Tangannya yang kecil itu spontan mengutip dahan kayu yang sederhana besarnya. Lizna memperlahankan langkahnya. Mata dan telinganya fokus pada sekeliling.
Derapan kaki itu masih kedengaran. Tiba-tiba dia terhantuk pada sesuatu yang keras.
"Aduh...! Sakit jugak! Macam mana boleh terlanggar pokok ni? Mata aku ni betul-betul dah rabun ni. Nantilah aku check kat hospital," Lizna mengusap kepalanya yang terhantuk itu. Boleh pula dia terlepas pandang 'pokok' di depannya.
"Lain kali bawa lampu suluh. Dah tahu mata rabun, jangan gatal nak lalu jalan ni."
Suara lelaki yang tiba-tiba menyapa ditelinga Lizna membuatkan gadis itu terperanjat dan menghayunkan kayu yang dipegangnya.
Syamsuddin segera bergerak ke belakang agar tidak terkena dengan pukulan itu.
Lizna beristighfar apabila baru tersedar bahawa Syamsuddin yang ada di situ.
"Awak buat saya terkejut. Lain kali jangan sergah macam tu!" Marah Lizna. Dia menjeling tajam lelaki itu.
"Kau buat apa keluar malam-malam. Dah tak reti nak tidur?" Soal Syamsuddin pula. Selepas menjenguk ayah angkatnya, dia berhasrat untuk pergi ke bukit taman rekreasi yang hanya terletak bersebelahan dengan kampung ayah angkatnya.
"Eleh, yang awak keluar malam, awak pun tak reti nak tidur ke?" Lizna membalas kembali kata-kata Syamsuddin. Tanpa menunggu, dia terus berjalan menuju ke tempat letak basikalnya. Syamsuddin pula mengekori gadis itu dari belakang.
Tiba-tiba telefon pintar Syamsuddin berbunyi. Panggilan dari Erman terus diangkat.
"Bos, aku ada kat atas. Cik Sa'adatul Layla pun turut ada di sini. Dia juga sediakan ruang untuk kita."
"Good. I'm on my way," selepas menutup panggilan, dia memandang Lizna yang sedang mengambil beg kecil. "Kid, tolong bawakan barang aku kat atas motor tu. No objection!" Arah Syamsuddin dengan suara lantang. Dia pun pergi meninggalkan Lizna yang terkebil-kebil.
Dahlah dia kejutkan aku, sekarang dia arah aku pula. Ewah banyak cantik! Hmm, tapi kalau aku tak bawakan nanti dia berang pula. Hesh, terpaksalah juga daripada tengok dia mengamuk. Oh Allah, berilah aku tahap kesabaran yang paling tinggi.
Lizna mengambil kerusi lipat di atas motorsikal besar itu. Si pendesak ni berlebih betul, macamlah tak dapat duduk dengan lapik ke, nak juga duduk atas kerusi!
Selepas membebel, matanya terpandang motorsikal yang agak memukau itu. Terpesona dia seketika sambil tangan perlahan-lahan menyentuhnya. Takut tercalar! Wuish, overnya kau Lizna. Dia terus memandang motorsikal yang tampak menawan itu. Lawa betul motorsikal ni. Tapi sayang, aku tak pandai tunggang motorsikal besar macam ni. Tunggang basikal yang comel bolehlah.
Tidak mahu berlama-lamaan di situ, Lizna naik semula dengan membawa barang-barang yang ada ditangan. Dalam hati, dia cuba mengelak dari menyumpah seranah Syamsuddin.
Setelah sampai, dia meletakkan kerusi lipat itu di hadapan Syamsuddin dengan cermat. Dalam fikiran sebenarnya dia sudah terbayang untuk melontar sahaja kerusi lipat milik Syamsuddin itu. Tetapi cuma dalam bayangan sahaja. Kalau betul-betul, kan lebih bagus. Lizna kembali ke tempatnya setelah memberikan pandangan tajam pada belakang Syamsuddin.
"Lamanya kau. Lama sangat buat apa?" Layla menyoal dengan riak wajah yang hairan.
"Tak ada apa-apalah. Cuma aku je yang lambat berjalan," jawab Lizna tenang. Tapi dalam hati sudah mendidih-didih.
Lizna duduk bersila di atas tikar. Dia menjamah makanan yang dibawa oleh Layla. Sesekali dia mengerling pada dua orang lelaki yang tidak jauh daripada mereka. Erman mendirikan sebuah khemah manakala Syamsuddin duduk di atas kerusi sambil tangan kanannya memegang cawan.
YOU ARE READING
Mencintaimu hingga ke Jannah
RomanceSinopsis : Kisah ini menceritakan tentang seorang gadis yang berani kahwin dengan lelaki yang tidak pernah melihatkan wajahnya kepada siapa-siapa. Khabar berita, lelaki itu pernah kemalangan ketika sebuah rumah mengalami kebakaran. Banyak yang sangk...