"Boboiboy"panggil Fang perlahan.Boboiboy pusingkan kepala sedikit lalu tersenyum dan pusing ke hadapan semula."Aku akan ceritakan apa yg berlaku nanti"kata Boboiboy memahami apa yg ingin Fang tanyakan kepada dirinya.
Ejojo dan Boboiboy mula merenung antara satu sama lain.Ditangan mereka sudah tersedia dengan pedang masing². Kemudian,mereka meluru ke arah antara satu sama lain. Pedang lawan pedang.Boboiboy menahan pedang Ejojo menggunakan pedang halilintar.Manakala Ejojo pula menolak pedang lasernya ke arah Boboiboy.
Kemudian,mereka tertolak antara satu sama lain.Boboiboy menahan dirinya jatuh dengan menggunakan pedang dia begitu juga dengan Ejojo.Pertarungan antara Boboiboy dan Ejojo amat sengit.Kelihatan kedua²nya tidak mahu mengalah.
Boboiboy ingin mempertahankan bumi.Ejojo pula ingin menghancurkan bumi.Keinginan yg amat berbeza.Ejojo mula merancang plan terakhir untuk menghancurkan bumi.Tapi,dia harus hapuskan superhero bumi dahulu iaitu Boboiboy.
Boboiboy mula letih lalu menggunakan kuasa terkuat dia."Boboiboy kuasa lima!!!"jerit Boboiboy.Kelihatan Halilintar, Taufan,Gempa,Blaze dan Ice bersiap-sedia untuk menyerang Ejojo.
Ejojo mula tersenyum jahat. Matanya hanya memandang salah seorang pecahan Boboiboy iaitu Boboiboy Gempa."Serang dia sekarang!!"jerit Gempa. Pecahan Boboiboy yg lain terus berlari kearah Ejojo."Pedang halilintar!" jerit Halilintar lalu muncul dua pedang halilintar di tangan kanan dan kiri halilintar.
Halilintar terus maju kearah Ejojo untuk menyerang tapi tidak disangka Ejojo akan menyerang dari belakang Halilintar sehingga Halilintar pingsan."Halilintar!!" jerit pecahan boboiboy yg lain. "Tak guna kau!!rasakan ni,gerudi taufan!!"jerit Taufan lalu menyerang Ejojo.
Ejojo yg perasan akan kehadiran Taufan terus mencekik Taufan hingga gerudi taufan hilang. Selepas hilangnya gerudi taufan, Ejojo terus melepaskan Taufan. Taufan terbatuk sedikit akibat Ejojo mencekiknya terlalu kuat."Taufan kau okay tak?" tanya Gempa."Aku okay tapi aku tak boleh nak lawan dia dulu"kata Taufan sambil memegang lehernya yg terasa perit.
Melihat keadaan Halilintar dan Taufan,membuat Gempa bingung.Kemudian dia terus dapat idea.Dia tahu idea ni amat tidak menyakinkan tetapi sekurang-kurangnya dia cuba melakukan sesuatu."Blaze,Ice dan Taufan!!semua berkumpul kat Halilintar sekarang!!"arah Gempa.
Pada mulanya,Fang,Adudu,Prob dan yg lain rasa pelik apabila mendengar arahan daripada Boboiboy Gempa.Semua pecahan Boboiboy terus berkumpul berdekatan Halilintar."Boboiboy cantum semula!!"jerit Gempa lalu bergabung dengan pecahan Boboiboy yg lain.
"Hmmm..apa kau takut nak lawan dengan aku sampai kau bergabung semula dengan pecahan kau?"tanya Ejojo tersenyum jahat."Salah!bukan sebab takut tapi sebab nak gunakan kuasa terkuat aku!"kata Boboiboy.Pada mulanya,semua berasa pelik apabila memdengar kata² Boboiboy tetapi apabila mereka melihat satu cahaya terus mereka faham.
Cahaya tersebut berasal dari jam kuasa Boboiboy.Boboiboy mula menutup mata dan menumpukan perhatian. Boboiboy terus buka mata dan menjerit"Boboiboy kuasa... Tujuh!!!!".Semua orang yg berada disitu termasuk penduduk Pulau Rintis dan Tok aba dan Ochobot terkejut.
Terus kelihatan tujuh pecahan Boboiboy yg bersiap-sedia untuk menyerang Ejojo.Halilintar masih pingsan dan Taufan masih kesakitan di lehernya."Thorn!!
Solar!!korang bawa Halilintar dan Taufan ke tempat yg selamat dulu!!"kata Gempa."Baik!aku dan Thorn akan-"kata² Solar terus dipotong oleh jeritan seseorang."Aku tak akan benarkan!!Sekarang komputer!!" jerit Ejojo.Terus satu cahaya ditembak tepat ke arah ketujuh² pecahan Boboiboy tersebut. "Aaaahhhh!!!"jerit semua pecahan Boboiboy termasuk Halilintar yg baru sedar dari pingsan.
"Boboiboy!!!"jerit Fang dan yg lain.Kelihatan semua pecahan Boboiboy terbaring lemah di atas tanah tapi mereka semua mula bangun semula.Kelihatan mereka tak cedera terlalu teruk.Mereka terus melakukan teknik kuasa mereka yg terkuat.
"Tombak halilintar!"jerit Halilintar. "Pusaran taufan!"jerit Taufan. "Tumbukan giga!"jerit Gempa."Serangan berkembar Blaze dan Ice!!Bongkahan Ice!!Meteor Berapi!!"jerit Blaze dan Ice."Balingan daun kebas dan kejang!!"jerit Thorn. "Tembakan...Solar!!"jerit Solar.
Terus terjadi satu letupan yg besar berlaku di tempat pertarungan tersebut.Semua menutup mata masing² agar habuk tanah tidak masuk dalam mata mereka.Kelihatan habuk yg menghalang tadi terus hilang. Kelihatan Ejojo terduduk dengan kecederaan yg teruk dan pecahan Boboiboy yg masih berdiri walau tidak tegak.
"Tak..g..guna kau Boboiboy...satu..hari..nan..ti,a..ku akan..datang..se..mula.."kata Ejojo tersekat² lalu menaiki kapal angkasanya dan pergi ke angkasa semula."Boboiboy!!"jerit kawan² Boboiboy termasuk Tok aba dan Ochobot sambil berlari ke arah pecahan Boboiboy.
Adudu dan Prob lari ke markas kotak semula manakala penduduk Pulau Rintis mula mendekat kearah Boboiboy dan kawan²."Boboiboy,kau okay tak??"tanya Fang.Sebelun Gempa sempat menjawab,Halilintar terlebih dahulu menjawab. "Kenapa ambil berat pasal kami lagipun kami kan bukan kawan kalian"kata Halilintar dengan nada marah.Tersentak mereka semua yg ada kat situ apatah lagi Fang.
"Kami semua nak minta maaf apa yg dah berlaku,lagipun kami tak sengaja"kata Fang perlahan kepada semua pecahan Boboiboy.Kelihatan semua pecahan Boboiboy mula memaafkan kawan² mereka kecuali Halilintar.
"Halilintar,maafkan je la mereka.Lagipun mereka kan kawan kita dan mereka juga akan tolong kita bila kita susah nanti betul tak?"tanya Gempa sambil tersenyum.Kelihatan pecahan Boboiboy yg lain turut tersenyum kearah Halilintar.
"Hmm..baiklah tapi kali ni je aku maafkan itupun sebab semua pecahan aku yg pujuk"kata Halilintar.Mereka semua terus tersenyum."Apa lagi Boboiboy,gabunglah balik.Nanti hilang ingatan kalau lama² dibiarkan"kata Ochobot.
"Okay,Ochobot"balas Gempa."Boboiboy,Cantuman semula!!"kata Gempa tapi tiada apa² yg berlaku."Gempa cuba semula"kata Taufan.Gempa mengganggukan kepala. "Boboiboy,Cantuman semula!!"kata Gempa tapi masih sama sahaja.
Ochobot terus scan jam kuasa Gempa dan pecahannya yg lain lalu menjerit terkejut."Kenapa Ochobot!!???"tanya Semua pecahan Boboiboy cemas."Korang semua tak boleh bergabung semula!!"kata Ochobot."Apa??!!!!!"jerit mereka semua terkejut.
~bersambung~
Fuh...penat kepala ku..Hai,semua.Sorry dah lama tak update.Author nak bagitau dua berita.Satu baik dan satu buruk.Berita yg buruk,author tak akan buka wattpad sampai minggu kedua bulan 11.Sebab author nak periksa Akhir tahun hujung bulan ni dan minggu pertama bulan 11.Berita baiknya ialah author akan cuba siapkan cerita ni dalam seminggu ni.Kan cuti sekolah selama seminggu sekarang so author ambillah peluang ni.Okay itu je..Bye semua!!!
![](https://img.wattpad.com/cover/111313962-288-k928519.jpg)
YOU ARE READING
Maafkan ku, Boboiboy (COMPLETE)
Fanfiction[Pemenang Besties 2019 dalam kategori best fiction] P/S 1: Maafkan ku, Boboiboy ni ada tiga story semuanya..ini kira yg first season lah.. Kalau nak terus baca lagi series MKB ni, boleh lah check dekat profil nia >w< Cerita ini mengisahkan kawan-kaw...