PPP 12

5.7K 135 8
                                    

Zara POV

Suasana sepi sepanjang perjalanan pulang. Aku memandang Irdina sekali sekala. Tak berani nak bertanya apa apa. Dia pun senyap memandang keluar nampak seperti berfikir jauh. Jem teruk pula menyebabkan perjalanan menjadi semakin panjang. Nak pasang radio pun aku tak berani.

Aku memandang Irdina lagi. Jelas masih ada kesan air mata di pipinya.Aku beranikan diri menarik tangannya dan memautkan jari jari kami.Aku mengangkat dan mencium tangannya perlahan. Boleh tahan romantik aku ni. Kagum aku dengan keberaniaan diri sendiri.Dia memandang aku kehairan.Mukanya kelihatan seperti kemerah merahan. Aku buat buat tak nampak dan menumpukan perhatian di jalanraya.

" Bahaya tau drive sebelah tangan " komennya tiba tiba.Ada terukir sedikit senyuman dibibirnya.

" Lagi bahaya tengok awak senyap termenung je camtu "

Irdina tersenyum sedikit.

" Awak senyum ke " tanya aku melihatkan moodnya yang nampak macam beransur ok. Irdina memandang keluar tingkap semula.

" Zara, esok saya nak balik kampung boleh? rindu pula rasanya dengan ibu dan adik adik saya." kata Irdina tiba tiba.

" Ok besok saya hantarkan ye "

" Takpe takpe. Saya balik sendiri.Besok kan hari sabtu, awak kene tidur sampai 12 tengah hari "

" Mana ada macam tu lagi. Sekarang saya lagi prefer spend time dengan awak daripada tidur lama lama ". Kalau boleh aku memang nak spend sepanjang masa dengan dia. Kalau boleh waktu aku bekerja pun aku nak dia ada disisi.

" Takpela saya boleh naik bas , awak jangan risau ok"

" Hmmm...kenapa tak bagi saya hantarkan "

" Kampung saya jauh, besok kan hari minggu.Awak berehat la kat rumah"

Baru aku teringat besok petang aku ada temujanji dengan Ammar.Perlukah aku minta izin Irdina. Atau aku patut batalkan je.Hmmmm. Aku masih belum membuat keputusan. Walaupun aku tak begitu teruja untuk bertemu Tengku Ammar, tapi aku rasa tak patut pula aku batalkan plan kami last minute.

" Temerloh tu takde la jauh mana Irdina. Boleh je saya hantar awak pastu balik sambung tidur"

" Awak tahu rumah saya kat mana?? "

" Awak tulis besar besar kat dalam resume awak kan, mestilah saya tahu "

" Mesti awak tatap resume saya setiap hari kan lepas tu mesti awak cari facebook saya tapi tak jumpa kan, stalker " usik Irdina menolak nolak lengan aku. Memang tepat sangatlah tekaan dia sebab memang dah naik lunyai kertas tersebut dek kerana aku selalu sangat membeleknya. Pastu memang aku cari facebook, instagram dan apa apa social media semua bagai apa pun tak jumpa.

" Takla saya tengok sekilas je la.Perasan lebih la orang tu hahah" aku tipu.

" Stalker stalker stalker " sebut Irdina lagi.Senang hati aku tengok Irdina senyum semula.

" Tapi serious ni saya taknak awak hantar esok tau please "

Aku memang lemah sangat kalau Irdina ni sebut perkataan please.Guna pula suara pujuk rayu macam tu. Jadi jeli terus lutut aku.Aku mengangguk tanda setuju akhirnya. Keadaan kembali menjadi sepi buat seketika.

" Awak..... "

" Emmm "

" Awak kalau awak taknak cerita apa yang terjadi tadi saya ok je... tapi kalau awak nak cerita pun saya lagi ok " kata aku cuba memancingnya bercerita mengenai kejadian di kedai makan sebentar tadi.

"Saya taknak cerita " balas Irdina ringkas.

" Owh ok ...saya faham... Tapi adalah menjadi harapan saya untuk menjadi sebahagian dari permasalahan tersebut supaya kita sama sama berfikir bagi menyelesaikannya " kata aku dan tersengih sengih memandangnya.

" mai aihhh...ayat awak skemanya " tawa Irdina makin jelas kali ini.

" itu ayat awak waktu dulu time minta kerja tau..awak yang skema sebenarnya " balas aku.

" Saya mana ada skema " kata Irdina sambil mencebikkan bibirnya. Alahai comel sangat tu.

" Awak jangan buat buat comel camtu. Saya cubit juga muncung awak tu karang " sambil tangan kiri aku cuba memegang mulut Irdina. Irdina menepis tangan aku dan memukul berulang kali.

" Jangan drive sebelah tangan saya cakap " . Moodnya nampak dah betul betul baik. Aku pun taknak bertanya lanjut bimbang Irdina kembali senyap.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sabtu Pagi

Hari ni aku bangun awal. Satu benda yang hampir tak pernah aku buat pada hari minggu. Sebabnya aku nak pergi breakfast dan hantar kekasih hati paling tercinta ke stesen bas. Itupun mulanya dia tak kasi aku hantar. Dipaksanya aku tidur sampai pukul 12. Nasib baik dengan pujuk rayu dan sedikit ugutan mengingatkan dia yang aku masih bossnya membuatkan Irdina mengalah akhirnya.

" Betul awak taknak saya hantar ke sana terus, awak masih boleh menukar fikiran" tanya aku masih mencuba nasib sambil menyuapkan nasi lemak kedalam mulut.

" Taknaklah "

" Din hantar pun taknak ? "

" Pun taknak "

" Nasib baik awak cakap taknak. Kalau awak cakap nak tadi memang saya pecat juga Din tu, berani awak pilih Din berbanding saya "

" Din ada anak 3 pun awak nak jealous ke "

" Mestila, tak nampak misai dia gerak gerak gatal tiap kali cakap dengan awak, nak je saya hempok dengan kasut ni ".

" hahah...macam macam la awak ni. Awak ada plan apa apa ke hari ni " tanya Irdina kepada aku. Aku berhenti makan sekejap dan mula berfikir.

Hmmm. Sebenarnya malam ni aku memang nak keluar dengan Tengku Ammar. Sebagai kawan je. Takde niat apa apa pun. Lagipun aku dengan Ammar dah memang kawan dari dulu lagi so tak salahlah kalau aku nak keluar dengan dia pun rasanya. Tapi kalau aku bagitahu Irdina nanti dia fikir lain pula. Nanti dia ingat aku masih ingin meneruskan niat buruk aku pula.

" Takde, duduk rumah je " geleng aku menjawab soalannya sambil menyedut air teh ais.

Perempuan Paling PemalasWhere stories live. Discover now