Bab 2

58 3 3
                                    

Mahu sahaja Lizna dan Layla keluar dari situ. Mereka tidak sepatutnya menyaksikan apa yang ada di hadapan mata mereka. Lizna memberikan isyarat pandangan kepada Layla untuk pergi dari situ. Akan tetapi Layla terus menggenggam tangan sahabatnya seraya berbisik.

"Tenang Liz. Kau perlu selesaikan dahulu urusan kau. You can do it. We can do it, alright," Lizna mengangguk kecil dan sempat memberikan senyuman kepada Layla. Lizna, kau mesti selesaikan juga! Bisiknya semangat.

Syamsuddin berdehem apabila lama dia memerhatikan dua orang gadis itu.

"Aizan," panggil Syamsuddin. Aizan yang sedang sibuk membelasah seorang lelaki yang sudah berlumuran darah segera memberhentikan perbuatannya. Dia pun menghampiri Syamsuddin yang berdiri dan bersandar pada dinding dengan menyilangkan kedua tangannya.
"Lepaskan ikatan lelaki tu, Erman," arah Aizan kepada Erman Al Furqan, pengawal peribadi Syamsuddin.

Erman hanya menurut. Dengan kasar dia melepaskan ikatan lelaki yang sudah lemah longlai itu. Dia juga menolak lelaki itu untuk keluar dan pergi dari situ. Itulah siapa suruh cari pasal, kan dah senget muka tu.

Lalu, Erman turut menghampiri Syamsuddin dan berdiri di sebelah ketuanya.

"So? Talk!" Tinggi sahaja nada suara Syamsuddin kedengaran di situ.

Lizna memandang Layla sekilas. Kedua belah keningnya terangkat sedikit. Hairan buat seketika. Cakap dekat sini? Jemput duduk pun tak. Ni ke cara layan tetamu? Lagi satu, aku dan Layla siap buka dan susun kasut kat tepi pintu tu. Ni masuk rumah terus nampak bilik serupa macam bilik mesyuarat. Ini bukan rumah namanya. Bingung Lizna memikirkannya.

"Oh ya, Isabella tak beritahu korang pasal semalam?" Aizan mula membuka bicara. Renungan tajam diberikan kepada dua orang gadis itu.

Oh, jadi lelaki ni lah bekas boyfriend Ella. Muka dan perangai nampak sangat poyo. Kalaulah dia abang atau adik aku, memang aku tarik telinga dia sampai panjang macam aku buat dengan dua orang adik lelaki aku tu. Sempat lagi Lizna berbicara sendiri. Belum sempat dia ingin membalas kata-kata Aizan, seseorang terlebih dahulu bersuara.

"Kau tudung coklat, pergi ambil minuman kat dapur," arah Syamsuddin pada Layla. Terus membuntang mata Lizna dan Layla. Lizna ingin bersuara tetapi dipotong sekali lagi, "kau tunggu sini dan terus berbincang, tak payah risau dengan kawan tudung coklat kau tu. Aku cuma suruh dia ambilkan air sebab aku dahaga."

Lizna membuat muka menyampah. Teruk betul lelaki ni! Adakah patut suruh tetamu ambilkan air untuk dia? Tangan ni nak sangat lempang muka dia. Hesh, macam mana nak lempang? Muka dia pun susah nak nampak.

"Tak apa Liz, kita ikut cakap dia. Kau pergi bincang ya," kata Layla dengan nada lembut. "Er... dapur mana ya?" Soalnya pula.

"Erman, tunjukkan dia kat mana dapur," arah Syamsuddin lagi. Erman menurut dan menunjukkan jalan untuk Layla.

"Jadi apa yang awak cakap pada Ella? Awak ugut dia lagi?" Akhirnya berpeluang juga Lizna untuk bersuara.

"Mungkin juga. Oh ya, aku suruh dia cari perempuan yang boleh jadi isteri Syamsuddin dalam masa sebulan ini. Kalau ada yang sanggup, aku tak akan ugut Isabella. Aku juga akan bertanggungjawab dengan semua ini." Beritahu Aizan.

Lizna terkejut dengan apa yang didengarnya. Cari perempuan untuk jadikan isteri? Kelakar betul! Mahu sahaja dia tertawa di situ.

"Kenapa pula macam tu? Tunggu sekejap. Sebelum tu awak ni muslim ke? Kalau awak muslim, macam mana awak nak jalankan tanggungjawab?" Bermacam-macam soalan yang diajukan oleh Lizna.

"Jawapan untuk soalan pertama kau tak perlu tahu. Jawapan seterusnya ya aku orang Islam. Yang terakhir, aku berikan dia tempat tinggal untuk kebaikan anak dalam kandungan tu," jawab Aizan ringkas.

Mencintaimu hingga ke JannahWhere stories live. Discover now