Sambungan dari bab 2..
----------Keesokan harinya...
Mereka bersiap awal dan mengambil sarapan. Akhirnya, mereka tiba di destinasi mereka iaitu di Pulau Mystic. Mereka menaiki kereta yang telah disediakan oleh pihak sekolah bagi mengambil mereka.
Setibanya mereka di sekolah itu, mereka terkejut akan sebuah bangunan yang besar dan mewah. Memang sekolah yang bertaraf untuk kerabat diraja. Mereka melangkah masuk melalui pintu kayu yang bercorak cantik.
Mereka melihat akan seorang wanita berambut coklat muda dan mata berwarna kuning yang memakai blazer berwarna biru gelap termasuk dengan skirt betul-betul atas lutut dan memakai riben berwarna hijau turquoise yang sama warna seperti uniform mereka.
Wanita itu tersenyum sambil memandang mereka dan menyuruh mereka bertiga agar datang dekat menghampirinya. Abang Adrienne, Antony sudah pun berlalu pergi meninggalkan mereka dengan wanita tersebut. Adrienne Amabelle, Shiori Kirazz dan Eun Ji datang dekat dengannya.
Wanita: Selamat datang ke Sekolah Akademik Kerabat Diraja.
Wanita itu berkata sambil menunjukkan senyuman yang manis di bibirnya.Mereka membalas senyuman wanita itu dengan senyuman.
"Nama saya ialah Rina Kamiyoshi. Saya adalah pengetua kepada sekolah ini."
"Ouh.. bonjour, madam." Dengan sopannya Adrienne menyapa Pengetua Rina.
"Anneyoung haseyo." Kata Eun Ji kemudian dia tunduk.
"Konnichiwa, Rina-sensei." Katanya kemudian tunduk.
"Kamu bertiga mesti Puteri Yuma Adrienne Amabelle dari Perancis, Puteri Song Eun Ji dari Korea dan akhir sekali, Puteri Kushinada Saki Kirazz dari Jepun?
KAE: Ya,betul tu.
"Gembira dapat berjumpa dengan kamu bertiga. Baiklah, mari saya tunjukkan kamu kawasan di sekitar sekolah. Tapi, sebelum itu. Kamu bertiga sudah mendapat jadual kelas kamu, bukan?" Tanya lembut.
"Sudah!" Mereka menjawab serentak.
"Baguslah kalau begitu." Dia tersenyum.
Mereka mengangguk. Pengetua Rina membawa mereka melihat di sekitar sekolah dari pintu hadapan sekolah hingga ke loker tempat murid sekolah menyimpan barang. Semua loker telah disusun mengikut nombor dengan teratur.
Pengetua Rina memberikan mereka kad kunci loker mereka dan menyuruh mereka untuk meletakkan bagasi pakaian mereka di dalam loker. Seterusnya, dengan buku yang telah disediakan di dalam loker, mereka menuju ke kelas mereka.
Di hadapan pintu kelas...
"Baiklah, sampai di sini sahaja. Kamu semua sudah tahu kawasan sekolah bukan?"
"Ya!"
"Bagus. Sekali lagi, saya ingin mengucapkan selamat datang." Dia melihat jam tangan.
"Nampaknya saya kena pergi sekarang. Jadi kita jumpa lain kali dalam kelas adab dan tatasusila dan kelas tarian."
"Dae, gamsahamnida." Kata Eun Ji.
"Um.." Dia mengangguk dan berlalu pergi.
Kemudian, keadaan menjadi senyap. Mereka pandang antara satu sama lain. Shiori Kirazz memulakan perbualan.
"Jadi, siapa yang nak masuk dulu?" Tanya dia.
"Aku tak nak!" Eun Ji mengeleng kepala.
"Apatah lagi aku." Kata Adrienne melambai tangannya ke kiri dan ke kanan.
"Dah kalau macam tu, takkan kita nak duduk berdiri macam tunggul kayu pulak?"
Pada waktu mereka berbual, mereka tidak menyedari akan kehadiran seorang wanita. Wanita itu berjalan menuju ke arah mereka seraya bertanya,
Wanita: Maaf, tapi..kamu bertiga ni murid baru ke?
Katanya dengan suara yang lembut.
Mereka memalingkan kepala dan melihat seorang wanita berambut coklat panjang dan memakai dress berwarna putih. Wanita itu mempunyai mata berwarna coklat.
"Dae! Kami ni.. murid baru. Anneyoung haseyo" Eun Ji tunduk.
"Maaf, kami buat bising ke?" Adrienne tanya.
"T-taklah. Cuma tertanya yang kamu ni murid b-baru ke sebab d-dalam senarai nama kelas saya, akan ada t-tiga orang murid baru yang akan mengikuti pelajaran sekali. Jadi,
s-saya tertanya kamu ke orangnya?""Ya, kami orangnya." Kirazz tersenyum.
"B-baguslah kalau macam tu. Mari kita masuk dalam kelas,y-ya?"
"Ba..ik?" Adrienne berasa hairan.
Wanita itu membuka pintu dan melangkah masuk ke kelas. Adrienne berbisik kepada Kirazz dan Eun Ji di luar kelas di hadapan pintu malahan di sebelah pintu agar tidak dilihat ramai.
_______________________________"Dude! Cikgu ni malu ke?" Dia berbisik.
"Tak tahulah. Nampak macam seorang yang pemalu." Kata Eun Ji.
"Biasalah dengan orang baru jumpa." Kata Kirazz.
"Ouh.. patutlah." Balas Adrienne dan Eun Ji serentak sambil menganggukkan kepala mereka.
_______________________________Di dalam kelas...
"Baiklah, semua duduk. Pagi ini kita akan ada 3 orang murid baru. Jadi, tanpa melengahkan lagi kita panggil 3 orang murid baru kita." Dia memandang ke arah pintu.
"Kamu bertiga boleh masuk."
Kirazz, Adrienne dan Eun Ji terkejut mendengar cikgu itu memanggil mereka. Semua murid lain memandang ke arah pintu menunggu murid baru untuk masuk. Mereka bermain tolak-tolak menyuruh orang itu masuk dulu, orang ini masuk dulu.
Perkara itu menjengkelkan Kirazz, jadi Kirazz dengan beraninya melangkah masuk. Akhirnya, Adrienne dan Eun Ji melangkah masuk bersama-sama dan berdiri di hadapan. Cikgu itu membuka mulut.
"Baiklah, kamu bertiga.. kamu boleh perkenalkan diri kamu. Boleh start dari hujung tak?"
Cikgu itu menuding jari ke arah Eun Ji. Eun Ji mengangguk kepala.
"Anneyoung! Nama saya ialah Song Eun Ji. Saya dari negara Korea. Mannaseo bangawoyo. (selamat berkenalan)"
Eun Ji menyapa mereka dengan sopan.
Bersambung...
YOU ARE READING
C | SEKOLAH AKADEMIK KERABAT DIRAJA
RandomPuteri Shiori Kirazz, Adrienne Amabelle dan Eun Ji ialah tiga orang sahabat yang sudah berkawan sejak mereka masih kecil lagi. Namun, disebabkan masalah yang dihadapi oleh ketiga-tiga keluarga, mereka terpaksa berpisah dan hubungan persahabatan mere...