Bab 1

18 1 0
                                    

Amira dan Mariza berbual - bual sambil berjalan ke kelas.Mereka ternampak seorang pelajar baru sedang duduk di sebuah bangku kayu.Mereka berhenti lalu menyapanya.

"Pelajar baru, ya?" tanya Mariza, berdiri menghadapnya.

Gadis yang memakai celak merah jambu itu mendongak memandang mereka berdua.Dia meneliti wajah dan cara mereka berpakaian, kemudian mengangguk.

"Ya," jawabnya dalam suara yang lunak."Sekolah ini seperti satu taman yang besar.Saya tak jumpa tempat yang saya hendak pergi.Saya tunggu di sini kalau - kalau ada putera yang akan selamatkan puteri yang tersesat." Dia kembali memandang jadual waktunya.

"Kami boleh tolong awak.Awak nak ke mana?"

Tiara, yang merupakan nama pelajar baru itu menyatakan tempat yang ingin ditujunya.

"Mari kami tunjukkan!" sahut Amira teruja."Apa pun, saya Amira."

Amira menghulurkan tangan, Tiara menyambutnya."Saya Tiara.Aduh... Awak menyakitkan tangan saya."

Amira segera meminta maaf.Dia melepaskan genggaman sambil tersengih.

"Bagaimana dengan menyanyi.Awak bagus tak?" tanya Tiara teruja.Dia baru tahu yang Amira merupakan rakan sekelasnya di Tingkatan 4 Violin.

"Tak, saya tak bagus menyanyi..." Amira tertunduk malu.

"Cantik anting - anting awak! Mariza cepat - cepat mencelah."Saya Mariza, sayalah orang penting belakang pentas persembahan drama dan teater." Dia menghulurkan tangan mahu bersalam, tetapi tidak bersambut.

Tiara memegang anting - antingnya."Ini pemberian ibu saya.Dia model terkenal.Beli di Minin."

Kebetulan Shue Hada dan dua orang pengikutnya lalu.Ratu drama sekolah itu terhenti apabila terdengar Tiara menyebut ibunya seorang model.

Mereka kini melintasi perpustakaan.Hanya beberapa langkah lagi mereka akan sampai di kelas yang ingin dituju

"Maksud awak Minin kota fesyen itu?" tanya Shue Hada, tanpa dijemput mencelah masuk.

Senyuman Tiara melebar."Ibu saya Nadia Salleh, salah seorang model terkenal di sana."

Amira bertukar pandangan dengan Mariza.Mereka seakan tidak wujud lagi di situ.Mereka tidak fikir Tiara akan mengucapkan terima kasih.

"Wah, hebat!" Gadis yang berdiri di belakang sedikit dari Shue Hada membulatkan mata, kagum.Tiara tersenyum bangga.

"Gembira berkenalan dengan awak.Saya Shue Hada ," Dia memperkenalkan diri seperti tulisan besar di bajunya yang berkilau di bawah cahaya matahari. "Bakal aktres paling hebat abad ini.Bapa saya pemegang ekuiti sekolah ini.Dia ada banyak perniagaan di merata dunia.Dan sekolah ini satu daripada idea terhebatnya!"

"Saya Zen, seorang pelajar lelaki kurus, dengan bergaya membuka cermin mata hitamnya yang berbentuk hati. "Ejaannya Z.E.N, maknanya dalam bahasa jepun meditasi.Sayalah pereka fesyen terkenal masa hadapan.Tapi buat masa ini tiada siapa dapat menandingi kehebatan saya di Sekolah Artistik."Dia membuat pergerakan tangan agak berlebihan."Apa yang dipakai Shue Hada ini, saya yang merekanya."

"Oh," Ungkap Tiara tidak terkata.Dia perasan kumpulan itu tidak memakai pakaian seragam seperti pelajar lain.

Bagaikan tunggul kayu, Amira dan Mariza menonton sahaja lakonan mereka.

"Saya tidak memakai apa yang sudah orang lain pakai." Shue Hada mengerling Mariza dan Amira.

"Betul tu."Gadis di sebelah mengiakan. "Saya Jazmin.Panggil saya Jazz.Kalau suka menari, sertai kelab saya," ajak Jazmin termasuk kepada Amira dan Mariza yang berdiri berdekatan.

Zen menyiku lengan Jazmin." Jangan jadi
bodoh, kembarku.Tengok kaki pun tahu mereka tidak boleh menari.Terlalu kaku macam tiang.Boleh saya bagi nasihat?"

Amira memandang Zen, terkejut.Dia boleh nampak mereka?

"Warna kasut dan baju awak itu tidak sepadan langsung."

Amira menggetap gigi, mengenggam tapak tangan di sisi.Dia melangkah seperti hendak menyerang Zen, tetapi ditahan Mariza.

"Zen, apa maksud kau? Pakaian kita semua sama.Kita ini kan budak sekolah?" Jazmin terkebil - kebil, memandang saudara kembarnya.

Semua tertumpu kepada Jawapan Zen.

"Betul.Itulah maksudnya, ada orang pakai apa pun tidak sesuai." Dia mengerling Tiara. "Tapi sesetengah orang ada aura tersendiri."

Tiara ketawa kecil.Jelas terhibur dengan pujian itu.

"Kalau mahu,  saya boleh reka macam yang Shue Hada pakai ini untuk awak.Tapi janji beritahu ibu awak tentang keunggulan rekaan saya."

Tiara mengangkat kening. "Baju yang Shue Hada pakai ini,  awak yang reka?"

"Bukan baju,  nama ini sahaja," ujar Shue Hada, menunjukkan manik - manik kecil berkilau yang membentuk susunan nama itu.

"Oh," sekali lagi Tiara tak terkata apa -apa.

Amira tersengih memandang Mariza.

"Kreatif, kan?"

Tiara mengangguk.

"Saya tahu," ujar Zen.

"Tapi apa yang Shue Hada pakai ini tidak melanggar disiplin sekolah ke?"

Perbualan mereka terhenti apabila seorang pelajar perempuan bertudung kemas menghampiri mereka. Tag nama besar yang dipakai dengan jelas memberitahu dia sememangnya seorang pengawas.

Amira dengan segera membetulkan uniformnya dengan gementar. Dia rasa dia tidak melanggar peraturan sekolah. Mariza nampak seronok apabila pengawas yang bernama Hawa itu menghampiri Shue Hada dan rakan - rakannya.Semua orang tahu Hawa tidak menyenangi tindak - tanduk anak tunggal orang kaya itu.

Anehnya Shue Hada tidak terjejas langsung.Dia membalas pandangan Hawa. Jazz mengecut di belakang Shue Hada.

"Awak ada sesuatu nak beritahu saya?" Cabar Shue Hada, mendongakkan wajah.

Mulut Amira terlopong.Beranikah Hawa mendenda Shue Hada? Bolehkah dia buat begitu? Bapa Hawa hanya kerani biasa di jabatan kerajaan.Berbanding bapa Shue Hada yang merupakan salah seorang pemegang ekuiti dalam sekolah mereka. Dalam kata lain ,  Sekolah Artistik memang bapa dia punya!

Suara Magik ...Where stories live. Discover now