PPP 4

6.1K 158 7
                                    

Zara POV, 9 malam.

" Masuklah Irdina, mulai hari ni awak tinggal dengan saya dulu. Senang kita nak jalankan misi kita. Maaflah rumah saya ni memang tak berapa praktikal.Ada satu bilik je. Awak tidur di sofa ruang tamu dulu. Saya dah suruh Din beli katil tadi .Besok baru awak ada katil ye. Saya tinggal seorang disini. Orang gaji semua tak ada. Tiap pagi ada orang akan datang bersihkan rumah ni dan sediakan baju untuk saya.Nanti saya nak awak tentukan gaya fashion saya . Tukang masak pun akan datang setiap hari. Nama dia HakimiAwak bagi je menu apa awak nak. Awak pilih apa yang perlu saya makan hari hari ya.Hari Sabtu saya tidur sekurang kurangnya sampai pukul 12. Jangan ganggu. Hari lain awak boleh ganggu saya sesuka hati. Nanti No telefon saya bagi yang lain. No ni special untuk ibu bapa saya, kawan baik saya Iklima dan awak sahaja" terang aku panjang lebar.

" Bilik saya disitu, awak boleh simpan bag awak dalam tu." kata aku sambil menunjukkan ke arah sebuah pintu. " Awak buat macam rumah sendiri ye, ini card credit kalau awak nak beli apa apa barang keperluan.Kalau nak kemana mana boleh suruh Din hantar atau tanya dia apa apa. OK ada apa apa pertanyaan?" tambah aku lagi. 

Irdina kelihatan terpinga pinga dengan penerangan yang diberikan

"Err...ermm takde cik Zara "

"Tak perlu ber cik cik dengan saya, awak boleh panggil saya Zara atau Kak Zara saya 28 tahun by the way"

" Baik cik Zara ehh Zara ehh Kak Zara ".

" Oh lagi satu ... ini semua top secret tau. Saya taknak sapa pun tahu pasal misi tak senonoh saya nie. Faham?"

" Faham Cik Zara, ehh Kak Zara "

"  Bagus " . Aku berlalu pergi menuju ke bilikku. 

Aku menghempaskan badan aku ke katil memandang siling berfikir. Apa yang aku lakukan ini? Seumur hidup aku, tak pernah aku biarkan orang lain hidup sebumbung denganku selain Iklima.  Aku anak tunggal dalam keluarga jadi aku tak biasa berkongsi apa apa dengan orang lain. Tapi kali ni boleh pula aku yang ajaknya untuk tinggal bersamaku. Ada sedikit perasaan takut hadir dalam diri ini dengan apa yang aku rasakan. Mungkin aku teringin nak ada adik sendiri agaknya. Gumam aku didalam hati. Entah bila aku mula tertidur.

Aku terjaga apabila terdengar bunyi blender di dapur.  Sepanjang aku duduk dirumah ini tak pernah blender didapur tu berbunyi. Semua perkakas di rumah tu semuanya sekadar hiasan je. Tak pernah pun digunakan. 

" Morning Cik Zara, maaf saya dah ganggu Cik Zara tidur " 

" Takpa takpa, kan saya dah cakap awak boleh ganggu saya bila bila masa.Awak buat apa tu"

" Oh saya buat milkshake untuk morning breakfast, Cik Zara suruh saya jadi nutritionist kan so saya make sure cik Zara makan dan minum yang sihat sihat sahaja" 

" Tapi saya suka breakfast nasi lemak atau nasi goreng dan telur goreng. Kalau saya lapar di pejabat bagaimana" Ada sedikit kecewa. Lupa pula aku yang suruh dia menentukan gaya pemakanan aku. Aku melihat di atas meja. Cuma ada salad telur, pisang dan buah buahan lain.Nasib baik ada kopi kalau tak lagi aku memberontak.

" Cik Zara kan cakap nak berdiet turunkan beberapa kilo. Nanti weekend baru makan nasi lemak atau nasi goreng ya..." kata Irdina dengan penuh kelembutan membuatkan hati aku nyaman kembali. Terus aku menghirup kopi yang dibuatnya .Sedapnya... pasti dibuat dengan penuh kasih sayang. Aku tersenyum sendirian.

" Senyum sorang nampak " tegur Irdina. Berani pula budak ni bergurau dengan aku.

" Sebab tak pernah ada perempuan cantik duduk dengan saya pagi pagi macam ni ". Aku lebih kuat bergurau nampaknya.

Irdina hanya tunduk tersenyum . Kelihatan pipinya mula kemerahan.

Seperti yang disuruh Irdina memilih pakaian untuk aku ke pejabat. Tidak dapat dinafikan dia memang mempunyai citarasa yang baik. Pandai Mix and Match. Walaupun selama ini Kak Yusni sentiasa menyediakan pakaian buat aku tetapi dia sekadar mengikut apa yang aku suruh. Sebab tu lah aku sentiasa kelihatan tak berketrampilan. Sebab aku memang fail bab bab fashion ni.

" Cik Zara, nak saya make upkan sikit sebelum ke pejabat ?" Ok ini perkara yang belum pernah berlaku. Pakai make up untuk ke pejabat. Sebenarnya aku memang suka pakai make up untuk kelihatan lebih konfiden. Akan tetapi memandangkan aku memang fail bab berhias hias ni, memang aku jarang sekali make upkan diri. Kecuali jika ada event event barulah aku akan mengupah stylist untuk menguruskan aku.

" Saya pinjam make up nie dari Kak Yusni pagi tadi, tak sempat lagi nak beli. Mari duduk di kerusi ni kejap. Saya make up yang nipis nipis sahaja, lagipun muka kak zara dah memang flawless, tak perlu make up sangat", terus panas pipi aku dipuji begitu walaupun mungkin Irdina memuji hanya kerana aku boss dia.

Aku duduk di kerusi seperti yang dipinta. Irdina mulakan kerjanya menata rias wajahku ini. Kedudukan mukanya yang rapat sekali menyesakkan dada aku. Terbau haruman perfumenya membuat aku sedikit penasaran. Apa pagi pagi dah pakai perfume budak ni.Mataku ku liar sekali memandang tubuh badannya yang kelihatan perfect itu.Dengan bajunya yang sedikit jarang itu menampakkan warna bra yang dipakainya. What the hell. Am i checking out my staff chest just now. Getus aku berasa malu dengan diri sendiri.  Irdina membetulkan gincu dibibirku dengan jarinya membuat aku betul betul hilang arah. OK that it. I gotta outta here. Automatik aku bangun bergegas keluar.

" Saya dah lambat " kataku ringkas terus menuju keluar dan dengan pantas menekan butang lif dengan tergesa gesa. Meninggalkan Irdina yang kaget melihat aku.

Perempuan Paling PemalasWhere stories live. Discover now