Ep33

2.4K 77 0
                                    

Beberapa bulan kemudian...
Alhamdulillah kehidupan seorang pilot dan seorang doktor masih bahagia dulu dan sekarang walaupun bermacam dugaan yang menimpa mereka berdua namun demi cinta yang kukuh semua dugaan ujia itu diatasi.bersyukur kerana diri ini diberikan suami yang mencintainya setulus hati dan setia walaupun dari mula kejujuran itu tiada namun sekarang alhamdulillah kepercayaan dan kejujuran itu sangat penting kepada suami isteri

Aii merasa lenguhnya sakit duduk pun tak senang baring pun tak boleh lalu matanya memandang bawa perut yang membonyot itu sangat membuat hati aii bahagia.diusap.perut itu perlahan lahan tinggal beberapa minggu lagi baby mereka berdua akan lahir

Cuma satu yang dirisaukannya waktu dia check babynya kelmarin seorang diri memandangkan joey flight ke london selama 3hari 2malam jadi aii seorang saja ke sana kelmarin.hatinya terpaut sayu airmata gugur kembali sedaya upaya aii melupakan bicaraan doktor amireh kelmarin tapi suara itu sungguh menakutkan aii

andai benar kata doktor amireh katakan dia tidak punya pilihan dia sanggup mengadaikan nyawanya demi anaknya bersama joey ibu mana yang sanggup gugurkan kandungannya semata mata ingin hidup.




Aii memandang wajah anaknya ditv kecil itu airmata gugur senyumannya lebar kalaulah joey melihat keadaan anak mereka berdua pasti suaminya sungguh gembira sepertinya

Lalu setelah nurse habis mencheck aii doktor amireh pula yang datang.lalu aii duduk bertentangan amireh perut yang comel itu diusap lembut

Doktor amireh menarik nafas berat sebulan lepas tak ada pula benda nie tapi sekarang...amireh memandang aii dengan pandangan sayu

" Doktor macam mana anak saya dia ok kan?."soal aii tidak sabar

Amireh tidak sampai hati ingin memberitahu aii kerana senyuman manis itu sekelip mata akan hilang.tapi dia pun tak ada pilihan

Amireh mengetap bibirnya tie bajunya dilonggarkan

Aii jadi hairan

" everything okay cuma aii dengar baik baik saya nak awak sabar dan terima dengan hati yang terbuka."aii mengelipkan matanya berkali kali senyuman lebar tadinya sudah hilang

" kenapa saya perlu sabar doktor?terima dengan hati terbuka?apa maksud doktor boleh tak terus terang aje?."desak aii

Amireh mengangguk laju dia seharusnya bersikap profesional dengan pasiennya terutamanya aii natasha

" aii awak ada dua pilihan sekarang sama ada gugurkan ataupun nyawa awak?

" apa doktor merepek nie!"kata aii hilang sabar

" sabar bagi saya habiskan dulu."

" beberapa hari saya ada buat test darah awak tengok keadaan awak sama ada okay ataupun pada mulanya baby okay tapi hari nie test tu keluar nah."amireh menghulurkan sebuah kertas bersaiz 4a.aii mengambil

Airmata mengalir kepalanya digelengkan.amireh faham dengan situasi aii

Kertas itu diletakkan dimeja

" saya nak anak saya walau apa pun berlaku anak nie mesti selamat meskipun saya yang terkorban beberapa minggu lagi anak nie akan lahir saya tak sanggup kehilangan dia."sayu saja aii menutur ayat

Amireh hilang kata kata

" awak mesti bagitau suami awak minta persetujuan?."

" tak!saya nak dia tahu pada hari lahir baby kami sekurang kurangnya tak ada lah dia sedih sangat hm."

Amireh mengangguk faham dia pun tak ada pilihan




Lamunannya tergangguk dek iphonenya berdering

Mylove❤
Aii menyekat airmatanya sebelum mengangkat panggilan suaminya

" awak!

Terubat jugalah rindunya pada aii baru 2hari dirinya seperti cacing kepanasan mujurlah dia masih fokus kalau tak memang kena pecatlah jawabnya

" hai sayang.sayang buat apa tu?i rindulah dengan you hm."itu sangat membuat aii menangis namun dia sedaya upaya menahan dirinya untuk tidak menanggis

Joey menunggu dan tunggu

" takde sembang dengan baby kita saya pun rindukan awak rindu sangat."joey tersenyum sendiri

" i nak balik esok."

" eh bukan ada 2 hari lagi ke?."pura pura aii lupa

Joey membuat muka pelik

" sayang nie cepat lupalah i kan dekat sini 3days aje dahlah i rindu you hm sedihlah baru beberapa hari dah pisah nakye i tak tidur malam sebab tak ada bantal peluk."kata joey manja

Ini membuat aii risau dengan suaminya.
ini baru 3hari kalau selamanya dia tidak tahu apa akan jadi pada suaminya

" awak nie cuba biasakan diri berpisah dengan sayang baru 3hari dah banyak merungut kalau selamanya sayang tak ada apa jadilah dekat awak nie."sengaja aii berkata begitu ingin melihat reaksi joey

Joey tidak suka aii berkata begitu

" you boleh tak jangan cakap macam tu i tak suka!."tegas joey

Aii menahan perasaannya tanpa menjawab kata kata joey.

" saya cintakan awak mymrpilot."sebelum mematikan panggilan aii menanggis teresak esak diruang tamu mungkin wajahnya nampak happy namun hatinya sangat sakit saat ini bayangkanlah andai dia mati nanti apa akan jadi pada suaminya.sebab itu dia tidak mau joey tahu yang sebenarnya kandungannya ada masalah yang boleh meragut nyawanya kata amireh aii tidak akan bersalin seperti orang normal aii harus di operation walaupun cukup bulan namun kandungan itu bermasalah hidupnya 50%50 bertaruh.dan paling menakutkan aii pernah juga ada sepertinya tapi memang tiada yang selamat itu sangat jelas jadi dia harus redha terima dengan ketentuan allah apa pun berlaku dia harus menerima dengan hati yang cukup terbuka luas satu saja pohonnya pada tuhan agar suaminya meredhakan kepergian nanti dan menjaga anak mereka baik baik walaupun dia tak sempat menjaga anaknya semoga anak ini dijaga dengan penuh kasih sayang.

Jodoh Aku Encik Pilot✔Where stories live. Discover now