China

25 3 0
                                    

"Woi Zain jom bangun... Radzi dah call... polis China dah dapat tangkap suspek"

Ikram mengejutkan Zain dari tidurnya yang sungguh lena. Kemudian lelaki itu berlalu ke bilik air untuk membasuh muka. Zain masih mamai diatas katil ketika Ikram keluar dari bilik air. Ikram keluar dari bilik itu dan berlalu ke bilik Diana. Pintu bilik diketuk.

"Fara!!! Diana!!! Jom gerak"

"Okk sekejap 5 minit"

"Aku tunggu kat kereta terus tau"

"Ok  bos"

Ikram turun ke tingkat bawah dan terus masuk ke dalam kereta. Tak lama kemudian ketiga-tiga rakan sekerjanya muncul. Mereka semua masuk kedalam kereta. 

"Ok dah ready semua? Kita pergi office dulu ambil barang dan terus gerak"

"Orait bos"

Ikram mengangguk dan terus menekan pedal minyak. Kereta mula bergerak menuju ke Bangsar.

________________________________________________________________________________

Di Dalam Kapal Terbang

Ikram duduk berhadapan dengan Diana, manakala Syafieq dan Fara duduk di seat biasa. Kedua-dua agen wanita sudah tidur sejak kapal terbang meninggalkan ruang udara Malaysia.

"Macam senang sangat pula misi kali ni" Ikram mula bersuara.

"Betul tu. Senang sangat nak tangkap suspek kalini" Zain membalas.

Zain menghampiri Ikram dan mengajak untuk duduk di seat lain.

"Asal Zain? Ikram menyoal setelah mereka berdua duduk di seat yang lain. 

"Kenapa kau tak bagitau orang lain pasal kisah silam kau dulu tu"

"Aku sebenarnya dah tak nak ingat dh benda tu, sebab bila aku ingat hati aku ni sakit sangat. Aku rasa menyesal sebab sibuk sangat dengan kerja sampai aku lupakan dia, aku abaikan dia. Jadi, aku buat keputusan untuk tak nak bercinta dah, biarlah orang nak kata aku gay ke apa, yang penting aku tak nak kehilangan orang yang aku sayang. Tambah pula dengan kerja kita yang macam ni. Musuh bersepah. Bila-bila masa je orang yang kita sayang boleh jadi sasaran."

"Ye la aku faham"

"Hahaha rilek la, kau pon single lagi kan"

"Well, I'm single as well. Tapi kau tak ada feeling apa-apa ke kat Diana tu. Aku rasa tak ada masalah kot bila kau dengan dia. Dia pon macam kita."

"Apa kau mengarut ni setan. Feeling jadah kau. Aku anggap dia macam rakan sekerja je la. Aku tak nak la bercinta dengan member sekerja. Aku tak nak jadi macam Syafieq dengan Fara tu. Aku tak tau la kau perasan ke tak yang Fara tu macam dah down sikit lepas Syafieq pergi US."

"Alaaa standard la tu orang bercinta bila dah kena PJJ macam hilang semangat sikit. US tu bukannya dekat. Beratus batu jauhnya. Tapi lama-lama nanti ok la tu. Chill je. Ehh sedap kau tukar topik ye, tetiba lak masuk pasal Syafieq dengan Fara"

"Hahaha, habis tu nak bersembang pasal aku je la ni. hidup aku bukan ada banyak sangat perkara yang menarik"

"Kau cakap macam aku ni baru kenal kau semalam. Dah 4 tahun tau kita kawan ni. Banyak benda dah aku tau pasal kau. Perangai kau pon aku dah masak sangat la"

"Ye la kau memang dah kenal aku"


"Kau sahabat aku Ikram. Aku tak nak dah hilang sahabat aku lagi. Cukup la masa aku kat tentera dulu dia mati kat depan mata aku. Perit sangat hati aku bila tengok mayat"

My Special AgentWhere stories live. Discover now