesuatu. Dan kelihatan Haza terkejut.

"Serious ah?" Tanya Haza.

"Ya, Serious.." Kata Freida.

"Korang bisik apa ni??" Terkejut Freida dan Haza apabila ditanya soalan itu.

"Ta-tak de pape.. Nanti kau tahu jugak" Kata Freida. Hazwani mengeluh. Dia paling x suka apabila kawan baik dia bisik tentang dia.

"Dah jom2!!" Tegas Haza. Mereka terus menaiki kereta Myvi milik Haza lalu menuju ke Syarikat Pembangunan CIS itu. 

Di kawasan Syarikat Pembangunan CIS. Terdapat pelbagai calon temuduga di syarikat itu. Hazwani tergamam. Betul ke apa yg dia buat ni? Hatinya mula berdebar..

"Ok, Goodluck Wani!! Kitaorang tunggu kau kat luar ok?Jangan takut tau" Kata Freida.

"Ok." Senyum Hazwani. Sedangkan hatinya mula berdebar. Hazwani mula mendaftarkan dirinya dan mendapat nombor untuk ditemuduga. 013 Sekarang? 005 Baru bukak ni.. Hazwani duduk di satu kerusi kosong di depan bilik boss syarikat ni. Kelihatan ramai yg keluar dengan keadaan menangis dan sedih. Apa yg teruk sangat boss tu? Hazwani mengeluh. 

1 jam kemudian..

013!!

Hazwani bangun dan masuk ke bilik itu. Dia melihat orang yg akan temuduga dia. Hazwani tergamam..

Dia kenal org ni..

Dia kenal..

-Bersambung-

Hantar sikit je untuk permulaan. Sorrylah, cerita lain x kesampaian. Kali ni, saya cuba.

Kau P.A, Aku BOSSWhere stories live. Discover now