Pada waktu petang, semua murid berkumpul di padang bagi mengadakan perjumpaan rumah sukan.
Adrienne, Kirazz dan Eun Ji hanya berdiri di tepi kerana keadaan mereka yang masih tidak mempunyai rumah sukan lagi.
"Baiklah, kita tak nak membazir masa jadi saya akan terus mengumumkan rumah sukan kepada murid baru." Kata seorang guru lelaki yang memakai pakaian sukan.
"Adrienne Amabelle, The Summer. Eun Ji, The Spring dan akhir sekali.. Shiori Kirazz, The Winter." Sambungnya.
"Itu sahaja. Kamu semua boleh berkumpul mengikut rumah sukan masing-masing."
Dengan itu, semua pelajar berkumpul. Adrienne berlari ke arah Silvio manakala Eun Ji berlari ke arah Soo Chul. Uruha berjalan ke arah Kirazz.
"Jomlah, kita pergi." Ajak Uruha.
Kirazz memandang Uruha. "Okey, Jom!" Kirazz menarik lengan Uruha.
Uruha terkejut. Mukanya menjadi merah padam. Dia menutup muka dengan sebelah tangannya berharap Kirazz tidak menyedari.
Di rumah sukan The Winter..
"Okey! Hari ni, kita akan bincangkan perkara tentang hari sukan tahunan yang akan diadakan tak lama lagi. Jadi, cikgu nak pilih wakil untuk setiap acara. Sebagai permulaan, ada sesiapa yang nak volunteerkan diri dia?" Kata seorang cikgu lelaki.
Semua senyap kecuali..
"Saya! Saya!" Kirazz mengangkat tangan.
"Kamu.. apa nama kamu?"
"Saya, Kushinada Shiori Kirazz."
Muka cikgu itu berubah menjadi terperanjat. Dia meletakkan tangan di dagunya membuat aksi sedang berfikir.
"Kirazz? Kirazz?? Kenapa nama macam pernah dengar ya?"
'Pernah dengar? Macam mana?' Fikir Kirazz.
"Cikgu Cahills! Cikgu Cahills!"
Terdengar suara yang memanggil nama cikgu lelaki itu. Dia menoleh dan melihat dua orang anak murid yang dikenalinya.
"Ah.. Ritsu dan Nathan rupanya. Kenapa ni?"
Kirazz duduk semula iaitu di tepi Uruha dan memandang adiknya. "Nathan? Dareka?"
Uruha memandang Kirazz hairan. "Kau gila ke? Kenapa kau cakap sorang-sorang?"
Kirazz terperanjat lalu memandang Uruha. "Gila? Aku? Tolonglah. Mana ada!"
"Habis tu? Yang kau pandang budak dua orang tu dah apahal?"
"Aku tertanya-tanya sejak bila dia ada kawan. Setahu aku takde sapa yang nak berkawan dengan dia disebabkan personaliti pelik dia tu.." terang Kirazz.
"Dia? Sapa? Budak yang rambut hitam tu ke?"
"Ha'ah. Ritsu, adik aku."
"Dan kau nak kata yang adik kau sebelum ni memang langsung tak pernah ada kawan ke?"
"Ya. Jadi, tu yang aku pelik sapa si budak Nathan ni. Tapi, takpelah. Bagus jugak yang dia dah ada kawan."
Kirazz tersenyum. Matanya tidak pernah lari daripada memandang adiknya.
"Hah?! Kakak kamu?" Tanya Cikgu Cahills.
"Ya. Cikgu kata Shiori Kirazz kan? Betullah tu kakak saya.. kenapa cikgu tanya?"
"Tu.." Cikgu Cahills menuding jari ke arah Kirazz yang kini sedang berbual rancak dengan Uruha.
"Ah! Kakak.. dia ahli rumah sukan The Winter?"
"Ya. Ahli baru dan dia nak volunteerkan diri untuk mewakili rumah sukan dalam acara.. hah! Yang itu tak tentukan lagi."
"Yeke? Takpelah. Cikgu tolong jaga kakak saya ya?"
"Ok, cikgu jaga."
"Terima kasih cikgu."
"Jumpa lagi", kata Ritsu dan Nathan serentak. Kemudian berlalu pergi.
Cikgu Cahills memandang Kirazz semula. "Kirazz?"
"Ya?"
Bersambung...
YOU ARE READING
C | SEKOLAH AKADEMIK KERABAT DIRAJA
RandomPuteri Shiori Kirazz, Adrienne Amabelle dan Eun Ji ialah tiga orang sahabat yang sudah berkawan sejak mereka masih kecil lagi. Namun, disebabkan masalah yang dihadapi oleh ketiga-tiga keluarga, mereka terpaksa berpisah dan hubungan persahabatan mere...