Permainan

11 0 0
                                    


Hampir setiap malam, selepas menonton Upin dan Ipin di tivi, Mohamad akan bermain-main.


Kalau bermain tu usah cakaplah, rumah macam tongkang pecah dibuatnya. Bersepah dengan permainan dia.


Ummi macam biasa akan jadi tarzan la masa tu.


Ummi : Mohamadddd... Masukkan mainan dalam bakul.


Mohamad : Mohamad nak main la Ummi.


Ummi : Cepatttt! Kalau tidak, tak boleh ikut Abah pergi surau. (Ugutan-Jangan dibuat selalu)



Sudah menjadi rutin, suami mengajak Mohamad ke surau untuk solat Isya.


Mohamad : Ok, Ummi.


Perlahan-lahan dia masukkan mainan dalam bakul sambil tangan masih menolak kereta.


Abah : Jom Mohamad!


Mohamad : Jom!


Ummi : Aik! Tak habis kemas lagi tu.


Mohamad : Nanti Mohamad kemas Ummi. Nanti Mohamad kemas. Abah toyong (tolong). 



Terus dia berlari ke pintu dengan muka tak bersalah.



Ummi : Bertuah punya anak!

Kisah Budak MASWhere stories live. Discover now