5 |Cemburu

26 0 0
                                    

Daphne berdiri melihat skrin komputer meja kolej yang sedang digunakan oleh Sarah yang tua dua, tiga tahun darinya.

"Daphne, awak dah faham cara buat dia?," tanya Sarah.

Sarah tengok Daphne tidak responsif.

"Daphne?," panggil Sarah. Fikirnya Daphne tidak dengar soalannya tadi.

"Kejap Kak. Tengah memahami ni."

Kemudian, Juki menghampiri mereka. Dia melihat cara Sarah menyelesaikan kod pengaturcaraan.

Dari tadi dia cuba compile, tetapi tak berjaya.

"Sarah, cuba compile. Nak tengok output." Sarah klik compile. Berjaya.

Juki kebingungan. Cara dia buat lebih kurang sama sahaja tetapi kenapa tak keluar output yang sama.

Daphne mula bertekak dengan Juki.

"Sibuklah kau, ni."

"Eh, cakap orang. Kau pun samalah." Sarah menjungkit bahu melihat sifat kebudak-budakan mereka.

"Kak, tengok Juki ni. Dahlah tak habis-habis nak buli orang. Kesian si Khairul."

Khairul adalah salah seorang rakan rapat Juki yang boleh dikatakan lemah dalam pelajaran.

Si Juki ni pulak asyik melenting bila Khairul bertanya hal remeh-temeh kepadanya.

Juki terasa hati. "Suka hati akulah. Sibuk jaga tepi kain orang."

"Dah aku memang busybody."

"Awak dah siap semua, ke?," tanya Juki berbasa-basi kepada Sarah. Dia malas nak layan si Daphne.

"Dah. Kenapa? Awak jealous, ya?."

Juki tersenyum lebar ke telinga. Tiba-tiba dia merasa malu dengan jawapan direct dari Sarah.

Daphne yang mendengar jawapan Sarah ketawa terbahak.

Sunflower [DISCONTINUE]Where stories live. Discover now