FIRSTDAY TO NEWSHCOOL

835 33 0
                                    


Ayla memakai uniform sekolah dan rambut diikat ekor kuda dan bahagian depan dibiar begitu.

______________________________

Dia menuruni anak tangga yang terakhir dan lalu ke ruang makan dia mendapati abangnya, Tengku Ahmad Mukhriz atau lebih senang dipanggil Riz yang sedang asyik dengan telefon ditangan dan sebelahnya ayahanda, Tengku Tan Sri Muhammad. Aku memeluk leher abang Riz dan mencium pipi abangku lalu aku duduk di sebelahnya.
"Adik,kena ingat tau pipi dan leher abang hanya untuk akak Mira tau? Kalau nak kahwinlah cepat" cadang Riz.

Aku yang hendak mengambil roti mencebik. 'Hey, dia ingat aku ni apa? Kahwin? No!' Memberontak di dalam hati aku.

"Mana Mira, Riz?"soal Puan Sri Aleya yang baru datang dari dapur membawa teko air kopi di tangan.

"Dia dari subuh tadi tak henti-henti muntah, bonda"keluh dia.

"Biasalah, ibu mengandung memang macam tu." Pujuk Puan Sri Aliya kepada anak sulung itu

Riz hanya mengangguk kan kepala dan mengosok rambut adik tersayang nya itu.

___________________________
~di SMK Sri Ampang, Shah Alam

Selepas abang Riz hantar aku ke pejabat dia terus balik kerana risau akan Kak Mira. Aku menunggu...

1 minit ....
2 minit ....
3 minit ....
4 minit ....
Dan.........

"Assalamualaikum"
 
Aku mengakat kepala pandang pada suara itu. Dan mulut ku menjawab salam nya.

"Ni, budak baru kan " soal nya. Aku hanya mengangguk dan tunduk ke bawah pandang lantai.

"Saya, guru kelas awak, siti. Awak boleh panggil saya cikgu siti" dan kami diam lagi "Guru besar ada cakap yang  awak memang dari kecil lagi tinggal di Kanada betul ke?"

'Dia ni banyak cakaplah'

"Ya" pendek sahaja aku menjawab.

"Best tak? Sejuk tak? Kat sekolah awak dulu ramai budak warna mata macam awak?" Soalnya bertubi-tubi.

"Kat sana memang best. Sejuk tu tak lah sangat, sikit je. Mata mereka ada macam-macam warna selalunya mata mereka ikut ibu merekalah"

Sembang punya sembang sampai juga kami tempat di tuju kelas "6 Agro " aku mengikut langkah cikgu siti masuk ke kelas.

"Assalamualaikum, cikgu" rentak satu kelas itu memberi salam kepada Cikgu Siti. Cikgu Siti membalas salam dari anak muridnya itu.

"Hari ni kelas kita dapat rakan baru. Kamu perkenalkan diri." Arah cikgu Siti. Aku akur dengan arahannya.

"Hai, class. My name is Tengku Airis Mikayla binti Tengku Tan Sri Muhammad" sebelum aku mahu sambung...

"Wow, anak tengkulah"
"Tengku, jom couple" riuh satu kelas

"Diam class. Teruskan"

"Boleh panggil saya Ayla. Lahir di Malaysia dan beberapa bulan begitu saya dan keluarga pindah ke Kanada dan pada minggu lepas saya kembali ke sini dan tinggal di Shah Alam. Selamat berkenalan" ucap Airis

"Ok, Ayla. Kamu boleh duduk di situ." Cikgu Siti menunjukan tempat duduk ku. Aku berjalan ke tempat yang di tunjuk oleh cikgu Siti. Di tepi remaja lelaki. Lelaki itu senyum manis pada aku. Aku jugak membalas senyuman yang akan membuat semua orang cair. Selepas sahaja aku membetulkan duduk ku

"Hi, nama saya Megat Shahril. Awak boleh panggil Rill. Selamat berkenalan"

"Selamat berkenalan"

____________________________

My Hubby! Aiman Tino!!!👑Where stories live. Discover now