"Mana kembar bertiga tu pergi?", tanya Adrienne. Biarpun perasaan marah masih terbit di dalam hatinya, sebagai salah seorang housemate, dia tidak boleh mengendahkan sahaja akan keadaan ketiga-tiga orang putera itu.
"Entah. Dari tadi lagi aku tak nampak diorang", jawab Eun Ji seraya menjongketkan bahunya. Sejujurnya, dia juga turut merasakan perkara yang sama seperti puteri Perancis itu.
"Ah, biarlah diorang. Peduli apa kita!", balas Kirazz kasar. Berbeza dengan Adrienne dan Eun Ji, Kirazz masih lagi menyimpan dendam terhadap ketiga-tiga orang sahabat mereka itu dan berjanji tidak akan sekali-kali memaafkan mereka pun. Dan itu, sememangnya sedikit melampau pada pandangan dua orang kawannya.
"Haih, kau still tak boleh maafkan diorang ke?", tanya Adrienne.
"Maafkan? Pfft, kau ingat senang ke untuk aku maafkan diorang macam tu aje? Jangan mimpilah!"
"Kenapa kau memperbesarkan sangat hal ni? To be honest, hal ni kecik aje actually."
"Memang hal ni kecik tapi aku tak boleh terima hakikat yang perkara ni dah sakitkan, lukakan hati Eun Ji."
Eun Ji terkejut. Tidak sangka, Kirazz menjadi begitu bengang hanya disebabkan dia. Prihatin sungguh kawan dia yang seorang tu. Dia tidak mampu mengharapkan kawan yang lebih baik lagi. Cukuplah dia ada Kirazz dan Adrienne di sisi untuk menceriakan harinya.
"Kirazz, aku tahu kau bengang sangat dekat diorang disebabkan aku tapi aku tak kisahlah. Itu keputusan diorang. Nak buat macam, mungkin dia bukan untuk aku," pujuk Eun Ji lembut dengan melemparkan senyuman manis.
"Tapi!"
"Dengar apa yang Eun Ji cakap, Kirazz. Bukan kuasa kita untuk membuat seseorang tu suka dekat seseorang yang kita inginkan. Semua yang berlaku pasti ada sebabnya. So, kau tak payahlah marah sangat pasal ji, okey?"
Kirazz hanya mampu mengalah. Ada baiknya, dia patut mendengar nasihat kawannya. 'Yosh! Aku akan cuba pujuk diri aku untuk maafkan diorang'
- - -
Sementara itu, di dalam bilik Silvio, ketiga-tiga kembar itu sedang berkumpul bagi membincangkan perkara mustahak. (Pergh! Mustahak?! Benda yang mustahak sangat tuh?)
"Baiklah, kita semua sedar yang kita dah jatuh hati pada diorang bertiga, kan?" Silvio memulakan perbualan.
(Wait..what?! Ni ke yang dikatakan mustahak sangat tuh?!)
(Silvio: Kau yang tulis cerita ni kan? Apahal pulak kau yang terkejut beruk?)
(Uruha: Kena hantuk dekat dinding kot dia ni)
(Soo Chul: Betullah tu)
(What? Sapa bagi kebenaran untuk korang masuk ke dalam dunia realiti ni? Pergi masuk balik dalam ceritalah! *tolak diorang bertiga*)
YOU ARE READING
C | SEKOLAH AKADEMIK KERABAT DIRAJA
RandomPuteri Shiori Kirazz, Adrienne Amabelle dan Eun Ji ialah tiga orang sahabat yang sudah berkawan sejak mereka masih kecil lagi. Namun, disebabkan masalah yang dihadapi oleh ketiga-tiga keluarga, mereka terpaksa berpisah dan hubungan persahabatan mere...