MR SENIOR DAN MISS JUNIOR
PART 8
syahmi memandu sehingga ke sebuah restoran
Syahmi parkingkan kereta dia di tempat parking kereta dan mereka mula keluar dari kereta
Sebaik sahaja sofea keluar syahmi berehem
"Woi!" Panggil syahmi
"Apa!" Tanya sofea
"Kau ambil satu beg dekat dalam bonet tu" arah syahmi
"Itu pun nak suruh aku ke?? Kau pergi la ambil sendiri" kata sofea
"Pergi la cepat...beg warna biru" kata syahmi
"Ish...sikit sikit suruh orang" marah sofea dan dengan geram dia menuju ke arah bonet
Syahmi dah buka bonet tu...sofea cuma angkatkan dia ke atas dan mula terbuka luas
Sofea tengok tengok je dalam bonet tu. Dan sofea nampak beg warna biru
Dicapai dan terus tutup bonet
"Asal dengan beg ni?" Tanya sofea
"Jom" ajak syahmi dan mereka berlima masuk dalam restoran itu
Mereka duduk..pesan makanan dan sebagainya
"Sofea" panggil syahmi
Sofea pandang syahmi
"Pergi la tukar baju" kata syahmi
Dahi sofea berkerut
"Dalam beg biru tu..baju dan seluar kau....pergi la tukar baju" kata syahmi
"Eh...tak payah la tukar..pakai je la baju ni" kata sofea
"Pergi la...kejap lagi balik rumah kejap lepastu pergi rumah family kau sebab mama kau ajak dinner skali" kata syahmi
"Ish...suka sangat memaksa" kata sofea dan bawa beg biru itu dan menuju ke tandas
"Kau dah suka dia ke?" Tanya zaquan
"Apa kau merepek ni quan??? dia ni isteri atas kertas je....aku still suka dan sayang tasha" kata syahmi poyo
"habistu aku tengok kau dengar je apa yang dia cakap" kata zaquan lagi
"Apa benda dia yang aku dengar dia cakap?" Tanya syahmi
"Dia merengek dan marah kau sebab kau tak nak beli beras,gula dan minyak tadi..tup tup kau beli guna kad kredit....macam kau ni tak boleh tengok dia sedih dan marah" kata zaquan
"Apa kau merepek ni??? Nanti sampai masa aku ceraikan dia juga" kata syahmi
"Eh baby!! Buat apa dekat sini" kata Tasha dan terus peluk dan cium pipi syahmi
Syahmi apa lagi terkejut la
tanpa diperlawa tasha terus duduk tempat sofea tadi
"U buat ape dekat sini?? Kenapa tak bagi tahu korang kat sini?" Tanya tasha
"kita orang nak makan aje..lepas itu balik" kata syahmi
"Wei!" panggil firdaus
Semua pandang dia
"Aku nak pergi toilet kejap" kata firdaus
"pergi la" kata syahmi
Firdaus segera bangun dan menuju ke toilet yang ada sofea
firdaus tunggu sofea keluar
Sebaik sahaja sofea keluar firdaus terus tarik tangan sofea dan mereka menyorok di sebalik pokok yang ada
Mereka menyorok sebab Tasha nak masuk tandas itu
Sebaik sahaja tasha masuk tandas....firdaus terus tarik tangan sofea dan menuju ke meja
"Kau tunggu dalam kereta" kata syahmi
"Tapi-" ayat sofea tak habis bila firdaus tarik tangan dia dan mereka keluar dari restoran itu dan menuju ke kereta
=Syahmi Situasion=
"hurm..dah kenyang kan..jom balik" kata syahmi dekat kawan kawan dia
"La nak balik dah ke?" Tanya tasha
"Aah" jawab syahmi
"tapi makanan ni tak habis lagi" kata tasha dan tunjuk pinggan sofea yang dia pesan tadi
"Tadi rasa lapar...lepas dah makan sepinggan terus kenyang..so yang ni bungkus bawa balik je la" kata syahmi
"Ouh...jadi makanan i?" Tanya tasha
"Tak pe...i bayarkan skali" kata syahmi
"Thank you baby....." ucap tasha
"welcome" jawab syahmi
-SKIP-
[Dalam Kereta]
Syahmi dan kawan kawan dia mula masuk dalam kereta
"Asal lambat sangat?" Tanya sofea marah
"kau nak marah marah ni kenapa??" Marah syahmi pula
"Kau dah la tak bagi aku makan..lepastu kau biarkan aku berpanas dalam kereta ni..kau ingt aku apa...boneka ke" marah sofea
Dengan geram syahmi terus buka bungkusan yang dia bungkus untuk sofea tu dia capai dan terus sumbat dalam mulut sofea dengan paksaan
Sofea tolak tangan syahmi tapi syahmi lagi buat sampai comot + kotor muka sofea
tindakan syahmi berhenti bila kawan kawan dia tahan dia
Sofea menangis dekat seat dia
"Kau ni gila ke" marah hisyam
"Dia yang buat aku gila kau tahu tak" tengking syahmi balik
"aku tahu kau ada masalah dengan tasha...tapi jangan la lepas dekat sofea.. Dia tak tahu apa yang jadi...aku tahu kau nak suruh musuh kau ni dari budak sekolah kita..tapi tak payah la sakitkan sofea" marah zaquan balik
Suasana jadi senyap
Dalam suasana yang senyap tu tiba tiba
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
[C] Mr Senior Dan Miss Junior
Romanceapabila seorang senior yang hot,hensem,kaya sering bergaduh bila bertemu dengan seorang junior yang baik 'kau asal potong barisan aku?? dah lambat tu belakang la..x payah potong barisan'- sofea 'suka hati aku la pendek' - syahmi setiap hari mereka p...