"Lizna!" Laung Isabella dari luar sambil tangannya mengetuk pintu apartment itu. Apabila pintu dibuka, kelihatan kelibat Lizna Fatiha berdiri di hadapannya. Isabella terus melutut sambil merayu-rayu meminta tolong membuatkan Lizna Fatiha terkejut.
"Kenapa ni El? Jangan buat macam ni, kita masuk dulu dan cerita apa yang terjadi okey?" Ujar Lizna Fatiha lembut. Dia memimpin Isabella untuk duduk di atas sofa sebelum berlalu ke dapur. Tidak sampai seminit, dia kembali ke ruang tamu dengan segelas air kosong.
Isabella mengurut kepalanya dan mukanya kelihatan begitu pucat. Apabila melihat Lizna duduk di sebelahnya, tangisannya mula meledak.
"Sudahlah El, macam ni je, kau minum air ni dulu. When you feel okay, you can tell me what happen," kata-kata Lizna hanya disambut dengan anggukan Isabella.
"Liz, I know if I tell you this you will be surprised," Isabella menundukkan wajahnya dan melepaskan keluhan. Sesak dadanya dengan apa yang telah berlaku kepadanya. Lizna hanya diam mendengar luahan sahabatnya itu. "I'm pregnant," Isabella cuba mengawal nada suaranya.
"Astaghfirullah Al-Azim. Isabella, your family? Do they know about this? Who's the guy, El?" Terkejut Lizna apabila mendengar kata-kata gadis berdarah German itu.
"My family doesn't know and I don't want them to know because it's too risky.. Mereka akan buang aku. Lelaki tu pula tak nak kahwin dengan aku dan ugut aku kalau aku tak gugurkan kandungan ni dia akan beritahu keluarga aku. Liz, I'm in a mess," Isabella menutup wajahnya dan kembali menangis. Lizna beristighfar di dalam hati sambil menenangkan hati sahabatnya itu. Walaupun Isabella berlainan agama dan bangsa, Lizna masih melayaninya dengan baik.
"Macam mana kalau aku temankan kau bincang baik-baik dengan lelaki tu. You both can work it out trust me," ujar Lizna pula ingin menyedapkan hati Isabella. Akan tetapi Isabella menggelengkan kepalanya dengan tangisannya yang masih belum reda.
"Tak Liz. We already talked about it. I really want to keep this baby but at the same time my family shouldn't know about it. I don't know Liz," Lizna cuba menyabarkan Isabella.
"El, esok bawa aku ke tempat lelaki tu, aku tahulah apa nak cakap dengan lelaki kejam macam tu!" Luah Lizna geram.
~~☆~~
Pada jam 10 pagi, Lizna dan Isabella sudah berdiri di hadapan rumah yang begitu besar. Ketukan dan bunyi lonceng yang berselang-seli memenuhi gegendang telinga. Tidak lama kemudian, pintu dibuka dan seorang lelaki yang agak tinggi dengan hood dikepala dan wajah yang ditutupi berdiri di hadapan mereka.
"El, ini ke lelaki tu? Oh, kau ingat kau lelaki senang-senang nak lepaskan tanggungjawab? Kau ada masalah kah sampai nak suruh gugurkan anak macam tu sekali? Kau dengar apa yang aku nak cakap ni, kalau kau tak nak kat dia tinggalkan dia, tak payah nak ugut, it's so childish! Dan..."
"Diam!" Suara garau lelaki itu memberhentikan Lizna sehingga terkejut dua orang gadis itu.
"What? How can you tell us to shut.."
"Kau tak reti bahasa ke? And who are you to shout in front of my face?" Sekali lagi kata-kata Lizna dipotong oleh lelaki itu.
Umar Syamsuddin cuba menahan nada marahnya. Baru pertama kali seorang gadis berani menengkingnya. Cari nahas betul!
"Kalau kau tahu perasaan perempuan tu macam mana, kau takkan tergamak buat begini," lembut sahaja Lizna berbicara. Syamsuddin merenung Lizna cuba memahami ayat tersebut.
"Bincang di dalam," pelawa Syamsuddin pula. Lizna hairan seketika dan apabila Syamsuddin masuk, Isabella terus memegang lengan Lizna.
"Liz, sebenarnya bukan lelaki tu! Jom kita pulang sahaja, aku takut. Aku risau sangat. Lelaki tadi tu sangat merbahaya Liz!" Bisik Isabella sambil menahan ketakutan. Lizna membuntangkan matanya.
YOU ARE READING
Mencintaimu hingga ke Jannah
RomanceSinopsis : Kisah ini menceritakan tentang seorang gadis yang berani kahwin dengan lelaki yang tidak pernah melihatkan wajahnya kepada siapa-siapa. Khabar berita, lelaki itu pernah kemalangan ketika sebuah rumah mengalami kebakaran. Banyak yang sangk...