Chapter 13

3.6K 187 36
                                    

~Keesokkan harinya~

Kelihatan semua penghuni rumah Tok aba,masih berada di dunia mimpi.Tok aba dan Ochobot sudah lama keluar pergi ke kedai kokotiam.Kelihatan Tiga pecahan boboiboy mula bangun iaitu Halilintar,Gempa dan Solar.


~Di bilik boboiboy biasa~

Kelihatan Gempa mula bangun dari alam mimpi dia.Gempa memandang ke arah jam loceng yg berada di atas meja sebelah katil dia."Hmm~pukul 7:00 pagi dah rupanya"kata Gempa.Gempa mula bangkit lalu melangkah ke arah bilik air.

Setelah selesai mandi,Gempa terus turun pergi ke dapur untuk masak sarapan untuk pecahan dia yg lain.

~Di dapur~

Kelihatan Gempa sedang potong bawang merah untuk masak nasi goreng.Kemudian,dia membasuh tangannya."Apa yg kau tengah buat,Gempa?"tanya Halilintar yg baru sahaja masuk ke dalam dapur."Halilintar?!masa bila kau bangun?aku tak nampak pun kau"tanya Gempa.

"Memang la kau tak nampak,aku tengah mandi tadi kat bilik air sebelah bilik atok"kata Halilintar."Selamat pagi!"kata Solar yg baru sahaja siap mandi dan pakai pakaian biasa dia."Selamat pagi,Solar"kata Halilintar dan Gempa.

"Solar, boleh tak kau tolong aku kejap?"tanya Gempa."Tolong apa?"tanya solar."Tolong kejutkan empat orang yg tidur kat depan tu"kata Gempa.  "Dengan senang hati sebelum tu"Solar berhenti bercakap dan mengambil periuk dengan senduk sambil tersenyum nakal.

Solar terus lari ke hadapan sebelum Gempa sempat berkata apa² kepadanya."Hmm..biarkan je lah Gempa.Kau nak masak apa ni?boleh aku tolong?"tanya Halilintar."Okay.Aku nak masak nasi goreng kalau kau nak tolong,pergi ambil nasi dalam periuk nasi lepastu masukkan ke dalam kuali"kat Gempa.

~Ruang tamu~

Solar tersenyum nakal apabila melihat empat pecahan dirinya masih tertidur nyenyak bak puteri salju."Hihihi~aku akan buat korang bangun awal hari ni"kata Solar.Solar terus menarik nafas dalam² sambil tanganya bersedia untuk ketuk periuk menggunakan senduk.

"Baaannnggguuunnn!!"jerit Solar sambil ketuk periuk guna senduk.Terperanjat keempat² pecahan boboiboy tersebut."Berhenti Solar!telinga aku dah nak pecah ni!"jerit Taufan.Walaupun kecoh sebentar di ruang tamu tetapi ia tidak sama sekalil mengganggu Halilintar dan Gempa yg sedang memasak di dapur.

Selepas semua pecahan boboiboy sudah sarapan dan mandi,mereka mula berjalan ke arah kedai Tok aba."Selamat pagi,Atok dan Ochobot"kata mereka bertujuh."Selamat pagi"balas Tok aba dan Ochobot.
"Hah!Gempa,kamu dah okay dah?"Tanya Tok aba."Dah okay, atok"kata Gempa lalu duduk di atas kerusi.

"Hari ni,atok nak bawa kami pergi mana?"tanya Solar."Hari ni kita akan pergi ke kedai kayu, kedai simen, kedai cat dan kedai perobot"kata Tok aba."Hah?!atok nak buat apa dengan semua tu?"tanya Ice."Atok nak buat bilik kamu semua.Disebabkan kamu semua ramai jadi atok nak buat bilik macam kat asrama tu"kata Tok aba.

"?!!tak apa ka atok,lagipun pasti mahal kos nak buat bilik kitaorang"kata Gempa."Tak apa,lagipun duit tu bukan atok punya tapi ibubapa kamu punya"kata Tok aba."Duit mak dan ayah?!diorang dah tahu pasal kami semua ka atok?"tanya Taufan.

"Dah,lagipun petang nanti ibubapa kamu nak datang tengok keadaan kamu semua"kata Tok aba.Mendengar kata² Tok aba membuat ketujuh² pecahan boboiboy tersebut bersorak kegembiraan.Lagipun,
ayah mereka kerja sebagai duta dan mak mereka harus ikut ayah mereka jadi memang mereka tiada masa untuk bersama.

Sebab tu juga,ibubapa mereka setuju kalau mereka tinggal bersama Tok aba supaya mereka boleh tolong Tok aba dan mereka tak akan rasa sunyi.Selepas itu, mereka semua termasuk Tok aba pergi ke bandar kec Ochobot.Ochobot tidak ikut kerana harus menjaga kedai Tok aba.

Mereka semua berasa gembira kerana semuanya kembali normal.Penduduk di situ mula melayan mereka seperti ketika sebelum kehadiran Boboibot.Saat itu amat gembira sekali apabila karenah para pecahan boboiboy muncul.

Seperti Ice yg terus bersemangat apabila melihat ais krim.Gelagat Taufan dan Blaze ketika membeli ais krim.Dan ketika Gempa membebel kepada Taufan dan Blaze apabila mereka berdua bertengkar di hadapan gerai ais krim kerana berebut nak beli ais krim dahulu.Dan disambut oleh Halilintar,Ice,Thorn,Solar,Tok aba dan penjual aiskrim yg ketawa melihat telatah Gempa,Taufan dan Blaze bagai seorang ibu memarahi dua orang anaknya.

Selepas sahaja beli semua barang yg diperlukan,mereka semua terus pulang.Ketika pulang,para pecahan boboiboy disambut oleh satu kejutan iaitu ibubapa mereka yg berada di halaman rumah Tok aba sambil menunggu kehadiran mereka semua.

"Mak!!Ayah!!"jerit para pecahan boboiboy.Kelihatan ibubapa mereka tersenyum ke arah mereka.Para pecahan boboibiy terus memeluk kedua² orang tua mereka."Wau!!ramainye anak ibu"kata ibu boboiboy."Ibu dah tau ke tentang kami ada kuasa dan dalam keadaan berpecah sekarang?"tanya Thorn.

"Dah tentu lah, boboiboy"kata ibu boboiboy."Hmm~nampaknya kau tak boleh panggil mereka boboiboy sebab mereka semua pun boboiboy"kata Tok aba."Dah tu nak panggil apa?"tanya ayah boboiboy."Kalau yg mata merah ruby tu panggil Halilintar,yg mata biru tu panggil Taufan,yg mata coklat emas tu panggil Gempa,mata merah api tu panggil Blaze,mata biru laut tu panggil Ice,mata hijau tu panggil Thorn dan last kali tu yg mata coklat pakai cermin mata tu panggil Solar"kata Tok aba memperkenalkan para pecahan boboiboy.

"Oh..Halilintar,Taufan,Gempa,
Blaze,Ice,Thorn dan Solar betul tak?"tanya ibu boboiboy menyebut nama para pecahan boboiboy."Betul!!"kata para pecahan boboiboy gembira."Okaylah atok pergi ke kedai dulu.Kesian Ochobot kena jaga kedai tu sorang²"kata Tok aba lalu pergi."Siapa Ochobot?"tanya ayah boboiboy."Oh..Ochobot tu adalah power spera yg bagi kuasa pada kami"kata Taufan.

"Oh..okaylah.Jom kita bina bilik kamu semua"kata ayah boboiboy."Jom"kata para pecahan boboiboy.

~Waktu malam~

Setelah selesai membina gudang bilik para pecahan boboiboy,mereka semua terus masuk ke rumah.Esok mereka akan tunggu lori perabot untuk hantar katil dan beberapa lagi barang perabot untuk diletakkan dalam gudang bilik para pecahan boboiboy.

Setelah selesai makan malam,ibubapa boboiboy mula bersembang bersama para pecahan boboiboy dan Ochobot.Tok aba awal² lagi sudah masuk bilik.Katanya,penat sebab hari ni ramai sangat orang datang ke kedai petang tadi.

"Jadi inilah Ochobot yg dikatakan oleh Taufan petang tadi?"tanya ibu boboiboy."Ya Puan"kata Ochobot."Tak payah panggil puan,panggil ibu je"kata ibu boboiboy."uhmm.. Okay ibu"kata Ochobot tergagap-gagap.

"Jadi kamu semua seronok tak harini?"tanya ayah boboiboy."Seronok"jawab para pecahan boboiboy."Dah kalau macam tu, pergi tidur.Esok bangun awal kita pergi bandar beli barang sekolah dan barang keperluan kamu semua"kata ibu boboiboy.

Terus para pecahan boboiboy baring dan pejamkan mata masing² bersedia untuk tidur.Ochobot pula terus naik masuk bilik boboiboy biasa.Ibu boboiboy terus tutup lampu.Sebelum ibubapa boboiboy sempat naik atas,Gempa memanggil ibubapanya perlahan."kenapa Gempa?"tanya ibu boboiboy yg duduk disebelah Gempa.

(Untuk pengetahuan, Gempa tidur belah hujung ye.)Ayah boboiboy juga duduk disebelah isteri dan anaknya,Gempa yg tengah baring."Ibu dan ayah, duduk kat sini berapa hari?"tanya Gempa dengan nada sedih.Terperanjat ibubapa boboiboy apabila Gempa tanya begitu.Mereka faham kenapa Gempa tanya begitu.

Mereka juga faham yg Gempa masih ingin meluangkan masa bersama mereka."Ibu dan ayah duduk kat sini sampai minggu depan sebab ayah dapat cuti seminggu"kata ayah boboiboy.Gempa yg nendengar kata² ayahnya,terus bangun dan memeluk ayah dan ibunya.

Ibu dan ayah boboiboy sedikit terkejut dengan tindakan Gempa tetapi membalas semula pelukan Gempa."Sudah pergi tidur, esok nak bangun awal"kata ibu boboiboy.Gempa hanya tersenyum lalu melelapkan matanya.Ibubapa boboiboy terus naik ke atas."Selamat malam,anakku" kata Ibubapa boboiboy perlahan.

~bersambung~

1 237 patah perkataan.Gila betul author kali ni.Chapter yg terpanjang yg pernah author tulis.Tangan pun penat menaip.So kita jumpa next chapter ye. Bye..

Maafkan ku, Boboiboy (COMPLETE)Where stories live. Discover now