Chapter 7 (EDITED)

3.4K 236 16
                                    

Untuk chapter ni,author sarankan untuk pasang lagu sadness and sorrow violin untuk tambah feeling sikit.Kalau tak jadi,buat tak tahu je kay.

Readers:"^_^

____________________________________

Selepas saja Pihak bomba dan penyelamat beredar dari kawasan sekolah, pihak sekolah telah memberi kebenaran kepada semua pelajar untuk pulang awal pada hari itu.

"Wei, lu yg bakar pokok tadi kan!" tuduh seseorang atau lebih tepat namanya Ying.

Ying, Yaya, Gopal dan Fang buat keputusan untuk bertanya kepada Boboiboy sendiri.

"Bukan aku lah" jawab Boboiboy singkat.

"Tak payah berbohong lagipun kau kan SUPERHERO, so jangan la menipu pulak" kata Fang dengan nada sinis.

Boboiboy hanya buat tidak tahu. Bukan kerana tidak dengar tapi dia terkejut dengan kata-kata Fang tadi. Dengan menggunakan kekuatan element petir, Boboiboy terus lari dari situ. Dia tidak mahu duduk lama-kama kat situ. Bagaikan nak rak juga dia lari. Macam kena kejar anjing, Boboiboy lari hingga tidak sempat nak toleh sekilas pandang ke belakang.

Sampai saja di rumah,Boboiboy terus masuk bilik dan kunci pintu biliknya. Dia menghempaskan dirinya di katil.

Boboiboy pov

'Apa salah aku? aku tak buat apa-apa pun. Kenapa diorang jadi macam tu? apa salah aku?aku ada sakitkan hati diorang ke? tapi kalau aku ada buat salah, kenapa sampai macam ni?kenapa sampai buat aku bagaikan patung? aku bukan patung, aku manusia yang mempunyai perasaan. Aku bagaikan ditinggal di sebuah tempat yang gelap. Aku rasa aku jatuh ke dalamnya. Tiba-tiba penglihatan aku kabur dan setitis cecair hangat mengalir di pipi aku. Aku menangis. Aku menangis kerana pedih di hati.

Boboiboy pov end

Boboiboy menangis di atas katil dia. Ketika itu, Ochobot balik kerana nak tengok Boboiboy. Dia pi bilik Boboiboy tapi terkunci dari dalam.

"Hmm..lebih baik aku ambil kunci pendua" kata Ochobot.

Selepas ambil kunci pendua, Ochobot pun buka pintu bilik Boboiboy.

Alangkah terkejutnya Ochobot apabila melihat Boboiboy menangis sambil baring di atas katil. Ochobot terus terbang ke tepi Boboiboy.

"Boboiboy kenapa kau menangis ni?" tanya Ochobot risau.

Kelihatan Boboiboy bangkit dan terus peluk Ochobot. Boboiboy meraung sejadi jadinya. Air mata yg sering ditahan, akhirnya mengalir deras di pipi Boboiboy. Ochobot terus usap belakang Boboiboy supaya tenang. Akhirnya, Boboiboy mula tenang dan memberitahu Ochobot perkara sebenar.

Ochobot sangat terkejut apabila mendengar kata-kata Boboiboy. Ochobot terus menyuruh Boboiboy untuk berehat. Boboiboy hanya ikut sahaja arahan Ochobot lalu tidur di atas katil dia. Ochobot pergi semula dekat kedai Tok aba.

Ochobot beritahu apa yang berlaku di rumah tadi. Dia juga ada beritahu tentang Boboiboy menangis dan kawan-kawan dia sakitkan hati dia. Tok aba yang dengar terus tutup kedai dengan bantuan Ochobot.

Tok aba dan Ochobot terus balik ke rumah semula. Sampai saja di rumah, Tok aba terus naik nak tengok keadaan cucu dia. Kelihatan Boboiboy dah bangun dan sambung menangis kembali.

Melihat keadaan Boboiboy, Tok aba terus peluk Boboiboy. Boboiboy membalas balik  pelukan Tok aba. Dia menangis sekuat kuatnya. Ochobot dan Tok aba tidak pernah tengok Boboiboy jadi macam ni.

Kali terakhir mereka tengok Boboiboy sedih waktu semua orang dah tahu tentang Boboiboy api. Yang selepas Boboiboy lawan Boboibot dalam pertandingan popularati pulau rintis dulu. Ochobot rasa ada yang tidak kena. Tapi dia tidak tahu apa yang tidak kena tersebut.

~bersambung

Macam mana okay tak?sorry tau kalau tak best.Lagipun author nak buat chapter ni chapter yg menyedihkan.Author dapat idea bile dengar lagu sedih.Memang tak ada kerja sungguh author.Author pun tak tahu kenapa.Dalam banyak lagu,lagu Sadness and sorrow violin paling banyak author ulang lagu dia.Tu dapat idea untuk chapter ni.Bye author pergi dulu.

EDITED NOTED
TARIKH EDIT: 14 SEPTEMBER 2022

Hola guys😂okay, sebenarnya nia nak minta maaf sangat sebab dah menghilang mcm tu saja. Sebenarnya, nia tak boleh nak buka wattpad and beberapa orang mungkin tau yang nia masih bersekolah dan ambik spm tahun lepas, so nia macam sibuk sampai lupa pasal wattpad. Tapi sekarang, nia boleh sambung balik. Oh! Dan nia sambung tingkatan 6 yang berdekatan dengan rumah nia. So, korang mcm mana? Sambung or belajar kat mana sekarang? Ke ada yang kerja? Okaylah, banyak sembang pulak nia ni, dahlah hilangkan diri lama pulak tu😂😭

Macam biasa, kalau nak kata apa² komen je dan kalau suka part ni, tekan button bintang. Bubye!

Maafkan ku, Boboiboy (COMPLETE)Where stories live. Discover now