PPP 17

6.1K 157 24
                                    

Lepas makan malam aku bersandar menghadap TV walaupun aku tak tengok pun. Mata aku tertuju ke arah Irdina yang sedang mengemas ngemas pinggan mangkuk tadi. Tak bosan bosan aku tatap wajah manusia bernama Irdina ni. Aku memang nak tolong dia mengemas tapi dia paksa juga aku lepak atas sofa menonton TV. Kira aku taklah membuli . Kalau aku duduk dengan Iklima dulu mesti dia akan cakap macam ni

Syaitonnnnn, kau ingat aku orang gaji kau, sedap pula kau nak tengok TV biarkan aku mengemas dapur seorang.

Irdina menghulurkan kopi kepada aku dan kemudian terus duduk berbaring di lengan aku. Macam mana la aku tak bertambah sayang dengan perempuan sorang ni.Manja dia buat hati jadi geram.

" Rugi saya seminggu kan tak dapat bercuddle cuddle macam ni last week "

" Tau pun, sapa suruh buat hal "

" Kenapa awak tunggu seminggu baru maafkan saya " kata aku sambil bermain main rambutnya.

" Patut setahun ke??? " tanyanya mendugaku. Terkedu aku kejap.Seminggu pun aku dah jadi zombi kalau setahun tak tau la macam mana.

" 2 hari dah la " .

" Saya sebenarnya betul betul kecewa dengan awak time tu tau.Rasa macam dikhianati, rasa macam senang sangat awak tipu saya, tapi tu la rindu sangat punya pasal terpaksa saya maafkan awak, lagipun rumah saya dah makin sempit sebab banyak sangat hadiah awak hantar"

"Awak rindu saya ..hehe...Terima Kasih sudi rindukan saya." hati aku kembang semangkuk.

"Hahah....Awak....hmmmm " kata Irdina dengan nada serious.

" Awak rasa hubungan kita boleh pergi jauh ke? Tipulah kalau saya kata saya tak takut. Tapi saya rasa saya dah terlebih sayangkan awak la... Dah tak boleh nak reverse balik, tapi dunia pasti menentang kita kan " kata Irdina. Ada nada kesedihan disitu.

" Awak jangan la buat saya takut macam tu, nanti bila tiba masanya dan ada keperluan untuk kita menentang dunia saya nak kita sama sama hadapinya. Saya takkan lepaskan tangan awak kecuali la kalau awak meronta ronta nak lepaskan diri "

" Acece...betul ke "

" betul la ". kata aku sambil menghidu rambut dia berkali-kali.Gile ketagih.

Irdina tiba tiba bangun mencium bibir aku dengan berani. Kali ini ciuman dia lebih panas dan dalam. Tangan tolong jangan menjalar tolonglah. Aku mengingatkan tangan sendiri agar mengawal kuat dari cubaan cubaan meraba.Takut juga kene tepis macam tempoh hari lagi.

Irdina menghentikan ciuman dan menarik nafas dalam.

" Awak saya rasa saya dah bersedia " kata Irdina sambil kembali mencium bibir aku dan mula turun ke leher. 

Aku rasa nak pengsan. Aku nak pitam . Apsal sesak nafas pula ni. Wrong timing betullah aku nak pitam ni. Ini bukan masanya untuk pitam fikir aku tiba tiba. Ini masa untuk menikmati keindahan dunia.

" Ni mesti awak turn on sebab awak tengok body macam model fitness saya tadi kan " sempat lagi aku nak upkan diri sambil meramas punggungnya dengan kuat. Suatu perkara yang aku memang dah lama teringin nak buat.Bucketlist checked.

" Awwww.... " jerit Irdina

" Celah mana model fitness nye ye " Irdina mencubit perut aku. Ouchh. Makin mengganas pula Irdina menyerang aku. Deru nafas aku semakin kuat.

" Errrrrrrhhmmm .........jom masuk bilik cepat...."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

" Awak dah la tu, keluar la dari selimut tu " pujuk aku memandangkan Irdina masih tidak mahu keluar dari selimut.

" Boleh bernafas ke dalam tu " tambah aku lagi.

" Sape sangkakan, awak lebih menguasai pertempuran kita malam tadi kan " komen aku lagi. Satu cubitan singgah dilengan aku.Kali ini dibuat dengan sekuat hati.

" Adoiiiiii " jerit aku.

" Sayang, saya nak pergi pejabat ni. Dah seminggu tak pergi. Jom breakfast kat luar dulu, ke awak nak breakfast atas katil"

" Saya taknak cakap dengan awak hari ni " kata Irdina mengeluarkan mukanya sahaja dari selimut.

" Hahahah kelakar betul tengok muka awak blushing macam ni."

" Tengok muka awak camni terus saya tak jadi nak pegi pejabat, jom satu round dulu " kata aku merentap selimut tersebut.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Suasana pejabat , 11 pagi.

" Morning semua " sapaku pada semua sebaik sahaja melangkah ke pintu pejabat. Ceria sungguh aku pagi ini. Dari tempat parking hingga ke pintu pejabat aku habis semua orang yang aku jumpa aku tegur. Friendly betul.

" Morning Mun , how are you lama tak nampak , awak nampak cantik hari ni " .Tapi Irdina cantik lagi. kataku didalam hati. Mun memandang terkejut pasti tertanya mana aku hilang seminggu lepas.Datang datang ceria terlebih pula.Eh apsal aku tak boleh berhenti senyum ni.

" Hari ni cik Zara cuma ada lunch dengan client dan meeting pukul 3 dengan our main consultant, yang lain cik Fuad dah take over. "

"Mun, batalkan yang lunch meeting tu, from now on awak jangan set meeting over lunch lagi ok. Saya dah ada permanent lunch date " kata aku sambil mengenyitkan mata

" Baik Cik Zara " kata Mun membalas mengenyitkan mata kepada aku dan ketawa.

"OK thanks Mun .. You are the best. Awak jangan nak kenyit- kenyit mata dengan saya. Im happily taken wahahahah. " gurauku bangga.Teringin sebenarnya nak bagitahu Mun yang aku dah ada girlfriend yang sangat cantik dan baik hati. Teringin juga nak berlagak tayang awek.

Aku memulakan kerja kerja aku yang dah makin menimbun akibat hilang focus minggu lepas.

Knock knock..

" Masuk "

" Ah Din apa cerita " kataku. Mata masih tertuju pada komputer.

" Pasal lelaki yang cik Zara suruh investigate minggu lepas"

Aku mengalihkan pandangan dari komputer dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada Din.

" Macamana ? "

" Kalau mengikut rakaman CCTV, lelaki tu memang selalu berada di kawasan tersebut.Dan dia sebenarnya..."

" Bapa Irdina ? " tekaku.

" Ya betul ". Din menganggukkan kepala. Aku dah agak dah. Dari raut wajah ada sedikit persamaan.

" Awak rasa dia bahaya ke ? Perlu ke saya upah bodyguard untuk pastikan keselamatan Irdina? "

" Susah nak cakap la cik Zara sebab kalau berdasarkad rekod jenayah lampau dia memang ada beberapa rekod buruk dalam kecurian dan judi haram tapi saya tak rasa ianya tahap jenayah yang sangat merbahaya, lagipun saya tak rasa cik Irdina nak dirinya diawasi bodyguard "

" Nampaknya saya kene bincang juga dengan Irdina pasal ni, sementara tu awak tengok tengokkan Irdina tu dulu"

" Saya akan tengok dia sepenuh jiwa dan hati saya cik Zara " jawab Din dengan muka gatal dia.

" Hoi.Sape pula suruh tengok dia sepenuh hati. Saya suruh tengok keselamatan dia. Ingat sikit anak bini kat rumah". Kata aku pada Din. Din merupakan staff aku sejak 5 tahun dulu dan merupakan saudara jauh aku sendiri. Aku tahu walaupun Din memang suka tersenyum senyum gatal pada semua perempuan berdahi licin tapi dia memang seseorang yang boleh dipercayai.

" Haha... baik cik Zara. Concern betul cik Zara dengan keselamatan staff cik Zara."

" Mestilah, Kalau awak yang dalam bahaya Din, 10 bodyguard saya upah untuk jaga awak " memang aku tipu.

Perempuan Paling PemalasWhere stories live. Discover now