Wajah ditekup ke bantal. Meluahkan rasa sedih dan sebak yang mencengkam hati.
Tangisannya langsung tidak kunjung henti dari semalam. Hidungnya sudah kemerah-merahan menandakan berjam-jam sudah dia menangis. Matanya pula sembap teruk dah macam orang tak cukup rehat berhari-hari. Semalaman dia tak dapat lelapkan mata. Badannya habis letih lesu.
Lantas wajahnya diangkat dari bantal.
Nafasnya turut ditarik dan dihembus berulang kali untuk meredakan tangisannya yang tiada noktah. Air mata yang masih mengalir menuruni pipi mulusya, diseka dengan hujung jari."Ini memang gila!" Bentak Amanda meluahkan perasaan yang berbuku geram pada Ilham Wazir.
"Sah. Doktor segak tu dah gila! Dasar doktor tua, miang, gatal merenyam! Hisyyy.." Amanda menggempal penumbuk. Penumbuk kecilnya terus menerus menumbuk bantal tidurnya. Ibarat muka doktor segak itu yang ditumbuknya.
"Sesuka hati dia je tinggal cop mohor kat dada aku. Kat leher ni lagilah bersepah." Rungut Amanda lagi. Sebal.
Tak menunggu lama dia bangkit dari birai katil dan kaki dihayun laju menuju ke bilik air. Shower foam yang berada di dalam bilik air dipicit banyak. Disental dengan shower foam pada setiap gigitan cinta yang doktor segak itu tinggalkan.
"Kalaulah umi tak sampai tadi mesti saya dah bagi penampar jepun kat doktor segak. Tahu tak doktor tua miang!" Amanda bercakap dengan dirinya sendiri yang terpantul dari dalam cermin di bilik air, seakan bercakap dengan Ilham Wazir.
"Habis hilang kedaraan yang saya nak simpan untuk suami saya. Ni doktor segak punya pasal." Tangan menggosok kulit lehernya sehingga merah dan pedih.
Kepala digeleng-geleng kemudiannya. Kulitnya sudah terasa perit semacam.
"Tapi yang pelik, semalam aku tak marah pulak. Kenapa aku boleh biarkan?"
'Apa kena dengan kau ni Manda? Kenapa lah duk fikir pasal doktor segak tu? Jangan cakap yang kau dah sukakan orang tua miang tu, Manda.' Akal mengingatkan hati yang bagaikan menderhaka.
"Hisyyy.. Mana aku nak sorok muka aku bila jumpa dengan doktor segak? Dengan umi lagi."
"Hai lah doktor segak." Keluhan dilepas panjang. Baju tidurnya yang sudah basah di bahagian dada, direnung lama. Ini semua salah baju tidur seksi ni. Kalau tak, mungkin dia masih terselamat dari dibaham harimau lapar itu.
Di bilik sebelah pula, Ilham Wazir gelisah. Kaki dihayun ke kiri kanan sekaan mengukur keluasan bilik tidurnya. Mundar mandir di depan katil. Telapak tangan naik mengusap belakang lehernya berkali-kali. Fikirannya kusut.
"Am.. Am.. Apa yang kau dah buat ni? Kau gila ke apa?" Nafas dihela dalam.
"Macam mana aku boleh terbabas semalam? Macam mana aku nak hadap muka dia lepas ni? Kat rumah umi. Kat tempat kerja lagi." Punggung dihenyak kasar ke atas katil. Rambutnya turut dilurut ke belakang.
"Malu betul. Mulut aku cakap tak suka dekat dia tapi kenapa hati aku ni macam dah tersuka? Aku suka dia ke?" Kepala digeleng pula.
Sudah seperti orang gila Ilham bercakap seorang diri di subuh hari. Badan direbahkan ke atas katil. Mata terkebil-kebil merenung siling yang dihiasi lampu kalimantan.
"Umi mesti marah dengan aku. Satu cara je sekarang. Aku kena kahwin dengan si Manda tu." Tangan naik memicit batang hidung. Pening kepala memikirkan masalah yang muncul dari khilafnya juga. Khilafnya kerana tidak kuat menahan gelodak nafsunya semalam dan yang menjadi mangsa adalah Amanda.
"Maafkan aku, Manda. Maafkan aku.." Entah berapa kali ayat itu keluar dari mulutnya pun dia sudah lupa. Yang dia pasti sekarang, rasa bersalahnya menggunung.
*****
"Manda, saya ada hal nak cakap." Tegur Ilham pada Amanda yang duduk di atas buaian di halaman rumah uminya. Sudah dua minggu dia tidak datang ke rumah uminya kerana dia tidak sanggup nak berdepan dengan Amanda.
Amanda panggung kepala. Novel ditangannya ditutup. Berdebar-debar bila melihat pandangan redup mata doktor segak. Panahan mata redup itu seakan-akan sedang meluahkan sesuatu. Dua minggu dia tertanya-tanya di mana doktor segak dan akhirnya hari ini doktor segak itu muncul.
Ilham tarik nafas panjang. Kekuatan sudah diperolehi dan baru dia ada keberanian untuk berdepan dengan Amanda.
"Manda sihat?" Soal Ilham memulakan bicara antara mereka.
Amanda hanya mengangguk.
"Saya.. Saya.. nak minta maaf pasal malam tu. Saya.."Tersangkut-sangkut suara Ilham yang terlontar. Skrip itu sudah dihafal berjam-jam lamanya sebelum datang ke sini. Tetapi bila melihat wajah Amanda, skrip yang dihafal itu hilang berterabur. Ayat yang disusun sejak semalam, semuanya dia lupa.
"Tak apa doktor. Salah saya jugak. Siapa suruh pakai macam tu kan." Cantas Amanda laju. Senyum tawar terukir di bibirnya. Segan dan malu apabila mengingati apa yang pernah terjadi antara mereka. Cuma dia bernasib baik kerana mereka tidak terlanjur lebih jauh. Allah s.w.t masih pelihara maruahnya sebagai wanita Islam.
"Bukan. Bukan macam tu maksud saya. Saya.. saya.. nak peristerikan Manda. Kita kahwin?" Akhirnya terluah juga apa yang terlintas di fikirannya sejak akhir-akhir ini.
Terbuntang mata Amanda mendengar kata-kata Ilham.
"Doktor ajak saya kahwin?" Soal Amanda kurang percaya. Rasanya dia tak tersilap dengar tadi.
Ilham mengangguk.
Amanda pula menggeleng.
"Macam ni lah doktor. Pasal malam tu kita lupakan. Saya.. dah maafkan doktor. Saya tak nak doktor berkahwin dengan saya sebab doktor terpaksa. Rasa bersalah atau nak bertanggungjawab atas apa yang doktor dah buat. Saya tak nak." Keras suara Amanda. Dia bangun berdiri dari buaian dan ingin berlalu pergi. Dia tidak betah duduk di situ bersama Ilham. Melihat wajah doktor segak, hatinya sakit. Menyesal dengan dirinya sendiri yang seakan rela disentuh Ilham.
"Ehh.. Nanti dulu." Cepat Ilham menahan.
"Saya ikhlas Manda. Tak ada istilah terpaksa. Mungkin sudah tiba masanya saya buka pintu hati saya untuk terima wanita lain dalam hidup saya. Dan saya yakin wanita itu.. awak, Amanda Aisyah." Senyuman paling manis dihadiahkan kepada Amanda yang sedang merenungnya.
"Manda fikirlah dulu. Saya takkan paksa." Ilham tersenyum lagi. Badan dikalih ke belakang. Kaki mula mengatur melangkah. Dia akan memberi ruang untuk Amanda berfikir.
Selangkah..
Dua langkah..
"Doktor!" Panggil Amanda.
Ilham menoleh. Keningnya dijongket.
Amanda pula menundukkan wajahnya. Jari jemari tangan diramas-ramas.
"Betul doktor ikhlas?"
Ilham mengangguk dengan senyuman yang masih menguntum di bibir nipisnya.
"Doktor takkan sia-siakan saya?"
Ilham angguk lagi.
"Saya.. Saya.. Err.." Amanda renung jari kakinya sendiri.
"Saya apa?" Soal Ilham musykil. Melihat Amanda gelisah sendiri, dia pula tertanya-tanya.
"Saya setuju." Jawab Amanda. Terus kaki diangkat dan melangkah laju melintasi Ilham yang berdiri tegak. Tak terkata Ilham, terkejut mungkin.
Dalam pada masa yang sama dia tak sangka Amanda akan bersetuju secepat itu. Sangkanya, Amanda akan mengambil masa yang lama sebelum berikan jawapan.
"Thanks Manda!" Laungnya dengan rasa teruja. Dia akan berkahwin lagi. Dia akan menamatkan zaman dudanya. Dan yang paling penting dia akan ada suri hidup. Teman untuk melalui hari-hari tuanya nanti, insyaAllah.
Puan Maimunah dan Encik Zainol yang mengintai dari celah pintu tingkap sedari tadi tersenyum lebar.
"Alhamdullilah.." Syukur saat anak bujangnya yang telah lama menduda akan berkahwin lagi. Hati ibu bapa mana yang tak gembira.
Amanda masuk ke bilik. Wajahnya diraup.
"Ya Allah, harapnya jalan yang aku pilih ini benar."
YOU ARE READING
Mr Hot Daddy( New VERSION)
ChickLitHidup Ilham Wazir hanya berkisar tentang anak, umi dan babahnya. Cukuplah keluarga kecil mereka bahagia. Baginya, keluarga kecil itu sudah lengkap walaupun dia tiada peneman hidup. Suri hidup bukanlah satu keperluan. Salam dan layanan mesra dari rak...