BAB 2

93 10 10
                                    

Selepas sarapan,along terus pergi kerja.Angah pula dah sibuk buat hal dia.Hmm ape lagi kalau bukan tengok bola di televisyen.Manakala aku pulak kene tolong mama di dapur dengan makteh,orang gaji kami.


Huhuhu...air mataku meleleh.Kenapa tak berhenti-henti ni.
"Makteh, tolong saya!"rayu aku.


"Ala,tenang la dik Ila.Semua orang lalui perkara ni.Makteh pon pernah.Nanti lama2 biasa la tu."


"Wa..pedihnya potong bawang merah ni.Baru Ila tau.


Gila pedih mata aku dibuatnya.Punya lah seksa potong bawang merah.Aku salute dekat pekerja2 kedai makan tu.Mesti berguni guni diorang kene potong bawang.


"Ha..tula,nampak sangat tak pernah ke dapur.Biasanya orang yang meleleh potong bawang ni,orang yang tak biasa masak.Sebab tu bau bawang sikit meleleh tak henti2.Macam Ila."
Mama jeling aku.


"Agak2 orang yang berlakon tu guna bawang tak masa babak sedih? " "Aduh!!"



Tak pasal2 mama cubit tangan aku ni.Aduh..sakit woo..


"Tengah meleleh leleh tu,sempat pulak kamu berloyar buruk ye.."kata mama.


Aku hanya mampu tayang muka sengeh je la..hehehe..


Harini mama masak nasi lemak, ayam goreng berempah dengan yang paling aku suka ialah udang sambal resepi Tengku Fatima.My favourite. Turun temurun resepi ni.Sesiapa yang merasa,pasti akan nak lagi dan lagi..kalau tak cukup makan,boleh termimpi-mimpi jadinya.

~~~~~~~~~~~~~~~~

Selepas selesai masak,aku masuk ke dalam bilik untuk tukar baju.Sedang aku membelek belek betulkan tudung di cermin meja..


"Ding dong"


Bila dengar bunyi loceng rumah ditekan,satu je benda yang keluar dalam fikiran aku.


"Diorang dah sampai ke?"


Aku yang tengah betulkan tudung tadi terus berlari ke arah balcony bilik.Sah memang orang yang datang nak meminang aku.Sebab ade kereta yang tak pernah aku tengok sebelum ni.Pergh!!Red Ferrari tu..Aku pasti orang ni bukan sembarangan.Kalau bukan anak Dato,mungkin anak Tan Sri.Tapi mane satu orang yang nak pinang aku tu?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Terjengok- jengok dekat tingkap macam tak pernah nampak orang ni kenapa?"


Hampir terhantuk dahiku dekat cermin tingkap.Terkejut punya pasal..Ish manusia ni,sibuk aje.Siapa lagi kalau bukan angah 'kesayangan' aku tu.


"Ish angah ni, terkejut Ila,nasib baik tak tercium dahi Ila ni dekat tingkap!!"


"Kalau tercium pun ape salahnya? Dah dahi tu jendul sangat."


Ewah..memandai je cakap dahi aku ni jendul.Mentang2 aku cakap dahi aku yang nak tercium tingkap,terus buat kesimpulan cakap dahi aku ni besar sangat.

Cinta KpopWhere stories live. Discover now