Hujung minggu adalah hari yang dinanti-nantikan oleh Mohamad. Hari untuk bersiar-siar.
Selalu dia menjadi yang pertama bangun pagi. Ummi dan Abah tidak dapat hendak tidur lama-lama selepas subuh.
Ada saja adegannya di pagi hari untuk mengejutkan Ummi.
Mohamad : Ummi, bangunlah.
Ummi : Tidurlah, Mohamad. Awal lagi ni.
Mohamad : Dah siang Ummi.
Mohamad mengoncangkan badan Ummi dengan kuat tetapi Ummi masih memejamkan mata.
Mohamad : Ummi, jom duk pan (duduk depan). Mohamad nak tengok kartun.
Ummi mengeraskan badan, membatu atas tilam. Buat tidak layan, dengan harapan Mohamad akan tidur semula.
Mohamad masih tidak berganjak dan tidak berputus asa.
Dengan suara sedih.
Mohamad : Mohamad lapar la Ummi. Nak tutu (susu).
Ummi dengar terus bangun. Dia tahu kelemahan Ummi.
Mohamad tersengih. Misi berjaya!
YOU ARE READING
Kisah Budak MAS
RandomHimpunan cerita anak kecil saya Mohamad Ammar Saufi (MAS) yang ditulis semenjak beliau mula bercakap ketika berusia 2 tahun. Kata-katanya yang membuat saya dan suami seringkali terhibur.