Aku nak kau datang esok ke rumah aku. Ada kerja yang aku nak suruh kau buat. Kau MESTI datang, ini termasuk dalam perjanjian kau dengan Aizan. Kalau tak, kau tahulah akibatnya.
Lizna segera mengoyak kertas itu selepas membacanya. Dia beristighfar sebanyak mungkin bagi meredakan kemarahannya. Suka hati betul lelaki ni! Boleh pula dia desak aku datang dan buat kerja yang dia suruh. Ingat aku ni pembantu rumah dia? Anak buah yang dibuli? Nanti sampai juga aku bagi penendang guna tumit tebal tinggi ni! Sabar lagi Lizna. Lebih baik kau solat dulu. Bawa bertenang okey.Pada jam 5 petang, Lizna menyediakan baju kurung unggu bersama tudung labuh dipakai untuk malam nanti.
Sebelum menghubungi Layla dia sempat merenung dan membaca huraian tentang lelaki bernama Syamsuddin pada kertas yang terletak elok di atas katilnya.
Nama : Syamsuddin
Umur : 30
Pekerjaan : 100% baikPerkara yang positif :
Kerja setiap masa
Rehat sedikit masaPerkara yang negatif :
Buang masa
Perempuan yang sosialLain-lain :
✔Ada harta
✔Mempunyai rumah
✔Mempunyai 5 buah kereta
✔Ada kecacatan di bahagian muka~~☆~~
"Aku nak ikutlah," ujar Layla teruja.
"Memanglah aku bawa kau. Kalau aku je sorang, kena bagi duit sejuta pun aku tak kan datang ke rumah lelaki tu. Lagi pun aku tengok rumah tu takde seorang pun perempuan. Mungkin tinggal berasingan dengan mak ayah dia kan?" Kereta Lizna membelok ke kanan untuk masuk jalan menuju ke alamat yang Isabella telah beritahu.
"Kalau dilihat dari gaya kehidupan mereka, aku rasa diorang tu anak yatimlah," ujar Layla. Tangannya membetulkan tudungnya yang sedikit senget.
"Mungkin jugak."
Mereka pun sampai ke destinasi yang dituju. Lizna meletakkan kereta ke tempat yang kosong. Setelah mematikan enjin, Lizna dan Layla pun keluar dari perut kereta. Isabella yang berdiri di tepi pintu dan terlihat kelibat Lizna dan Layla segera mendapati mereka.
Dania Sarima duduk membelakangi beberapa orang gadis yang sedang rancak berbual. Telinganya mencuri dengar topik perbualan sekumpulan perempuan di belakangnya itu.
"Syamsuddin. Nama dia taklah sedap mana. Tak sempurna. Cacat pulak tu. Lelaki ni terdesak sangat ke sampai nak minta carikan bini? Tapi okey jugak sebab dia ada harta," ujar salah seorang daripada sekumpulan perempuan tersebut.
Lizna menggeleng kepala. Minah sorang ni, kalau kahwin sebab harta je tak menjamin kebahagiaan. Kasih sayang di antara suami isteri itu yang paling penting. Lagi satu, ingat nama dia tu cantik sangat. Nama Syamsuddin tu dah cukup lawa tau. Omel Lizna dalam hati.
"I nak. Tapi I kena lihat lelaki tu dulu sebelum I kata setuju," tiba-tiba Dania mencelah. Dia begitu tertarik dengan perbualan yang mereka bincangkan. Kening Lizna terangkat sedikit apabila melihat perempuan yang tidak dikenalinya itu. Dia melihat pakaian yang dikenakan oleh Dania. Pedih mata mak aih!
"Kalau macam tu, cik baca description mengenai lelaki ni dahulu. Kalau cik nak jumpa dia, kami akan beritahu dia esok," Lizna menyerahkan sekeping kertas itu kepada Dania tetapi gadis itu menolak huluran itu. Kening Lizna terangkat tetapi tidak lama dia membiarkannya sahaja. Tak nak baca sudah.
"Biar I pergi jumpa lelaki tu. Discuss face to face is good enough," ujar Dania pula.
"Sebelum tu, siapa nama cik?"
YOU ARE READING
Mencintaimu hingga ke Jannah
RomanceSinopsis : Kisah ini menceritakan tentang seorang gadis yang berani kahwin dengan lelaki yang tidak pernah melihatkan wajahnya kepada siapa-siapa. Khabar berita, lelaki itu pernah kemalangan ketika sebuah rumah mengalami kebakaran. Banyak yang sangk...