Perlahan kaki memasuki dewan makan. Berduyun-duyun manusia mula mencari tempat duduk mereka. Makan malam akan dimulai sebentar sahaja lagi setelah loceng dibunyikan.
Aku nampak bangtan. Terus aku ke tempat dimana mereka duduk.
" Hyung .. " Tegur Jungkook sambil memuncungkan mulutnya pada sepucuk surat disebelah pingganku.
" Lagi. " Aku mengeluh berat sambil tangan mencapai surat tersebut.
" Aku rasa kau patut baca lah surat tu.. Siapa gerangan yang hantar tu pun aku nak tahu jugak. " Ujar namjoon pada aku.
Aku hanya mengangkat bahu.
" Ting " Aku mengambil roti dan mula menyuakan ke mulut namun disambar oleh seekor burung hitam.
" Wtf ?! " Carutku.
Semua mata memandang.
Aku hanya membiarkan mereka dan mula makan makanan yang lain.
" Hyung. ." Panggil Taehyung.
Dia menunjukkan sesuatu cahaya kepada ku. Melalui tingkap lutsinar dewan makan hogwart.
" Mimpi tu. " Aku bermonolog sendiri.
Tak lama kemudian, cahaya tersebut hilang.Aku mulai rasa ada sesuatu yang tidak kena. Aku berasa lain. Aku teruskan makan malam yang disediakan sebelum masuk ke bilik.
Di dalam bilik, aku tidak dapat tidur. Kejadian yang berlaku beberapa hari ini buat aku tak keruan.
Aku memandang loker aku.
Teringat akan surat- surat yang aku terima. Aku jadi terfikir untuk membacanya.
YOU ARE READING
Ice Prince [ Min Yoongi ]
AdventureKenapa aku gelarkan dia Ice Prince ? Sebab dia keras . Namun dalam sekeras - keras dia , aku mampu cairkannya dengan kehangatan cinta aku.