MR SENIOR DAN MISS JUNIOR
PART 36
Syahmi download gambar itu dan alangkah terkejutnya dia bahawa gambar itu adalah gambar pregnant test sofea
Mata syahmi terus membuntang
"Mana dia dapat benda ni????" Tanya syahmi
Syahmi mula menaip sesuatu dan hantar ke tasha
To:Tasha
Apa benda ni?? Asal hantar dekat aku??
Syahmi hantar whatsapp macam tu sebab taknak cakap yang benda tu sofea punya
Syahmi dapat whatsapp dari tasha
From:Tasha
Tu pregnant test sofea..isteri u....jangan pura² tak tahu please 😏😏Syahmi genggam tangan dia bila dia dah tahu yang sebarkan hal ini adalah tasha dan bukan Hafiz
To:Tasha
So kau la yang sebarkan berita sofea menggandung???? Dasar tak guna
From:Tasha
Ha mengaku pun sofea isteri kau 😏😏 Rasakan apa yang patut dia rasa dan kau rasa....biar dia tanggung malu tu...pandai sangat ambil pakwe aku..tu rasakan biar dia malu sampai mati
To:Tasha
Dasar perempuan tak guna...aku nak jumpa kau....SEKARANG!!!
From:TASHA
Boleh je....tempat biasa okey...i tunggu 😘😘😘😘
Syahmi terus matikan fon dia dan turun dari katil
Syahmi menuju ke pintu tapi langkah dia berhenti
"Awak nak pergi mana??" Tanya sofea yang baru selesai mandi
"Nak keluar kejap jumpa kawan...awak siap pakai baju lepastu makan dan rehat ye" pesan syahmi
"Nak ikut" rengek sofea
"Tak payah la...saya nak jumpa kawan lelaki..bukan perempuan...awak duduk rumah je okey..rest" kata syahmi dan cium dahi sofea
"Ala..nak ikut juga" rengek sofea
"sayang.....please...abang pergi kejap je...sebelum kul 9 abang balik ye" kata syahmi
"Tapi kalau tiba tiba ada orang culik fea macam mana???" Kata sofea tiba tiba dan buat muka sedih
"Siapa nak culik isteri abang ni?? Mama dan apa kan ada....takkan ada sesiapa yang culik sayang okey" kata syahmi yang dah tukar nama panggilan dia
"Janji?? Balik sebelum pukul 9?" Kata sofea
"Iye sayang..abang janji" kata syahmi dan cium dahi sofea lagi
Sofea senggih dan angguk
"Abang pergi dulu ye..bye sayang" kata syahmi dan mula keluar dari bilik sofea
-skip-
Sofea turun ke bawah sebab nak makan
Lauk semua dia dah ceduk dan letak dalam pinggan
Tiba tiba mama dan papa dia turun dari atas ke bawah
"Sofea,mama dan papa keluar dulu sebab ada hal nak kena settlekan....kamu duduk dirumah ye...nanti mama call syahmi suruh balik awal jaga sofea....risau juga mama sofea tinggal seorang diri dalam rumah ni" kata mama
"Ala...mama...tak boleh tangguh ke kerja tu?? Jaga sofea...sofea takut" kata sofea
"Tak boleh sayang..mama janji mama dan papa balik awal ye sayang" kata mama dan cium dahi sofea sama juga dengan papa yang cium dahi sofea
"Tapi-" ayat sofea tak habis bila papa potong
"anak papa ni kenapa?? Tiba tiba mengada?? Dah sofea duduk di rumah je okey..kamu ni mengandung tak boleh kena angin malam nanti perut kembung....kamu duduk je okey" kata papa pula
"Okey" kata sofea
Mama dan papa menuju ke pintu
"Sofea..kunci pintu...kalau ada orang ketuk,tengok dekat tingkap dulu siapa....okey" pesan mama
"Okey mama" kata sofea dan salam mama dan papa dia
Selang beberapa minit kereta mereka dah hilang dari pandangan sofea
-skip-
Selesai makan,sofea ke singki dan basuh pinggan yang dia makan tu
Setelah selesai,sofea ke ruang tamu sebab nak tengok tv
"Makcik!" Panggil sofea
Orang gaji sofea yang ada di dalam bilik tidurnya segera mendapatkan sofea
"Iye puan" kata orang gaji itu
"Makcik boleh tak buatkan susu panas?"minta sofea
"Boleh puan..sekejap ye" kata orang gaji sofea dan menuju ke dapur
Sofea sambung tengok tv dan pada masa itu,loceng rumah sofea berbunyi
Dengan malas sofea ke tingkap dan tengok siapa
"Abang hafiz?? Dia buat apa dekat sini" omel sofea
Dengan penuh tanda tanya sofea buka pintu
"Abang hafiz nak apa datang sini??" Tanya sofea
"Nak jumpa mama dan papa..mama papa ada?" Tanya hafiz
"Mama papa keluar ada hal..kenapa?" tanya sofea
"Saja sebab dah lama tak jumpa mama dan papa" kata hafiz
"O-" ayat sofea tak habis bila orang gaji sofea datang ke ruang tamu dan membawa segelas susu panas
"Terima kasih makcik" ucap sofea
"Sama sa-" ayat orang gaji sofea tak habis bila sofea di
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
[C] Mr Senior Dan Miss Junior
Roman d'amourapabila seorang senior yang hot,hensem,kaya sering bergaduh bila bertemu dengan seorang junior yang baik 'kau asal potong barisan aku?? dah lambat tu belakang la..x payah potong barisan'- sofea 'suka hati aku la pendek' - syahmi setiap hari mereka p...