Series... Ni hotel ke bilik muzik. Hotel ke bilik muzik. Ni hotel ft bilik muzik ni. Tapi...
"Hah, asal tadi muka excited semacam tetibe tukar jadi macam berok ni. Haaa, ni mesti sebab ramai orang kata bilik ni berhantu kan? Takdelah... Dia just bukak tutup lampu je kadang-kadang. Tapi, memang mayat budak tu dalam bilik ni lagi. Roh dia tergantung. Tapi puas kitorang cari tak jumpa-jumpa. Tapi, dia tak jahatlah..." terang Jasmine.
"Kak, biasanya apa je yang kelab muzik buat?" Firas soal Jasmine walaupun dia rasa macam ada tenung dia. Firas jangan risau. Kau tak kacau dia, dia tak kacau kau.
"Test vocal, belajar alat muzik, dance..... Tapi minggu ni agak busy sebab dua bulan lagi ada perfomances dekat sekolah lain. So, Firas dah kena start busy minggu ni. Sorry tau" Jasmine dah rasa bersalah.
Dahlah dia baru masuk. Dah kena start buat banyak kerja. "Petang ni kita just kenal- kenal. Esok test vocal awak, lusa kita test alat muzik yang sesuai dengan Firas. Esoknya lagi kita balik!!!!" nampak sangat Jasmine tak sabar nak balik. Biasalah budak asrama. Nak balik je kerja dia.
"Okay"
Sementara menunggu ahli lain sampai, Firas membaca satu sticky note yang ada atas meja.
TOLONG AKU
AKU PERCAYA ADA SESEORANG YANG AKAN JUMPA AKU
CUMA ORANGNYA BELUM SAMPAIFiras tersedak baca tulisan yang ada kat sticky note tu. Tolong dia? Seseorang akan jumpa dia? Orangnya belum sampai? Roh tu minta tolong. Tapi, macamlah aku tahu dia kat mana? Jap, kak Jasmine kata dia mati dalam bilik ni. Bodohlah aku. Firas mengetuk kepalanya.
Dia duduk dan melihat beberapa barang yang ada atas meja tu. Phone? Siapalah yang pergi tinggalkan atas meja ni. Dia buka dan gambar hantu yang tengah senyum ikhlas. Bukan menyeringai atau senyuman yang cuba menakut-nakutkan orang.
Firas pada awalnya agak terkejut dan hampir baling phone tu. Tapi, dia tau tu siapa. Roh tu kot. Kotlah. Mana aku tau. Dia tutup phone tu dan letaknya perlahan-lahan. "Sorry, memang sengaja. Ingatkan siapa punya. Sorry sangat-sangat sebab usik phone ni" Firas dah tergaru-garu leher belakangnya.
Tiba-tiba bulu romanya meremang apabila terkena angin sepoi-sepoi bahasa. Sejak bila bilik ni ada angin? Eiii, Firas. Jangan bagi soalan bodoh lagi.
Tak lama lepastu, dia tertidur sebab kak Jasmine lambat gila sampai. Arissa cuba datang dekat dengan Firas. Dia jarang dekatkan diri dengan manusia. Disebabkan rambut depan Firas memang agak panjang sampai tutup separuh muka dia, Arissa tak dapat temgok muka Firas masa tidur.
Tak tau kenapa dia teringin sangat tengok muka Firas masa tidur. Walaupun dia tak pernah sentuh manusia sebab dia takut manusia tu akan trauma. Dia tetap cuba untuk alihkan rambut depan Firas ke tepi. Disebabkan tangannya terkena sedikit pipi Firas, Firas dah menggeliat sedikit. Arissa pun terkejut lalu menarik tangannya. Masa dia hidup pun dia tak pernah suka kat lelaki. Kenapa masa dia dah mati ni baru ada perasaan ni. Arissa, sedarlah. Kau tak layak untuk dia. Arissa melarikan diri apabila dia dengar orang membuka pintu itu.
YOU ARE READING
© | 𝘾𝙄𝙉𝙏𝘼 𝘿𝙐𝘼 𝘼𝙇𝘼𝙈
Short StoryKisah cinta seekor hantu kepada seorang lelaki yang baru masuk kelab muzik. Dia merasakan bahawa lelaki itu mempunyai satu aura yang orang lain takde. Dia mula jatuh cinta. Malangnya, dia hantu dan lelaki itu manusia. Maka bermulalah cinta dua alam...