BAB 1

141 12 6
                                    

"Bultourune...FIRE!!!!!!" Aku yang mendengar terus matikan alarm henpon sebab memekak.Baru nak sambung mimpi indah tiba2 dengar bunyi alarm bergerak.Tapi alarm ni lain sikit,tak boleh di matikan atau di snooze.

"Ila!!!!!!bangun!!!nanti terlepas solat subuh!!"kata mama.

Uih bos besar dah jerit tu.Baik bangun, tak pasal-pasal nanti free- free je kene cubitan mama.

Tidak lama kemudian,bunyi alarm tu makin dekat..makin dekat dan akhirnya berada di depan katilku.Tak bukak mata pun aku tau tu mesti mama.

"Ish budak bertuah ni..karang mama ketil baru tau!"

Kan betul aku cakap.Tak lain tak bukan tu mesti suara Tengku Fatima Halim.Juara menjerit no 1. Kalau dia jerit,dari tingkat 3 ni sampai ke tingkat bawah boleh dengar.

"Baiklah mama, Ila bangun ni."

Selepas mendengar kataku, Tengku Fatima pun pergi.

~~~~~~~~~~~~~~~

Sebelum aku lupa, nama aku Tengku Laila Batrisya Binti Tengku Badrul.Kalau nak tau,nenek belah mama aku merupakan mat salleh.So,keturunan mama aku mesti putih dan mempunyai mata yang berwarna aqua atau lebih senang lagi macam warna biru laut.So abang2 adik beradik aku ni semuanya handsome2 belaka lah.Termasuklah 2 orang abang aku ni.Memang kalau sape tengok pasti akan jatuh cinta.Fall in love at first sight.Tapi bukan aku.Aku pun tak tau la kenapa.Agaknya aku ade kuasa yang memang aku tak rase pape bila tengok abang aku.

Abang aku nombor satu nama dia Tengku Syahril Hisyam.Beza umur dia dengan umur aku 5 tahun.Dia ni workaholic orang nya.Maklumlah, terlebih pandai,muda2 dah jadi usahawan berjaya.Dia ade syarikat tersendiri yang dibangunkan tanpa pertolongan papa.Along aku ni jugak baik orangnya.Tak pernah marah aku.Siapa yang dapat abang aku ni memang untung la..

Lain pulak dengan abang aku lagi sorang ni.Setiap hari tak sah kalau tak sakat aku.

Tengku Syahrul Hakimi. Walau sejahat-jahat dia ni pon,dia jugak lah yang sekepala dengan aku.Kalau ade paper je kompom dia lah orang pertama akan aku bagitau.Dah merangkup best friend jugak la.Maklumlah beza umur 2 tahun aje.Bila ade selalu gaduh,bila tak ade rindu pulak. Hihihi. Kalau dia tau ni, kompom kembang 5 inci hidung dia.

Zaman sekarang ramai remaja-remaja yang terpengaruh dengan kpop.Termasuklah anak Tengku Badrul ni iaitu aku.hehehe..terpengaruh jugak aku ni.Walaupun orang kata tak bagus kalau minat kpop,tapi bagi aku ia adalah satu benda yang ade kebaikannya.

Disebabkan aku ni cantik orangnya.Ahaks! Perasantan betul.Jadi ramailah yang terpikat dengan aku.Tapi aku reject semuanya sebab diorang semua tak sehensem oppa aku.Jadi aku dapat jauhi dari maksiat2 pegang2 tangan ni.Yang pernah aku pegang pun tangan papa dengan abang2 aku je.

Second, aku dapat jadikan kpop sebagai sumber semangat aku.Bila rase malas ke frust ke mesti aku akan tengok gambar diorang.Pastu kompom semangat balik.Heheh...nampak tak betapa obsessnya aku dengan kpop ni.Sampai tengok gambar dia je boleh naik balik semangat.Laila laila...

~~~~~~~~~~~~~

"Kimi!!! Ila!!"suara Datin Fatima memanggil nama aku dengan angah.Maklumlah kitorang je yang biasanya turun lambat.Along dah semestinya dah di bawah sebab dia kene pegi office pukul 9 pagi.Aku yang dengar memang terus lari turun lah.Dah tau dah,mama mesti panggil turun ajak sarapan.

Mase nak turun tangga tu,boleh pulak angah pon nak turun sama.Kitorang ape lagi,racing la siapa sampai bawah dulu dia menang.Nasib baik la tangga tu besar luasnya. Kalau tak memang terhempet-hempet la kitorang.Berdezup aku dengan angah sampai bawah.Tak sampai 10 saat pun.Maklumlah keluarga Haji Badrul ni semua atlet2.
"Yes Ma'am!" Serentak aku dan angah jawab.Mama yang sedang sendukkan nasi di pinggan papa pon gelak."Ish korang berdua ni...Macam budak2"

Aku dan along hanya tersengih je.Memang dah biasa dengar ayat tu.

Aku pun terus duduk di kerusi sebelah mama.

"Hoi makcik,terus duduk je? Tolong la mama sendukkan nasi tu.Anak dara ape la ni.Ish3..."
Suara Angah yang annoying tu berbunyi.Sekali dia bukak mulut, mesti darah aku naik. "Baiklah abang ngah ku sayang.Nak adinda sendukkan nasi?"tanyaku dengan senyuman paksa..Senyuman tak ikhlas!

"Ha.macam ni la baru anak dara.
Bagus2.Dengan teh o satu,kasi kurang manis." Heeh? Boleh dia order2 dengan aku.Dia ingat aku ni pelayan restoran ke ape???
Aku tayang muka marah. "Ish Kimi ni.Ape lah.."Along yang dari tadi hanya mendiamkan diri mula berbunyi. "Hehehe...sajaje!"kata angah.Dia memang dengar cakap Along.Maklumlah,Along tu abangnya.Kemudian angah pandang muka aku dengan muka menyampah.Aku pulak ape lagi, buat muka bangga...hahah 1-0!

~~~~~~~~~~~~~~

"Ila, lepas makan ni kamu bersiap2 pakai elok2 ya.Kejap lagi anak kawan papa nak datang meminang Ila." Aku yang sedang makan tersedak akibat mendengar kata mama.Along dan Angah yang sedang khusyuk makan terhenti.Terkejut mendengar kata mama.Tetapi berlainan pula dengan papa yang seperti tidak mendengar ape2 kerana telah tahu perkara itu.

"Seriously ma??? Kenapa pulak diorang hantar rombongan meminang Ila?"

"Yela..Ila kan dah besar.Kena lah kahwin."

"Tapi kenapa Ila?? Abang long dengan angah pun belum kahwin lagi!! Lagipun Ila masih belajar!!
Tak pandai tentang kerja2 rumah ni!!"

"Sekarang kan tengah cuti sem.Belajar lah cara nak jadi isteri mithali.Lagipun diorang datang nak meminang Ila, bukan abang2 kamu.Mama dah terima lamarannya.Kamu jangan risau la..mama dengan papa dah tengok dah budak nye.Baik.Mama pasti Ila akan suka.Lagipun kalau nak tunggu calon dari kamu sampai ke tua pun takkan jumpa kalau asyik nak banding bezakan dengan karipap kamu tu."

"Karipap? Karipap mane ni mama?"

"Ala yang muka macam ah tong kedai runcit depan tu."

"Kpop! Kpop la mama..bukan karipap! Ish..tak baik mama kutuk muka boyfriend Ila!"

Ade ke dia sama kan muka oppa aku dengan cina kedai runcit depan rumah?

Aku menunjukkan muka sedih agar mama akan batalkan kata2nya tu.

Abang ngah dah tergolek-golek ketawa.Agaknya dia tak percaya dengan kata2 mama.Bukan setakat dia je,aku pun sama!

Habis aku berdebat dengan mama..tetapi segala alasanku pasti berjaya dibidas oleh pihak lawan.

Nampaknya kene redha je la Laila..

Cinta KpopWhere stories live. Discover now