bab2

14 1 0
                                    

SUNYI. SEPI. Tiada langsung bunyi yang bergema di dalam kereta mewah ini. Aku hanya membatu keras sambil memandang ke luar tingkap. Pada salji yang masih ralit jatuh dan meliputi bumi. Sesekali aku mengetap bibir. Jari-jemari dikepal kuat. Hati pula, mengalunkan doa yang pelbagai. Sedaya-upaya aku cuba bertenang, sedangkan jantung seperti mahu tergolek keluar.

            “Here.”

            Suaranya menyentak kuat. Spontan aku menegakkan tubuh dan menoleh. Sehelai sapu tangan terlebih dahulu menjamah anak mata.

            “Wipe your tears.”

            Jariku ternaik sendiri dan menyentuh pipi. Entah bagaimana aku boleh tidak perasan. Rupa-rupanya pipiku masih basah.

“What’s wrong with women? Cry for almost everything.” Dia menyambung. Ada kutukan dan kekerasan dalam kata-katanya. 

Telingaku berdesing. What’s wrong with women? Eh, kalau dah nyawa aku hampir-hampir melayang, ditambah pula dengan fiil menakutkan dia, tak pelik rasanya kalau aku menangis. Walaupun aku bukan stok perempuan lembik yang suka menangis bawah tangga, tetapi aku tetap perempuan. Dan sesungguhnya perempuan haruslah takut dengan keadaan tadi. Ingat normal ke tengok orang saling berbunuhan? Tak normal, okey? Tak normal!

Itu adalah apa yang aku fikirkan dalam otak. Teringinnya aku untuk menjawab macam tu. Namun hakikatnya, aku sedang menikus sambil teragak-agak mengambil sapu tangan yang terhulur dan mengelap pipi. Hidungku serta-merta ditusuk bau yang terbit dari celah-celah fabrik. Maskulin tetapi pada masa yang sama, bau tersebut memberikan perasaan yang sukar untuk aku teka. Ada misterinya, ada manisnya.

            “So…”

            Dia bertutur lagi.

            “Where do you stay?”

            “around here” Aku menjawab pendek.

            Kemudian, dia kembali melihat padaku.
          
            Hanya itu balasannya. Hujung bibirku menyinis. Pasti lelaki ini tidak pernah menjejak kaki di tempat-tempat untuk golongan marhaen. Daripada cara dan gayanya sahaja, sudah aku tahu bahawa dia cuma mengenali kemewahan semata-mata. Hidup dalam timbunan wang. Jauh bezanya daripada aku.

            Dia kembali bercakap dengan pemandunya. Atau lebih tepat lagi, memberikan arahan. Aku membiarkan sahaja, malas masuk campur. Selebihnya, aku memang tidak berani buka mulut, melainkan dia bertanya dan mahukan jawapan daripadaku.

            Keadaan antara kami kembali senyap. Dia dengan wajah seriusnya, dan aku dengan…entahlah, aku sendiri tidak tahu perasaanku sekarang. Risau? Semestinya. Takut? Lebih dua kali ganda berbanding risau. Kerana itu, aku tidak berani untuk menyoal ke mana arah tujuan kami? Adakah dia mahu menghantarku pulang? Atau pertanyaan tadi sekadar berbasi-basi tanpa tujuan?

            “I’m sorry.”

            Sekonyong-konyong, anak telingaku menangkap kata-kata maaf. Kepalaku tertoleh ke sebelah. Mata terkelip-kelip memohon penjelasan.

            “For yelling at you,” ujarnya tanpa sekali melihatku. Dia tetap tegak memandang ke hadapan.

            “You said sorry. I didn’t see that coming from you,” luahku jujur.

            Dia melirik ke arahku.

            “Why? A real man should know how to apologize.”

            Aku mendiam. Apa yang pernah aku baca sebelum ini terus sahaja menerjah ke dalam ingatan.

            ‘A truly confident man will readily admit his mistakes, because he knows one misstep doesn’t define his entire character.’

            Di luar sedar, aku mengulum senyum. Kena! Kata-kata tersebut sangat kena dengan lelaki di sisiku. Keyakinan yang dimilikinya terlampau terserlah hinggakan bicara maaf yang diluahkan langsung tidak menjejaskan maruahnya sebagai lelaki. Bahkan, bicara maaf itu meningkatkan lagi auranya.

            “We’re here.”

            “Huh?” Aku tersentak dan cepat-cepat mengalihkan pandangan saat tersedar bahawa aku masih merenungnya.

         

            Aku memandang ke luar tingkap kereta. Lampu kecil yang tergantung, samar-samar menunjuk tanda nama.

            “So, you want to send me back,”getusku perlahan. Menyedari bahawa lelaki aneh ini benar-benar mahu menghantarku pulang.

            “Of course. What do you expect?”

            Aku senyum kelat dan menggelengkan kepala.

            “Nothing,” bohongku. Gila! Tidak mungkin aku berterus-terang dan mengatakan bahawa aku mengesyaki dia mahu melakukan sesuatu padaku.

“Hmm. Before you go, let me remind you this.”

            Dia menghentikan kata sebelum memusing tubuh dan memandangku tepat. Buat kesekian kali, aku bagaikan disedut masuk ke dalam mata tajam itu.

            “You were not there. Nothing happened to you. And definitely, you’ve never met me.”

            Riak mukaku berubah. Kening bertaut membentuk kerutan.

            “Understand?”

            Ingin aku menyoal kenapa, tetapi lidahku kelu. Yang aku buat cuma menganggukkan kepala.

            “Good.” Dia menyandarkan kembali badannya dan memberikan isyarat kepada pemandunya agar membuka pintu. Tanpa secalit bicara, lelaki tersebut mengikut arahan.

            Usai pintu kereta dibuka luas, aku menjatuhkan kaki ke tanah. Namun sebelum sempat aku bangkit, suaranya terlebih dahulu mematikan gerak laku.

            “Where are you from?”

            Aku memusing kepala kepadanya dan menjawab, “Malaysia.”

            Pandangan matanya tampak berubah. Ada biasan terkejut.

            “Malaysia?” Dia mengulang bicara.

            “Yup.”

            Tanpa langsung kuduga, dia tiba-tiba mengulum senyum. Tetapi kali ini, senyuman yang menghiasi bibir itu bukan lagi senyuman sinis lagi mengejek. Ianya terlampau berbeza, bagai langit dan bumi.

            Oh, Tuhan! Indah sekali senyuman dia.

the secretsWhere stories live. Discover now