Terbongkar

33 3 0
                                    

Ikram masih berbaring malas diatas katil yang bersaiz queen. Tak banyak benda yang dia boleh buat. Sesekali je dia berhubung dengan pejabat untuk bincang mengenai kes terbaru.

Main phone, tengok movie, baca majalah kereta dengan maskulin. Itulah perkara yang dia mampu buat. Teringin jugak dia nak berlatih menembak kat laman belakang rumah dia.

Tengah syok tengok movie yang entah apa tajuk cerita tu, tiba-tiba phone nya berdering. Diperiksa seketika peranti itu.

Tak ada panggilan atau mesej atau mesej whatsapp yang masuk. Tapi ada peringatan untuk dia menghantar barang dapur ke Diana. Sengaja dia letak peringatan setiap minggu supaya dia tak lupa.

Cepat-cepat dia bangun dari katil, ambil tuala dan masuk bilik air.

______________________________________

Ikram memusing stereng keretanya ke kanan bila dah sampai kat depan satu rumah banglo. Jam diatas dashboard kereta dipandang seketika. Baru pukul 8.15 pagi.

Terlalu awal untuk dia datang ke rumah orang. Kalau semalam tak ada meeting dengan team nya. Mungkin petang semalam dia dah boleh datang. Barang dah siap beli lepas tengok peringatan. Cume meeting je yang lama sampai pukul 9. Ingatkan boleh habis sebelum maghrib.

Yela sejak kebelakangan ni dia tak boleh memandu waktu malam. Lampu kereta yang berselisih dengan keretanya jadi silau.

Bila pergi klinik doktor cuma cakap ni untuk sementara je. Effect dari hentakan haritu kot.

Ikram segera hilangkan apa yang tengah difikirannya sekarang. Perlahan dia berjalan ke pintu rumah dengan tangan menjinjit beg plastik yang penuh barang dapur.

Belum sempat Ikram nak tekan loceng, pintu dah terbuka dari dalam. Diana yang dah berpakaian sukan tak perasan Ikram ada kat depan pintu tu terus keluar dan hampir langgar Ikram. Dijauhkan sikit tubuhnya dari Ikram.

"Hai awak."Diana

"Assalamualaikum."Ikram

"Hehehe.... Waalaikumussalam... Sorry terlupa. Awak buat apa kat sini?"Diana.

"Oh saya nak hantar barang dapur ni."Ikram menghulur beg plastik ditangannya.

"Ohh... Saya masuk kejap eh."Diana menyambut huluran Ikram dan berlalu ke dapur.

"Saya tunggu kat sini je."Ikram

Maka berdirilah Ikram didepan pintu itu. Tak sampai 5 minit pintu terbuka balik.

"Diana jom duduk kat gazebo jap."Ikram

"Ok boleh... Tapi jangan lam sangat tau. Saye nak pergi jogging ni."Diana

Mereka berjalan ke gazebo di belakang rumah.

"Kenapa awak jalan terhincut-hincut tadi?" Diana mula bersuara bila mereka dah duduk kat gazebo.

"Saye injured mase operasi. Explosion impact. Jatuh atas pasir."

"Kenapa awak tak suruh staf awak je yang hantar barang. Kan dah menyusahkan awak dengan sakit-sakit lagi. Awak kena banyak rehat tau."

"Caring rupanya awak kat saya ek. It's okay lagipun tak ramai tahu awak kat sini. Ni kan safe house just saya dengan orang atasan agensi je yang tau."

'comel pulak minah ni... Cantik pon cantik.'

"Erkk... Eh tak ada lah.... Perasan je awak ni. Awak ada nak cakap apa-apa ke."

"Awak ni comel sebenarnye. Tapi tulah macam jual mahal sangat pulak."

"Dah dah jangan nak merepek eh. Saya nak pergi jogging dulu. Bye"

Diana dah berlalu tinggalkan Ikram yang senyum sorang-sorang. Perlahan langkahnya diatur ke keretanya. Tapi tanpa sedar dia terlihat Diana yang tergesa-gesa masuk kedalam sebuah SUV.

Dia tunggu sehingga Diana keluar dari kereta tu. Tapi SUV tu tiba-tiba pergi. Pantas Ikram berlari ke keretanya lalu mengekori SUV tu.

Ikram memberhentikan kereta selepas SUV tu memasuki satu simpang. Dia menunggu lagi. Enjin kereta dimatikan. 10 minit menunggu baru SUV tu keluar. Ikram menunduk sedikit bila nampak Diana dah berlari perlahan keluar dari simpang.

Bila Diana dah jauh sikit, Ikram cepat-cepat hidupkan kereta. Diana yang perasan ada kereta kat belakang terus berlari laju. Tapi Ikram sempat menghalang sebelum Diana masuk dalam kawasan taman. Pistol yang disimpan dalam dashboard kereta diambil.

"Diana!"Ikram melaung sambil mengacukan pistol. Tapi dia terkejut sebab Diana pon tengah acu pistol kat dia.

"Letakkan pistol Diana!"Ikram. Mujur Diana menurut arahannya. Perlahan-lahan dia mendekati Diana sambil pistol masih diacukan ke arah Diana. Pistol dikutip.

"Awak cerita kat saye semua bende nanti."



My Special AgentWhere stories live. Discover now