Bahagian 1

22 0 0
                                    

Hati si gadis meluap-luap. Jantung terasa bagaikan hendak pecah. Marah. Geram. Bengang. Semuanya bercampur baur.

"Enough! We're calling this off. I dah penat bagi you peluang. Selama ni I banyak bagi muka but you didn't appreciate me at all."

"Ratna, please. Listen to me first."

"Just shut up, Irwan. I tak perlukan penjelasan apa-apa. Cukuplah. So, this is it, we're calling this off. Bye."

Talian diputuskan.

Dia menyembamkan wajah ke bantal. Hendak menangis, akan tetapi air mata tidak mahu keluar. Entahlah. Mungkin benar, bila terlalu banyak diri dilanda kekecewaan, akan sampai suatu masa diri sendiri sudah kebal dengan segala kesakitan yang mendatang. Numb.




"So that's the wrap for today's meeting. Saya harap kepada Cik Ratna selaku program manager dapat lakukan yang terbaik untuk syarikat kita dan sekaligus dapat buktikan kita mampu menyumbang sesuatu kepada masyarakat, terutamanya bagi kanak-kanak pesakit kanser. Semoga dengan kehadiran kita bersama mereka dan ibu bapa mereka nanti akan membawa sedikit kegembiraan di hati mereka semua. So guys, if you all have any questions you can ask Miss Ratna, okay?"

Segala kata-kata Encik Saufy selaku pengurus bahagian tanggungjawab sosial korporat atau CSR syarikat bagaikan masuk ke telinga kiri, keluar ke telinga kanan. Sedar sahaja mesyuarat sudah tamat. Yang dia tahu, dia sudah diberikan tugas di bahu untuk menjadi pengurus program bersama dengan kanak-kanak pesakit kanser di sebuah hospital yang terpilih selama sebulan.

"Babe, nanti aku emelkan tentatif yang kita orang dah bincangkan untuk sesi minggu ni. Kau periksa dulu, in case tak kena di mata kau, please let me know okay? Alhamdulillah, smooth je preparation program CSR kali ni. Thanks to you Ratna sebab sanggup tolong tanyakan kakak kau pasal hospital dia."

Sepi. Para pekerja yang lain sudah mula bergerak keluar meninggalkan kamar mesyuarat. Ain di sebelah Ratna menggeleng-geleng kepalanya. Ternyata Ratna langsung tidak memberikan sebarang reaksi. Gadis itu masih memandangkan layar putih di hadapan tanpa sedikit pun membalas.

"Oi, Ratna!" Ain menyiku gadis di sebelahnya. "Aku cakap ni kau dengar tak?"

Ratna terkebil-kebil. "Kau cakap apa tadi?"

Ain sekali lagi menggelengkan kepala. "Penat aku bebel seorang-seorang. Satu patah kata pun tak masuk dalam otak kau. Babe, kau okey ke tak ni?"

"Okey, okey." Ratna membalas sambil mengemas alat tulis di atas meja tanpa memandang wajah Ain di sebelah.

"Aku tengok lately kau selalu macam ni, Ratna. I know what you have been through a few weeks back. Jangan sampai prestasi kerja kau terjejas."

Kali ini baru ditatap segenap wajah Ain, rakan sekerjanya merangkap teman baik sejak dia mula bekerja di syarikat tersebut. Gadis Johor dengan kulit sawo matang itu sedang menanti balasan daripadanya.

"I know. I know. Kau jangan risau. Everything is just fine. Tentatif tu nanti aku periksa dulu. Hopefully our first session this weekend will be running smoothly. Semoga aku tak malukan company sebab ada program manager macam aku. Haha." Ratna pura-pura ketawa selindung duka.

Ain masih meneliti wajah Ratna. Dia tahu ada yang masih tidak kena.

"Babe, kau tahu kau ada aku untuk cerita apa-apa masalah kau kan?"

Cinta: Sebuah Prognosis dan ResusitasiWhere stories live. Discover now