Secret Agent

34 3 0
                                    

"Who are you, actually."Ikram mula menyoal.

"Lepaskan aku dulu."keras suara Diana membalas.

"Just tell me who you are and  dengan siapa awak bekerja?"Ikram mengeraskan suara juga.

"Ok aku macam kau jugak. Tapi aku buat kerja senyap-senyap. Aku tak boleh bagitau siapa aku sebenarnya."

"Ni agensi kau kerja kan?"Ikram menunjukkan skrin telefonnya kepada Diana.

"Haah macam mana kau tau?"

"Ketua kau, pernah ditangkap sebelum kes kau hari itu. Orang bawahan dia kami tak dapat arahan untuk tangkap lagi. Agensi ni dibubarkan terus lepas ketua tu disabit hukuman. Apa yang kauorang sembang kat dalam SUV tu tadi?"

"Rancangan nak bebaskan ketua kami balik untuk last mission. Tapi diaorang cakap yang ada orang sabotaj ketua."

"So pasal kau kerja kat syarikat hartanah tu tipu lah."

"Hmm"

"Kau kena tahu yang ketua kau sebenarnya buka agensi tu tanpa kebenaran nak jalankan apa-apa operasi or serbuan. Sekarang ni kitaorang just tunggu arahan nak tangkap kau dengan kawan-kawan kau sekali."

"Kitaorang tak buat jenayah pun kan?"

"Memang tak salah apa yang korang buat... Terima kasih sebab tolong kitaorang handle kes-kes lain. Tapi bila ketua kau dah langgar rule, kauorang pon kena sekali."

"Habis tu, kitaorang masuk penjara atas kesalahan apa?"

"Kami tak dapat arahan lagi nak tahan kauorang so kami tak tau apa kesalahan kauorang."

"Kesalahan ketua cuma langgar rule je kan?"

"Tak bukan itu je kesalahan dia. Kau rase duit yang agensi kau pakai nak beli senjata, peluru, komputer, nak bayar api, air dengan gaji korang, mana datang dana sebanyak tu."

"Dana dari kerajaan la kan."

"Kerajaan tak ada hulur dana untuk agensi ni. Ketua kau yang mohon nak tubuhkan agensi ni,pakai duit dia sendiri. Tapi sebenarnya duit tu dari syarikat-syarikat yang ketua kau dah lingkupkan lepas tu bawak lari duit tu. Buka agensi sebab nak tutup kesalahan. Tapi dia bodoh sebab langgar rule."

"Jap pistol tu memang kau punya ke agensi yang bagi kat kau? Lesen nak simpan senjata api ada tak? Kalau tak ada sekarang juga aku sumbat kau dalam lokap." Separuh hati Ikram menuturkan kata itu.

"Ada je point kau nak sumbat aku dalam lokap. Pistol ni aku beli sendiri dan aku ada lesen la."

"Eh aku boleh sumbat kau sekarang juga sebab kau dah ada satu kes tau tapi aku malas, nak cerita panjang  kat mahkamah nanti je."Separuh hati Ikram menuturkan katanya.

"Dah la tu kau bising pasal lokap ni."

"Ok sekarang ni kau nak dibebaskan ke tak. Kalau kau nak jom ikut aku pergi pejabat, aku ada plan untuk kau."

"Kau ni gila ke takkan la aku tak nak dibebaskan. Siapa nak jaga mak aku kalau aku masuk penjara."

"Ok kira setuju la ni."

______________________________________

Ikram dan Diana menunggu yang lain sampai. Diaorang langsung tak sembang apa-apa.

Dalam 15 minit macam tu semua dah ada  kat dalam bilik operasi.

"Ada apa komander? Kes baru dah sampai ke? Kenapa perempuan ni ada kat sini bukan kes pasal dia dah settle ke? Laju sahaja pertanyaan keluar dari mulut Syafieq

"Tengok skrin tu dulu. Ingat lagi mamat ni?" Kata Ikram bagai menjawab semua pertanyaan Syafieq.

"Oh ni bukan ketua agensi yang dah langgar rule dengan songlap duit syarikat buat modal agensi dia tu kan? Dah masuk penjara kan mamat tu. Kita tunggu arahan nak tangkap konco-konco dia je. Kenapa timbul balik kes ni?"Zain

"Jap let me guess minah ni konco mamat tu kan?"Fara

"Bingo"Ikram

"So kenapa kau bawa dia naik atas ni.  Dia boleh dikatakan suspek juga tau."

"Kita tak dapat arahan lagi kan nak tangkap konco mamat ni. So she not our suspect yet."Ikram

"Macam mana kau tau dia ni konco mamat tu?"Zain

"Tadi masa aku hantar barang dapur kat safe house Ampang, orang-orang mamat ni datang kat situ. Aku tak tau macam mana diaorang dapat tahu Diana ada kat situ. Diaorang plan nak bebaskan mamat ni for last mission. Tapi Diana tak dibagitau apa mission nya. Bila-bila masa je diaorang boleh bebaskan mamat ni."Ikram

"So what your plan, commander?"

"Biar Diana join diaorang buat kerja. Hebahkan pemindahan palsu mamat ni ke penjara lain. Tak payah pakai escort ramai sangat. Letak skuad dalam escort tu."Ikram

"Aku akan bagi semua information kat kauorang tapi aku dibebaskan dari apa-apa pertuduhan. Itu aje aku minta."Diana

"Ok kami setuju, itu boleh diuruskan. Aku nak kau call aku setiap kali kau jumpa dengan workmate kau."Ikram

"Kejap, macam mana workmate kau boleh tau yang kau ada kat rumah tu?"

"Sebelum aku terbang pergi Vietnam hari tu. Kami still berhubung even phone aku tak bawa. Masa kauorang ambush budak dato' tu, aku pasang mini walkie-talkie kat telinga."

"So, kau tengah pakai lagi la mini walkie-talkie sekarang ni? Keluarkan sekarang!" Ikram

"Tak, diaorang dah ambil balik masa kitaorang jumpa tadi. Diaorang cakap yang benda tu ada G.P.S, semua ahli agensi dah pulangkan balik benda tu. So, lepas ni kami jumpa face to face je."Diana

"Diaorang taknak kita dapat detect ahli mereka, dan soal-siasat mereka macam kita buat sekarang. Last mission mereka memang dirahsiakan betul-betul. Jadi, Diana beri je kerjasama dengan kami dan mereka."
Ikram membuat konklusi.

My Special AgentWhere stories live. Discover now