BAB 3

80 10 11
                                    

Sorry lambat update.....sebab harini sambut my birthday dengan family!!
Anyway,,,enjoy!
-----------------------------------------------------------

"Ila...Ila!!!" Panggilan mama menyebabkan aku balik ke dunia realiti.

"Berangan pulak dia.."bebel mama.

"Mummy,Zack ade meeting..Zack balik company dulu ya." Kata Zack.

"Kamu meeting berapa lama?"tanya Tengku Syarifah,mummy Zack.

"Setengah jam je."

"Ha..elok lah tu..lepas meeting bawak sekali Laila ni jalan2."Sampuk mama.

Aik?Asal tetiba aku kene ikut pulak???Aku ni bukan jenis yang kaki jalan..Mama ni macam tak tau anak sendiri pulak..

Waduh waduh.Jangan cakap Si Zack setuju.Aku malas ni!!Kalau boleh sekarang ni nak duduk meniarap atas katil tengok drama korea dekat laptop..Fuh.. Heaven gila!

"Ha,betul tu..bawak sekali Laila."
Kata Tengku Syarifah sambil mengenyitkan mata dekat Tengku Fatima tanda setuju dengan cadangannya.

"Baik lah Mummy."Kata Zack.

Aduhai...apelah nasibku ini??Malasnya..Kenapa dia boleh setuju pulak.

"Ha ape lagi?Pergi la."Suruh Mama.

"A..a..Laila naik atas kejap nak amik handbag."

Aku pun terus masuk rumah,naik ke bilik untuk mengambil barang.

Hadoi. . . tak pasal memasal aku kene ikut pulak...Bye2 drama..TT

~~~~~~~~~~~~~~~~

Naik..capai phone capai beg terus turun.Malas nak pakai make up..

Sorry sikit eh,i bukan perempuan yang jenis girly2 ok..

Selepas aku turun ke bawah,aku nampak mama,Tengku Syarifah dengan Zack sedang berbual.
Amboi2..bukan main mesra pulak mama ni.Sampai tergelak sekali.

"Dah?" Tanya mama apabila nampak aku tercegak berdiri sebelah dia.

Aku menjawab soalan mama dengan menganggukkan kepalaku.

"Kalau macam tu Zack pergi dulu la ye mummy mama."

Amboi..belum kahwin lagi dah panggil mama2 bagai.

"Ha...baiklah Zack.Bawak Laila tu elok2."kata mama.

Aku dan Zack terus pergi ke kereta Zack. Manakala mama dan Tengku Syarifah terus masuk ke rumah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kereta FERRARI!!!!Aku macam tak percaya aku akan naik kereta Red Cherry Ferrari..Biasanya nampak dalam tv je.

Cause for the first time in forever~(hahaha..tetiba ingat lagu Frozen)

Zack terus membukakan pintu kereta untuk aku..Wah gentleman betul..

"Jangan nak perasan ape2. Takut my precious car ni calar."

What???Ceh kurang asam punya manusia....Aku tarik balik gentleman yang aku cakap tadi..
Puih!

~~~~~~~~~~~~~~

Suasana sangat canggung dalam perjalannan.Dua2 cari ayat nak pecahkan suasana yang sepi.

" If I got locked away.And we lost it all today.Tell me honestly,would you still love me the same?~"

Lagu locked away by R.City ft Adam Levine memecahkan suasana.

Eh jap..jap..jap..Setahu aku ringtone aku lagu bts 21st century.Maklumlah,den ni pominat setia BTS!!!Oppa kesayangan aku tu V la...hehehe jangan jealous.

Tiba2 Zack mengambil phone dari kocek kemejanya.

"Hello.What? Tak jadi?Kenapa tak inform awal2??I dah gerak dah ni."Zack terus memutuskan talian call nya.

Amboi,marah betul nampak.

~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kami tiba di Paradigm Mall.Tapi kenapa dia tak parking dekat tempat parking biasa tu?Zack terus naik ke tempat parking yang paling atas.Masalahnya,hanya kereta kami sahaja yang naik ke tingkat paling atas.

Tiba dia atas,aku nampak 2 orang lelaki bersuit hitam tunggu.Kereta diberhentikan.Zack keluar dari keretanya dan aku pon ape lagi..Keluar la jugak.Kalau tak,ade karang masuk berita.
Seorang wanita ditemui mati lemas dalam kereta Ferrari..heheheh....nauzubillah.

Zack memberikan kunci keretanya kepada dua orang lelaki tu.

"Dont leave any scratch!"

Itu sahaja yang dikatakan oleh Zack kepada dua orang lelaki itu.

~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku dan Zack terus menuju ke lif.
Zack menekan butang G.

"Kita nak pegi mana?"Tanya aku.

"Nak pegi shopping la..ape lagi?"
Jawabnya.

"Shopping??"

"Ye la.Perempuan kan suka shopping lagi2 bila dengan lelaki macam saya ni."Jelas Zack sambil mengangkat keningnya.

"Sorry sikit.Saya ni bukan jenis perempuan macam tu.Awak jangan nak samakan saya dengan perempuan2 lain yang awak pernah jumpa!"Marahku.

Yela..ade pulak dia kata aku ni mata duitan!!Sorry sikit.Aku ni Tengku Laila Batrisya la!

Lagi satu,aku ni mane suka ber shopping.Senang kata bila  dah nak raya je aku shopping.Tu pon Mama paksa..

"Ok fine..Sorry!"Zack meminta maaf kepadaku atas kata2nya.

Nasib baik dia mintak maaf.

"Habistu awak nak pegi mana?"Tanya Zack.

Dah alang2 sampai sini, makan je la.Lagipun dah pukul 3.00 petang dah ni.

"Makan!"Aku pandang dia.

Mati la dia nak pikir apa pon pasal aku.Yang penting aku dah lapar jugak sekarang ni.Heheheh..gemuk nanti baru tau.

~~~~~~~~~~~~~~~~

Zack setuju dengan cadanganku.Tiba2 phone Zack berdering sekali lagi.

Dia pun mengangkat panggilan.Katanya urgent.Tak tau lah aku pasal ape.Sebab dia angkat telefon and then pergi jauh.

Tiba2. . .

"Eh!Laila!What are you doing here?I thought perempuan tak ade taste macam you tak suka shopping."

Dalam dunia yang besar ni,boleh pulak terserempak dengan minah ni.Menyampah betul.Lepastu,boleh dia kate aku tak ade taste.Kurang asam punya mak minah.

"Memang la.Aku pergi sini nak makan,bukan shopping.Ingat semua orang yang pergi sini shopping je ke?"

"Makan sorang2?Kesian2..tak ade kawan la tu."

Aku malas nak layan minah sewel ni.Baik aku buat tak tau je.

"Tengok macam i ni, nak pegi mane2,mesti ada je lelaki yang teman.Ops!sorry..lupa pulak.Lelaki mane yang nak dengan you.No taste langsung.Baju kurung,no make up.Tengok macam i ni, ikut trend.
Sebab tu lelaki keliling pinggang.
U ni memalukan pihak perempuan betul."

Aku sangat terasa pada ayat terakhirnya.Tiba2 terasa seperti pinggangku dipegang.

Aku hampir menjerit,tetapi sempat diingatkat semula bahawa aku berada di tempat awam.

Zack??Aku terkedu.

"Sorry sayang.Ade problem sikit tadi!"

Sayang?What the . . .

Please vote  for my story.....tq!!!

Cinta KpopWhere stories live. Discover now