12 |Perasaan

7 0 0
                                    

"Juki." Kimi cuit bahuku.

"Mm," mataku masih lekap di skrin telefon.

"Cuba kau tengok, tu."

"Mm." Jariku laju menembak musuh.

"Oi!."Kimi mencabut fon telingaku.

"Kau dah kenapa?!," terasa sakit hati aku. Sikit lagi nak menang.

Kimi menunjal kepalaku ke arah kanan.

"Sakitlah bo..!" Aku tergamam.

Kelihatan seseorang sedang duduk berhadapan dengan Sarah. Tersenyum-senyum pula tu. Terasa ada bilah tajam mencucuk-cucuk jantungku.

"Apa kau nak buat?," tanya Kimi. Aku dah tak boleh fikir apa lagi dah.

Aku renung tajam melihat tingkah mereka berdua. Dia lihat Sarah tersenyum dan juga ketawa.

Selepas beberapa jam, dia masih disitu. Apa yang ditenung pun tidak tahu.

Adegan tadi sudah lama berakhir.

"Juki! Kau masih kat sini, lagi?," tegur Kimi. Kimi tidak menyangka kawannya akan jadi sebegini rupa. Boleh upah jadi mannequin ni.

Juki berdiri dan berjalan pergi.

"Juki!," jerit Kimi.

Kimi sedar panggilannya yang berkali-kali itu langsung tidak didengari Juki.

Dia menggeleng kepala.

Sunflower [DISCONTINUE]Where stories live. Discover now