Hi korang ! I'm back, Rose dah bawak coffee untuk segarkan mata Rose. Okay, kita akan mula chapter kedua 'Kind and patience'
•••
Pada pagi hari tersebut, Jennie bangun dari tidurnya dan melihat ke tingkap . Jennie melihat beberapa ekor burung sedang bernyanyi dan anjing sedang bermain dengan anjing yang lain membuatkan Jennie gembira.
Jennie pergi ke bilik airnya dan siapkan dirinya untuk bekerja pada hari pertamanya.
"Baiklah Eunna, Solbin daddy dengan mommy nak pergi dah ni. Jaga rumah baik-baik tau dan please jangan gaduh semasa kitaorang dah tiada kat sini" bagitahu Tuan Kim kepada Eunna dan Solbin.
"Yes daddy" balas Eunna sambil menjeling matanya.
Solbin langsung tidak ambil kisah dan hanya bermain dengan telefonnya. Tuan Kim hanya mengeluh sahaja tengok karenah anak-anak perempuanya. Tetiba Jennie datang mendekati Tuan Kim dan Kim sisters.
"Oh Jennie dah bangun? Kamu makan tak lagi? Pergi lah makan dulu baru berkerja. Ah lupa ! Saya dan puan Kim akan ke overseas hari ni sehingga bulan depan, so please jaga rumah dan anak perempuan saya semasa saya tiada nanti" kata Tuan Kim.
"Ah baiklah tuan Kim" balas Jennie .
Selepas Tuan Kim dan Puan Kim sudah bertolak, Jennie memulakan kerjanya. Jennie mengambil mop untuk mengemop lantai, tetiba Kim Sisters datang mendekati Jennie. Eunna tendang baldi mop yang penuh dengan air kotor tersebut.
"Oops sorry aku tak nampak tadi. Aku ingatkan sampah mane tadi" kata Eunna kepada Jennie.
Jennie menurunkan badannya dan mengangkat baldi tersebut dan mengelap air kotor itu dengan mop yang ade di tangannya. Pada malam tersebut, Jennie memasakkan makanan malam untuk Kim sisters dan menghidangkan makanan di atas meja. Kim sisters mula datang dan duduk di meja makan. Kim sisters mula rasa makanan masakan Jennie.
"Blerk ! Benda ape ni?! Rase macam sampah!!! Berani kau masak macam ni?! Nak muntah aku makan makanan kau ni" marah Solbin sambil membuang makanan ke atas lantai.
Eunna datang mendekati Jennie dan mebuang soup tom yum ke atas kepala Jennie.
"Yang kali masak cara chef kitaorang. Masakan macam kau ni boleh bagi kat anjing je" kata Eunna sambil menjeling dan lalu beredar dari tempat itu.
Selepas Kim sisters beredar dari dapur, Jennie mula membersihkan lantai dan makanan-makanan yang dibuang oleh Kim sisters. Jennie melihat makanan yang dia masak, Jennie mengambil makanan yang dia masak dan makan di dalam biliknya.
"Takpe Jennie, benda macam ni benda kecik je. Eomma lagi penting dia lagi sakit daripada benda macam ni. Takpe Jennie, kau kena tahan sikit je lagi" kata hati Jennie.
Keesokkan harinya, Jennie terbangun lambat dan Kim Sisters memanggil Jennie dengan marah.
"OII MISKIN ! MANE MAKANAN AKU??!" panggil Solbin dengan marah.
"OI HODOH ! KENAPA KAU TAK BANGUN LAGI? MANE BAJU AKU??" Panggil Eunna dengan marah.
"Maafkan saya Eunna Kim, Solbin Kim, saya terbangun lambat" balas Jennie.
"Aku nak breakfast sekarang !" Kata Solbin dengan marah sambil duduk di atas meja.
Eunna mendekati Jennie dan membuang pakaian-pakaian nya ke atas badan Jennie.
"Aku nak kau basuh baju ni hari ni. Oops banyak sangat ke? Aku tak kesah kau sakit ke mak kau mati ke, aku nak kau siapkan pakaian aku hari ni" kata Eunna lalu beredar dari tempat tersebut.
Sebulan sudah berlalu, hidup Jennie hanya penuh dengan keperitan. Dia dibuli oleh Kim sister setiap hari tetapi Jennie hanya bersabar dan melakukan kerjanya sebagai orang gaji. Dan pada hari ini Tuan Kim dan Puan Kim akan pulang kediaman mereka.
Pada malam sebelum Tuan Kim dan Puan Kim pulang ke kediaman mereka. Puan Kim sibuk dengan ipad nya yang sebenarnya sedang melihat suasana dalam rumahnya menggunakan cctv yang ada. Dia melihat Jennie sedang menderita, Puan Kim senyum melihat tindakan anak perempuannya ke atas Jennie. Tuan Kim berasa curiga melihat isterinya senyum keseorangan melihat ipad nya, Tuan Kim mengambil ipad Puan Kim setelah puan Kim tidur. Tuan Kim membuka ipad Puan Kim dan terkejut melihat tindakan anak perempuannya sendiri terhadap Jennie.
Hari yang berikutnya, Tuan Kim dan Puan Kim sampai ke kediaman mereka. Eunna dan Solbin datang menedekati Puan Kim dan Tuan Kim lalu memeluk mereka atas kepulangan mereka, Jennie serta keluar untuk menerima kepulangan Tuan Kim dan Puan Kim. Tuan Kim datang mendekati Jennie dan memberi duit sebanyak 100 juta won kepada Jennie.
"A..a..apakah? Tuan Kim?" Jennie terkejut.
"Kamu layak menerima duit tu. Semuanya hasil kesabaran dan kebaikan kamu semasa saya dan isteri saya tiada. Ah ye, kamu juga akan pergi ke sekolah SPA High School !" Kata Tuan Kim.
"S...s...SPA?! Seoul Performing Arts High School??? Sekolah yang banyak celebrity sekolah kat sana?!" Jennie terkejut.
"DADDY! Eunna dan Solbin sekolah kat sana! Kenapa bagi orang macam dia ni sekolah kat sana?!! Eunna tak nak dia sekolah SPA!" Marah Eunna.
"Nak buat macam mane daddy dah bagitahu pengetua SPA, yang Jennie akan masuk ke sekolah tu" kata Tuan Kim.
"Ugh! Jom Solbin" kata Eunna lalu beredar dari tempat tersebut.
Jennie teruja yang dia akan dapat pergi ke sekolah buat kali pertamanya ! Jennie lalu pergi ke hospital dan menceritakan kepada ibunya.
"Hahaha bagusnye Jenjen dah boleh pergi sekolah! Eomma bangga dengan kamu" kata ibu Jennie.
"Eomma...." Jennie mula menitis air matanya kerana berasa gembira ibunya yang berbangga kepadanya.
"Uhm tapikan macam mana kamu dapat pergi ke sekolah?" Tanya ibunya.
"Uh... ade orang tolong Jennie.... dia agak kaya juga" balas Jennie dengan tergagap.
"Maafkan Jennie eomma... Jennie terpaksa tipu..." kata Hati Jennie.
Jennie kembali ke kediaman keluarga Kim dan kemabali ke bilik tidurnya. Tuan Kim mengentuk pintu bilik tidur Jennie.
"Tuan Kim?" Jennie membuka pintu dengan perasaan terkejut.
"Oh Jennie! Saya cuma nak bagitahu ini baju sekolah kamu untuk esok" kata Tuan Kim.
"Ah, Kamsahamida Tuan Kim, buat susah-susah je Tuan Kim" balas Jennie.
"Baiklah , itu sahaja untuk malam ni. Kamu kena bangun awal untuk sekolah esok! Fighting !" Kata Tuan Kim.
"Fighting!" Balas Jennie.
To be continue....
Bagaimanakah hidup Jennie sebagai pelajar di sekolah SPA nanti? Ugh tak sabar nak baca chapter seterusnya tapi Rose kena bangun awal jugak esok. Haih jangan lupa support GUCCI LOVE dan vote yer 💕 okay bye Rose nak tidur dulu jalja~
YOU ARE READING
Gucci Love
RomanceKisah dongeng modern. Yang menceritakan kisah hidup Jennie seperti Cinderella dan Taehyung seperti putera Gucci. Kerana brand Gucci ini mereka bertemu. Tapi adakah mereka cinta kerana pekerjaan dan title mereka ataupon mereka benar2 jatuh cinta? Kal...