Pada suatu malam...
3 hari sebelum perfomance tu...
Pakcik Luthfi dah tau dah pasal tu. Dia cuba untuk pecah masuk bilik muzik tu. Akhirnya dia berjaya.
Arissa ingat yang masuk tu Firas. Alangkah terkejutnya yang masuk tu lelaki miang tu. Dia terus menghilangkan dirinya.
"Arissa~ Where are you~~ I'm coming~ Doesn't you miss me.. Hurm?" kata Pakcik Luthfi tu walau dia tak nampak pun Arissa mana.
"Arissa~ Keluarlah~" pujuknya lagi. Arissa dah ketakutan. Firas... Sesiapa... Tolong selamatkan aku.
"Weh, mentang-mentang kita kat sini. Aku teman ah kau practise sekarang. Lagipun lagi 3 hari je" ajak Luthfi. "Okay, jugak. Okeylah. Aku pun free sekarang ni".
Sesampainya di depan bilik muzik. "Ada orang ke?" soal Luthfi. Firas rasa tak senang hati. Dia pergi patah balik. "Kau nak pergi mana dok?" soal Luthfi kehairanan. Firas tak layan.
Dia teruskan perjalanannya. Dia pulang dengan membawa dua batang kayu dan satu tali yang panjang. Dia mencampakkan satu dekat Luthfi. Nasib Luthfi dapat tangkap. Kalau tak cacat muka dia.
"Asal?" bisiknya. "Kita settlekan benda tu malam ni jugak" lalu masuk perlahan-lahan ke dalam bilik muzik.
"Arissa~ Aku dah nampak kau~~..Aduh!" lalu dia rebah ke lantai dan pengsan. "Ikat pakcik miang kau sorang ni. Jangan bagi dia terlepas." arah Firas. "Aku cari Arissa". Lalu meninggalkan Luthfi keseorangan. Tanpa berlengah terus Luthfi ikat pakciknya di kaki piano itu ketat-ketat.
"Arissa~ Ni aku. Firas" Arissa dengar suara Firas terus dia keluar dan terus peluk Firas sambil menangis. "Hey.. Hey... Janganlah menangis. Aku adalah" lalu menggosok rambut Arissa.
"Lelaki tu... Dia.. Kenapa dia.. Da.. Datang lagi..." Tanya Arissa dalam suara ketakutan + menangis. "Tak tau. Tapi yang penting bukan dengan niat yang baik".
Tiba-tiba... "Kenapa ni Luthfi.." soal Aina. Dekat belakang Aina ada semua budak kelab muzik. Mereka semua tercengang. Mereka tak tau siapa yang Firas tengah peluk tu. Halimunan???
Dan Pakcik tu... "Sesiapa.. Call cikgu. Call cikgu sekarang" arah Jasmine tegas. Firas tahu orang tak nampak Arissa. Dia perlahan-lahan lepaskan pelukan tu.
Tidak lama kemudian... Bukan cikgu je yang datang, polis sekali dia bawa. Lepas pakciknya ditangkap... "Weh, Firas. Kau suka Arissa ke?" soal Aina.
Firas hanya mengangguk perlahan. "Tapi semua tu salah. Kau alam lain, dia alam lain..." tengking Aina.
"AKU TAULAH. AKU TAU SEMUA TU SALAH. AKU TAU... TAPI KAU FAHAM KE HATI AKU. HATI AKU SAKIT TAU TAK DIPERMAINKAN MANUSIA!!!" Firas membalas dengan tengkingan juga.
"It's okay... Cari mayat aku dan semua ni takkan berlaku lagi" kata Arissa. "Tapi... Kalau fiorang jumpa mayat kau... Maksudnya kau takkan ada kat sini lagi, kan?" Arissa mengangguk.
"Semua yang bertemu akan berpisah Firas, ingat tu" kata Aina. "Okey. Semua orang keluar. Biar aku dengan Luthfi je yang cari. Luthfi?" Dia mengarahkan semua keluar dan matanya memandang Luthfi.
"Kau cari kat bilik dance, aku bilik instrument" arah Firas tak bermaya. Luthfi hanya mengangguk.
Setelah 20 minit masih tidak dijumpai. Takde pun yang terselit-selit. Firas penat dia sandar di dinding yang berdekatan dengan suis.
Pelik? Kenapa dia tak pernah terfikir untuk cari kat tempat tu.
YOU ARE READING
© | 𝘾𝙄𝙉𝙏𝘼 𝘿𝙐𝘼 𝘼𝙇𝘼𝙈
Short StoryKisah cinta seekor hantu kepada seorang lelaki yang baru masuk kelab muzik. Dia merasakan bahawa lelaki itu mempunyai satu aura yang orang lain takde. Dia mula jatuh cinta. Malangnya, dia hantu dan lelaki itu manusia. Maka bermulalah cinta dua alam...