"Firas bangun.... " Luthfi menggoyangkan sedikit bahu Firas. " Taknakkkkk!!!" lalu menarik semula selimutnya.
Mentang-mentanglah harini Sabtu boleh pulak kau malas nak bangun eh.
"Bangun pagi, mamai lagi,
Tidur balik, Apa nak jadi,
Sakit hati, dengan budak ni,
Takpe aku bawa baldi~"Sempat lagi Luthfi nyanyi sambil pegang satu baldi yang penuh dengan air.
"Baldi?? Baldi!!" terus Firas berdiri tegak. "Hah, reti pun bangun. Dah pergi mandi. Aku ada buat nestum chocolate untuk kau. And, lagi satu. Jangan tidur balik" Terus Luthfi baling tuala Firas tepat kena muka dia.
Firas menggaru kepala. Masih mamai. Dia duduk atas katil, baring dan akhirnya tertidur balik.
"Firas!!!!!! Aku dah cakao jangan tidur balik!!!!!" Luthfi lari masuk bilik mereka. Terus Firas bangun lari ke bilik air.
Seram siot dengan roommate dia yang memang sorang tu.
.......
"Kau ada plan nak pergi mana-mana ke?" soal Lutfi sambil baring di atas katil sambil main PS4. Firas yang baru habis mandi terus duduk di atas katilnya.
"Tah, nape tanya?" Soal Firas sambil menggosok rambutnya dengan tuala.
"Teringin gak aku nak masuk bilik muzik. Ajaklah..." Kata Luthfi mengada. "Kau, kau ni kanlah... Aishh..." lalu melihat jam di dinding. Baru pukul 8.30.
"Pukul 10 ah kita pergi... Aku nak sambung tidur" balas Firas dan akhirnya dia sambung balik tidur.
Akhirnya, dia akan masuk ke bilik muzik. Betul ke ada hantu? Kalau ada hantu asal sejak masuk kelab muzik Firas nampak makin okay.
.......
"Bapak cantik bilik muzik!!!" Luthfi masuk dengan jakunnya. "Satu je.. Jangan baring atas katil. Kalau nak sofa je" Luthfi dah kerutkan mukanya. Alaaa baru je rasa nak baring.
"Firas!!!!!" jerit Arissa dari jauh. Dia lari ke arah Firas. "Siapa tu?" soal Luthfi. "Siapa apa?" soal Firas. Dia pun pelik kenapa Luthfi tanya soalan tu. Takkanlah dia nampak Arissa.
"Perempuan tulah. Yang tengah sebelah kau tu" Firas memandang sebelahnya. Memang ada Arissa tapi,.....
"Mana ada sesiapa pun kat sebelah aku" Firas cuba cover. "Alaaaa ada awek taknak bagitau" Luthfi buat-buat merajuk.
"Owh, nama dia Arissa" jawab Firas agak ragu-ragu. "Oh hai Arissa. Cantik nama. Secantik tuannya jugak" sejurus itu lengannya dicubit kuat oleh Firas.
"Kau jangan nak mengada eh" marah Firas. Eh, jealous ke. "Betul apa kan, Arissa" Luthfi memuncungkan bibirnya.
"Arissa, pergi belakang. Bahayalah dengan lelaki ni" Arissa pun angguk dan pergi ke bilik instrument.
Maksud 'Bahayalah dengan lelaki ni' bukan sebab Luthfi ni gatal. Tapi sebab dia boleh nampak Arissa. Impossible thing.
"Arissa, Arissa, Arissa, kaulah gadis jelita..."
Sekali lagi lengannya dicubit." Eiii, sakitlah ketam" rungut Luthfi. Firas cuma sengih macam kerang busuk. Saje nak sakitkan hati mamat sorang ni. Ada hati dia nak ngorat Arissa aku. Eh, sejak bila Arissa jadi aku punya ni. Mengarutlah...
"Cer nyanyi sikit" kata Luthfi. "Lagu apa?". " urmm, Segalanya- Haqiem Rusli"
Firas pun mula menekan kunci piano.
"Hampir pernah ku coba sesali,
Kerna telah memberikan segalanya,
Siapakah diriku sebenarnya di hatimu,
Atau sekadar sandaranmu,
Saat ku mulai menyedari,
Perasaanku tak pernah dipeduli,
Salahkah diriku,
Mengemis cinta darimu,
Apa ku tak punya harga,
Segala apa yang telah ku berikan,
Masih lagi tak memadai,
Hampir ku tersungkur menuntut janji darimu~ hooo eee"
YOU ARE READING
© | 𝘾𝙄𝙉𝙏𝘼 𝘿𝙐𝘼 𝘼𝙇𝘼𝙈
Short StoryKisah cinta seekor hantu kepada seorang lelaki yang baru masuk kelab muzik. Dia merasakan bahawa lelaki itu mempunyai satu aura yang orang lain takde. Dia mula jatuh cinta. Malangnya, dia hantu dan lelaki itu manusia. Maka bermulalah cinta dua alam...