Tidur

8 1 0
                                    

Saya dan suami memaksa Mohamad untuk tidur awal. Akhir-akhir ini, dia suka sangat bermain sehingga lewat malam.



Selepas lampu dipadam, saya pun berbaring bersama Mohamad sambil memeluk badannya.



Mohamad : Ummi nak tutu (susu). 



Ummi : Ok, boleh. 


Saya ke dapur membancuh susu dan kembali tidur bersama Mohamad.


Saya fikir selepas menyusu, Mohamad akan terlelap tetapi jangkaan saya meleset.


Mohamad : Ummi nak ita (cerita). 


Adui, dia minta saya bercerita pula. Bab ini yang paling saya lemah. Biasanya bukan satu cerita yang dia mahu dengar. Sekurang-kurangnya dua cerita, siap minta cerita kegemaran dia lagi. Cerita arnab dengan kura-kura dan cerita dinosour.



Saya sudah mengantuk, Mohamad tidak tidur lagi. Selesai bercerita, saya menoleh ke arah Mohamad. Kelihatan matanya masih segar bugar.



Mohamad : Ummi, Mohamad haus.



Pulak dah! 



Ummi : Tadi kan baru minum susu. 



Mohamad : Mohamad penat, Mohamad haus la Ummi.



Nada kasihan.



Ummi : Iyalah, iyalah. Jom minum air.

Melompat Mohamad bangun ke dapur untuk mendapatkan air.

Ummi : Ok dah Mohamad, tidur!



Saya sudah naik berang, Mohamad tidak mahu tidur-tidur lagi.



Mohamad : Ummi, garu. Gatal.



Ummi : Macam-macam la awak ni. 


Mohamad minta digaru badannya pula.



Saya melayankan sahaja, walaupun saya tahu badannya tidak gatal. Alasan!



Tiba-tiba kedengaran suami melibas rotan. 


Abah : Mohamad, pejam mata! Kalau tak abah rotan.



Akhirnya Mohamad tertidur juga dek takutkan rotan dan keasyikan garuan di badannya.



Susah betul hendak bagi Mohamad tidur.


Banyak akal! Ada sahaja ideanya untuk melengahkan waktu tidur.



Ummi, bertabahlah!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 07, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kisah Budak MASWhere stories live. Discover now